CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Terus Tuduh Kastam Rasuah

8-9-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10725| Komen: 45

Description: Itu Kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan Berhubung Tanggapan Buruk Masyarakat Berikutan Penangkapan12 Pegawai Kdrm Kerana Disyaki Terlibat Dalam Aktiviti Rasuah.
Jangan Terus Tuduh Kastam Rasuah





"Jangan terus menuduh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengamalkan rasuah hanya disebabkan 12 pegawainya ditangkap. Itu persepsi tidak baik dan perlu diperbetulkan,”.


Itu kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung tanggapan buruk masyarakat berikutan penangkapan12 pegawai KDRM kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah.

"Semua pegawai yang ditahan itu kini sedang dalam siasatan dan jika didapati bersalah, mereka pasti akan menerima hukuman sewajarnya.

"Saya yakin Jabatan Kastam tidak akan melindungi mana-mana kakitangannya daripada unsur yang boleh merosakkan negara,” katanya di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pagi tadi.

Jelasnya, orang ramai tidak boleh membuat spekulasi terhadap penangkapan tersebut kerana polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaklumkan kepada umum apabila siasatan selesai nanti.

"Kita tidak boleh menghukum semua yang bekerja di KDRM melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang hanya kerana 12 orang yang tangkap.

"Sebaiknya, kita tunggu keputusan hasil siasatan polis dan SPRM. Saya hanya boleh mengulas setakat itu sahaja," katanya.

Dua hari lalu, seramai 12 individu ditahan polis termasuk 12 pegawai KDRM yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull, kejayaan menahan mereka adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Seorang daripada 12 pegawai KDRM yang ditangkap itu adalah pengarah Kastam negeri. 


Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
13

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote v(T.T)v 5-9-2014 04:33 PM
calling cai2 perasan mulia, sila cakap sepatah dua.

atau saya tolong sebut, ini semua salah yg beri rasuah
Quote mikasa 5-9-2014 04:34 PM
he he he..

ni kes yang kantoi...yang tak kantoi pulak berapa ramai?
Quote rospinki 5-9-2014 04:34 PM
bukan kastam je..ada staff pbt keje biasa2 je..tpi bahagian penguatkuasaan..wife tak keje..makan angin obesi saja pastu keta apa nak tau..velfire tuuu...huhuhu dasat tk dasat.
Quote mikasa 5-9-2014 04:38 PM
rospinki posted on 5-9-2014 04:34 PM
bukan kastam je..ada staff pbt keje biasa2 je..tpi bahagian penguatkuasaan..wife tak keje..makan ang ...

bersangka baik...dia buat personal loan rm300 ribu tu..pastu simpan dalam ASB , duit bonus dpt gi melancung setiap taun
Quote melia_star 5-9-2014 04:39 PM
takpelah rasuah....nanti anak dah besar antar gi Tahfiz...sekolah agama jd ustaz..jd ustazah....dah tua nanti selalulah lakibini gi umrah buat haji....kuranglah dosa2 tu......Allah Maha Pengampun....
Quote rospinki 5-9-2014 04:42 PM
mikasa posted on 5-9-2014 04:38 PM
bersangka baik...dia buat personal loan rm300 ribu tu..pastu simpan dalam ASB , duit bonus dpt gi  ...

duk bersangka baik last2 kepala kena semelih hidup2..

Quote ajie2000 5-9-2014 04:46 PM
PPS tu isu pertubuhan haram...sebab tu diharamkan terus

ada pulak ahli yg ada kes jenayah suruh jaga keamanan..


Kastam tu bukan pertubuhan haram..

ada yg makan rasuah..so tangkap je lah perasuah tu..

takkan nak haramkan kastam pulak..

Quote cHimo 5-9-2014 04:49 PM
Bukan semua makan rasuah pun . Cuma sesetengah sajorrr .
Quote freebird 5-9-2014 10:00 PM
mana ada rasuah!!  ni dah di kira menghasut!!!
Quote LUNCH 5-9-2014 10:45 PM
Sama lah macam jangan tuduh semua mat rempit tuh bojan dan jangan tuduh semua yang pi club tu minum alcohol gitew.
Quote LUNCH 5-9-2014 10:47 PM
Oh wait a minute! Tapi apa kah pegangan hidup mereka mereka itew?
Quote MelahJanda 5-9-2014 10:50 PM
Kes under declare
Pelik jugak ni
Datang dari mana tetiba menangkap org
Quote batmana 5-9-2014 10:59 PM
Para perasuah di Malaysia patut dihantar ke China untuk jalani hukuman tembak di kepala smpai bersepai .

Pasal time  hidup tarak mahu guna kepala. Baik tembak aja..
Quote mikasa 5-9-2014 11:00 PM
MelahJanda posted on 5-9-2014 10:50 PM
Kes under declare
Pelik jugak ni
Datang dari mana tetiba menangkap org

ada yang tak puas ati?

kes tikam belakang?

Quote MelahJanda 5-9-2014 11:05 PM
mikasa posted on 5-9-2014 11:00 PM
ada yang tak puas ati?

kes tikam belakang?

Biasanya camtulah
Sbb, normal la masuk brg under declare
Semua company buat
Individu pun buat kan
Masuk baju bertimbun dari vietnam, ckp nk bagi sedara..pdhal meniaga
Tu under declare la tu
So ni ada somethg happened yg menyakitkn hati org ni
Tetiba tangkap ramai
Quote kentutmanis 5-9-2014 11:10 PM
dgr cerite nanti kastam akan dikorporatkan mcm lhdn, kwsp next year, kalau ye bagusla br keje mcm firma swasta
Quote mikasa 5-9-2014 11:20 PM
kentutmanis posted on 5-9-2014 11:10 PM
dgr cerite nanti kastam akan dikorporatkan mcm lhdn, kwsp next year, kalau ye bagusla br keje mcm fi ...

aku tgok proposal tangga gaji yang baru best giler....tu yang 80k nak jadi pegawai kastam

Quote venom1 5-9-2014 11:38 PM
masih belum dimuktamadkan Kastam jadi korporat. Tunggu bulan 10 nanti untuk jawapannya.
Quote kentutmanis 5-9-2014 11:48 PM
venom1 posted on 5-9-2014 11:38 PM
masih belum dimuktamadkan Kastam jadi korporat. Tunggu bulan 10 nanti untuk jawapannya.

nanti derang xdpt pencen kan, kesian gak, maybe staff dikurangkan utk efficiency, lately sekabar pro kjaan mcm utusan byk tibai kastam ni mcm dah dibagi greenlight oleh kjaan bn yg depa xkan diprotect mcm agensi2 kjaan yg lain mcm skrg ni, go by ur own kalu buat taik, kastam bukannye kroni bn , lainlah mcm apmm maritim tu anak emas najib walhal byk ikan kene curi tgh laut xmcm zaman polis marin dulu

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.063430 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top