CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil Makanan 200 Ribu Lesap

5-9-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9108| Komen: 35

Description: “Mangsa Mendakwa Hanya Melihat Kelibat Seorang Lelaki Melarikan Diri Menaiki Sebuah Kereta Lain Yang Diletakkan Berhampiran Keretanya,” Katanya. Menurutnya, Polis Percaya Kemungkinan Terdapat Seora ...
Ambil Makanan 200 Ribu Lesap


Kajang: Tindakan cuai seorang usahawan wanita menyimpan wang berjumlah RM200,000 di bawah tempat duduk kereta dinaiki mengundang padah apabila wang itu dilarikan penjenayah.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, kelmarin, mangsa yang berusia 41 tahun dikatakan meninggalkan kereta bersama beg berisi wang di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Semenyih, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa kemudian pergi menjamu selera di sebuah kedai makan berhampiran.

“Mangsa yang sedang mengambil makanan bagaimanapun melihat kelibat seorang lelaki melarikan diri menaiki sebuah kereta model Perodua Viva berwarna hitam.

“Mangsa mendakwa hanya melihat kelibat seorang lelaki melarikan diri menaiki sebuah kereta lain yang diletakkan berhampiran keretanya,” katanya.  Menurutnya, polis percaya kemungkinan terdapat seorang lagi suspek yang menunggu di dalam kereta itu.

“Difahamkan mangsa baru sahaja mengeluarkan wang tunai berkenaan di sebuah bank di bandar ini untuk membayar gaji pekerjanya.

“Polis masih menjalankan siasatan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta rakaman CCTV di plaza tol dipercayai dilalui kenderaan suspek,” katanya.  Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK).

3

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tok_Batin 4-9-2014 08:26 AM
Nasib baik duit dia, dia boss.

Kalau setakat kerani disuruh ambil duit bagi pihak kompeni kemudian dirompak macam ni, dah lama kena syak bersubahat dgn perompak tu.
Quote PongKang 4-9-2014 08:27 AM
beraninya ke sana sini bawak 200k. nape x tt kan aje kt acc pekerja?
Quote kentel 4-9-2014 08:46 AM
bodo nye...patut nya terus balik premis..jgn dok merewang sana sini dulu..
Quote rospinki 4-9-2014 08:50 AM
ish2 kenapa la tk pikir..saat dia kluarkan cash tu mata2 jahat merati pastu mark victim..bole plak dia bgi ruang pada penjahat ni.
Quote abas8888 4-9-2014 08:51 AM
bos ni tak tau pakai elektronik banking ke?
Quote sueism 4-9-2014 08:53 AM
org kaya malaysia memang suka sgt bawak duit cash lepas tu
letak dalam kereta.
Quote zeed 4-9-2014 08:56 AM
entah2 pekerja bank pon subahat..
Quote biskutsusu 4-9-2014 08:58 AM
penjahat dah follow dari bank lagi.
berani kelurkan 200k cash
nak bagi gaji, transfer la ke akaun pekerja ke
bagi cek ke
Quote lavasyawal 4-9-2014 08:58 AM
rospinki posted on 4-9-2014 08:50 AM
ish2 kenapa la tk pikir..saat dia kluarkan cash tu mata2 jahat merati pastu mark victim..bole plak d ...

pompuan memang tak boleh pegang duit banyak2..







Quote niceghost2005 4-9-2014 09:03 AM
kentel posted on 4-9-2014 08:46 AM
bodo nye...patut nya terus balik premis..jgn dok merewang sana sini dulu..

Dah berjaman dok amal mcm tu....................
Ini kali baru kena.

Laen kali, dia tak buat lagi laaa................................


Btw, hang ada RM200,000.00 dlm simpanan??
Quote fifie_olin 4-9-2014 09:06 AM
org dalam la ni...
Quote budakmanentah 4-9-2014 09:07 AM
malang xberbau kak...sbb tu kene hati2
Quote kentel 4-9-2014 09:10 AM
niceghost2005 posted on 4-9-2014 09:03 AM
Dah berjaman dok amal mcm tu....................
Ini kali baru kena.

erm...takde la sampai 200k...tapi lebih la sikit...
Quote TanSriJess 4-9-2014 09:10 AM
kenapa pekerja di bayar cash??

rmai jer pekerja2 bawahan...yg gajinya di bayar mingguan nk duit cash..bukan melalui bank

Quote rospinki 4-9-2014 09:10 AM
lavasyawal posted on 4-9-2014 08:58 AM
pompuan memang tak boleh pegang duit banyak2..

sapa cakap..bgi kat wa nak tengok pandai tak pandai wa pegang duit byk2..
Quote lavasyawal 4-9-2014 09:13 AM
rospinki posted on 4-9-2014 09:10 AM
sapa cakap..bgi kat wa nak tengok pandai tak pandai wa pegang duit byk2..

lu mesti tak pernah pegang duit banyak2 la ni...

smiskin berkurun kurun...



Quote rospinki 4-9-2014 09:15 AM
lavasyawal posted on 4-9-2014 09:13 AM
lu mesti tak pernah pegang duit banyak2 la ni...

smiskin berkurun kurun...

sial la lu..mulut mcm montot ayam
Quote PerKasa 4-9-2014 09:19 AM
rasanya mesti orang dlm beritahu

dah banyak kali berlaku

dulu geng ni pancitkan kereta

bila Driver keluar tengok masuk balik

duit dah lesap.



Quote emma.giggs 4-9-2014 10:34 AM
Mgkn selama ni buat kuarkan cash xde jd pape. Tu la lama2 terleka. Bila terleka......berlaku pulak

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067110 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top