CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Koyak Saman Dan Lempar Ke Polis

5-9-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13320| Komen: 102

Description: “Saman Dikeluarkan Atas Pelbagai Kesalahan Antaranya Tidak Mempunyai Lesen Memandu, Tamat Tempoh Cukai Jalan Dan Mengubah Suai Kenderaan Tidak Mengikut Spesifikasi Ditetapkan.
Koyak saman dan lempar ke polis

Batang Kali: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bertindak biadab apabila mengoyak notis saman diterima sebelum mencampakkan kertas itu ke arah anggota polis yang menahannya di Jalan Genting menghala Ulu Yam di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, suspek berusia 23 tahun didapati melakukan kesalahan mengubah suai kenderaan tanpa kelulusan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Superintendan Bon Jeen Ahrom berkata, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Kawasaki turut menghambur kata-kata kesat kepada anggota polis bertugas.

“Sejurus mengoyakkan kertas saman itu, lelaki terbabit terus memecut motosikalnya sebelum berpatah balik disebabkan tertinggal MyKad dan lesen.

ANGGOTA polis trafik memeriksa kenderaan ketika operasi khas di Genting Sempah, semalam.


“Ketika itulah suspek diberkas sebelum diarah menjalani ujian air kencing. Hasil ujian mendapati suspek positif mengambil dadah ganja,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk siasatan lanjut.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an di kawasan sama selepas mendapati memandu kereta curi.

“Hasil semakan mendapati suspek adalah penjenayah dikehendaki. Kereta curi Proton Wira dipandu suspek turut dihantar ke IPD Hulu Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 1,036 saman dikeluarkan di empat lokasi berasingan di Terminal Bas Genting, Jalan Gombak menuju susur Genting, Jalan Genting ke Genting Sempah dan Jalan Genting menuju ke Ulu Yam.

“Saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, tamat tempoh cukai jalan dan mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Operasi turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puspakom dan Pasukan Polis Bantuan,” katanya.

3

Bagus
3

Marah
11

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 5-9-2014 07:19 AM
koyak also no hal nanti akan dpat surat
suruh bayar saman jugak kalau silap
hari waran tangkap keluar
Quote nalis 5-9-2014 07:21 AM
Bila ego sama besar dgn motornya
Quote revolusi_30 5-9-2014 07:21 AM
Polis kalau x rasuah tak sah. Mesti nk juga sikit2.
Quote nalis 5-9-2014 07:23 AM
Btw, motor kawasaki... Er6 je kot. Bukan superbike pun tt oii.. Wartawan betul sbb dia ckp motosikal berkuasa tinggi
Quote muo1202 5-9-2014 07:26 AM
koyak la nak... mak tak jejas pon...

kelakar pon ada... dah blah, pastu U turn pulak... donia donia..
Quote encikWawad 5-9-2014 07:34 AM
"“Sejurus mengoyakkan kertas saman itu, lelaki terbabit terus memecut motosikalnya sebelum berpatah balik disebabkan tertinggal MyKad dan lesen. "

siyes lawakkkkkk - dan memang CASH ko maluuuu padan mukaa
Quote ais_kosong 5-9-2014 07:36 AM
lawak tui.. gigih koyak saman
pastu kena patah balik sbb tertinggal ic n lesen
Quote nebulagazer 5-9-2014 07:37 AM
Gigih koyak dan memaki
Last pelupa tahap godzila ic dgn lesen
Ngokngek btol
Quote nebulagazer 5-9-2014 07:38 AM
Umo 23 da pakai moto besau
Aku umo 23 henpon 3310 lg
Quote LUNCH 5-9-2014 07:38 AM
nalis posted on 5-9-2014 07:23 AM
Btw, motor kawasaki... Er6 je kot. Bukan superbike pun tt oii.. Wartawan betul sbb dia ckp motosikal ...

Aku mana lah tau pasal motorbike ni. Kalau tayar besar tayar kereta tu aku anggap super bike la tu!

eh bukan ke berkuasa tinggi tu bermaksud super bike? Last edited by LUNCH on 5-9-2014 07:41 AM

Quote CiliPadiSedap 5-9-2014 07:44 AM
nebulagazer posted on 5-9-2014 07:38 AM
Umo 23 da pakai moto besau
Aku umo 23 henpon 3310 lg

Akak umur 23 baru pakai make up
Quote Simunggu 5-9-2014 07:58 AM
cina kah melayu...cina kah melayu...atau lain lain...
Quote famri7 5-9-2014 07:59 AM
Memang most penunggang superbike rasa dia sama lvl dengan tuhan gamaknya...riak gila..selayaknya elahim timpa kecelakaan keatas mereka sekali sekala.
Quote damian_lee 5-9-2014 08:03 AM
serius malu .... drama2 ... bajet pailang .... pastu bla penuh gaya mutu keunggulan ..... pastu patah balik lupa ic n license ......

#slotsebabak

mesti polis terpinga2 melihat keunikan penunggang ini
Quote carly_lah 5-9-2014 08:33 AM
Simunggu posted on 5-9-2014 07:58 AM
cina kah melayu...cina kah melayu...atau lain lain...

negro rasanya.....
Quote nebulagazer 5-9-2014 08:34 AM
CiliPadiSedap posted on 5-9-2014 07:44 AM
Akak umur 23 baru pakai make up

Hakak lak tak penah pakai mekap.
Hihihi
Quote pumpkingirl 5-9-2014 08:35 AM
Haha..serius lawak weh.
Quote idadzira 5-9-2014 08:36 AM
wartawan nak kasi sedap jalan cerita.
Quote Sagoo 5-9-2014 08:37 AM
sian bebudak er6 ckp moto dorg bukan superbike...
er6 is a middle range superbike, jatuh dalam kategori 'sport tourer'

superbike byk jenis bang, bukan ang tgk yg jenis membongkok je d panggil superbike...

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054253 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top