CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serang Kekasih Kerana Putus Cinta

5-9-2014 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3722| Komen: 22

Description: Menurut Sumber, Kejadian Dipercayai Berlaku Kira-Kira Jam 4.30 Petang Ketika Mangsa Yang Berusia 21 Tahun Berada Di Rumah Sewanya Di Kampung Batu Tujuh, Dungun.
Serang Kekasih Kerana Putus Cinta

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki nekad menyerang bekas teman wanitanya dipercayai bagi melepaskan geram gara-gara tidak dapat menerima kenyataan cinta mereka putus di tengah jalan, dalam satu kejadian di Dungun, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa yang berusia 21 tahun berada di rumah sewanya di Kampung Batu Tujuh, Dungun.

“Semasa sedang berehat, mangsa dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang mana salah seorang daripadanya merupakan bekas teman lelakinya yang dikenal dengan panggilan ‘Long’.

“Suspek yang berusia 24 tahun telah bertindak memaksa mangsa keluar dari rumah berkenaan dengan mengetuk pintu rumah beberapa kali sambil memegang sesuatu di tangannya yang dipercayai senjata berbahaya,” katanya.

Jelas sumber, bagaimanapun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam rumah dengan tidak membuka pintu walaupun menyedari tindakannya itu bakal membakar lagi kemarahan suspek.

Katanya, mungkin sudah jemu menunggu di luar rumah, suspek mengambil keputusan untuk keluar dari kawasan rumah sewa berkenaan beberapa minit kemudian.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mangsa nekad membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga pada masa akan datang.

Ini sebab, bekas teman lelakinya itu pernah mengugut untuk membunuh keluarga mangsa di kampung selepas bengang cinta mereka putus di tengah jalan serta dalam masa sama, suspek memang terkenal dengan sikap panas baran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arianakhalid 5-9-2014 09:04 AM
Sampai macam tu sekali long...

Ikut hati mati
Ikut nafsu binasa

Quote namirulmukminin 5-9-2014 09:07 AM
Bunga bukan sekuntum... tapi sikap panas baran tu kena ubah dulu... kalu tak, sampai mampos pon takde pompuan bekenan kat ko... BODOH...
Quote kentel 5-9-2014 09:14 AM
24 tahun da bipolar...sian..
Quote prettyuglybabe 5-9-2014 09:48 AM
elok la ditinggalkan lelaki baran itu..
Quote lululun 5-9-2014 09:50 AM
naseb baik la dik kau dah putus dengan onggile tu...
Quote cucumberkl 5-9-2014 10:13 AM
KUALA TERENGGANU....... memey la tanpa batasang
Quote cHimo 5-9-2014 10:19 AM
Baik jauhi orang mcm tuh nnti bila dah kawin lagi teruk .. Putus cinta sampai mcm tuh skali giler .
Quote Cik_Andak 5-9-2014 10:19 AM
Elok keluar dari negeri tu...duk kampung bahaya kalau si baran tu ade kat kampung....
Quote ~anya~ 5-9-2014 10:23 AM
Tunggu dia mari dgn shortgun...
Betol ada bran kalu masuklah....
Quote amira_safia 5-9-2014 10:24 AM
apa nak jadi dengan budak2 lelaki Terengganu ni banyak telan ketum dgn pil kuda ke?  
Quote idril 5-9-2014 10:28 AM
cucumberkl posted on 5-9-2014 10:13 AM
KUALA TERENGGANU....... memey la tanpa batasang

tak heran citer gini ONLY IN TERENGGANU! citer seks luor tabii hok ganas2 bapak makan anak semer hok pelik2 HANYA DI TERENGGANU.
Quote encikWawad 5-9-2014 10:30 AM
long ke tailoong?
dek non ko main2kan taiko besar memang hazab la jawapnya
kuikuikui
Quote melia_star 5-9-2014 10:33 AM
ONLY IN TEREGGANU.....thats it!!..
Quote hanamunir 5-9-2014 10:37 AM
baru couple, da boleh ugut bunuh bagai,
nasib ko clash dik..
kalu da kawin, agak nye senyap sunyi umah ko 3 tahun,
baru orang perasan ko da 'tak de'..
jumpa2 kat hutan gombak tu haa..
Quote rosasa 5-9-2014 11:17 AM
syukurlah dah berpisah...jgn bodow pula sambung balik
Quote amyainsamad 5-9-2014 11:36 AM
giler...........
Quote liyamariska 5-9-2014 11:54 AM
menyeramkan jika dpt pasangan yg ugut utk membunuh kita atau famili jika putus hubungan.... nasib baik pompuan ni wat keputusan bijak utk dirinya...
Quote lipans 5-9-2014 11:57 AM
abang long?

long san?

long kok?

tai long?

long kang?
Quote haryatie 5-9-2014 12:07 PM
putus cinta jerk..
mcam la besar sgt masalahnya..
bengung....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059180 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top