CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Abdul Khalid Ibrahim Calon Terbaik Pulihkan Mas

8-9-2014 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7815| Komen: 90

Description: Semasa Tempoh Penggal Pertama Menjawat Jawatan Menteri Besar Selangor, Beliau Disanjung Oleh Kawan Dan Lawan Sebagai Tokoh Terbaik Dalam Urus Tadbir Di Negeri Selangor.
Abdul Khalid Ibrahim calon terbaik pulihkan MAS


PENGAMBILALIHAN Guthrie oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 billion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri, program air 20 meter padu merupakan sebahagian kejayaan yang telah dirintis oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tokoh korporat dan ketua Kerajaan Negeri Selangor.

Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.

Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor.  

Akibat mempertahankan integriti dan urus tadbir yang telus, beliau akhirnya tewas dalam percaturan politik PKR yang berusaha menyingkirkannya dari posisi Menteri Besar Selangor.

Semasa tempoh penggal pertama menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, beliau disanjung oleh kawan dan lawan sebagai tokoh terbaik dalam urus tadbir di negeri Selangor.  

Atas dakwaan “dosa” tidak mendengar nasihat dan mempertahankan kewibawaan urus tadbir yang baik, beliau dipecat oleh parti yang selama ini menyanjung kredibiliti dan menerima keahlian seumur hidupnya.

Maka pengunduran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor harus diambil perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengangkat semula kedudukan beliau untuk menerajui proses pemulihan MAS.  

Pelantikan beliau menerajui proses pemulihan MAS dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan dan imej syarikat penerbangan terulung di negara ini berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan Abdul Khalid.  

“Dosa” politik yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid diyakini dapat ditebus dan terhapus melalui pelantikan beliau untuk menerajui MAS sekaligus membuktikan sikap jiwa besar Kerajaan Persekutuan dalam mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia.

Diyakini bahawa hati rakyat Selangor dan Malaysia akan sedikit terubat melalui pemilihan Abdul Khalid untuk menerajui MAS yang berpusat di KLIA sebagai nadi utama Selangor dan Malaysia.


8

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cadarblogsot 6-9-2014 12:57 PM
Baru kena buku & ruas... mau dok dlm oven siapa2 yg tak telus dlm tu...
Quote PongKang 6-9-2014 01:01 PM
aku rasa sesuai..
Quote badaksumbu 6-9-2014 01:04 PM
baca : unisel, kdeb dll.

x payah la.
Quote badaksumbu 6-9-2014 01:06 PM
try mintak pandangan penganalisis kewangan, ekonomi, perakaunan, tengok apa kata diorang.

lg sekali, x payah la.
Quote Nham22 6-9-2014 05:34 PM
Mas dah nazak..need miracle..huhu...calon semue dah tua..kasi yg muda....sian aku tgk juhari aritu..
Quote mbhcsf 6-9-2014 05:39 PM
I want Datuk Syed Zainal Abidin ....

Mas needs no. NONSENSE ..man yg berintegriti...

Datuk Syed Zainal pernah kate...nak terajui proton, beliau x nak campur tangan politik...
Quote tomatome 6-9-2014 05:41 PM
mbhcsf posted on 6-9-2014 05:39 PM
I want Datuk Syed Zainal Abidin ....

Mas needs no. NONSENSE ..man yg berintegriti...

yup.. sama la kita
Quote batusembilan 6-9-2014 05:42 PM
aku rasa idea yg bagus jgk tu
Quote melati_kesuma 6-9-2014 05:59 PM
Mel rasa khalid ok handle mas..cuma khalid ni owang kata kedekut...dr segi bisnes ok kedekut,..x de lah sewenang mas belanja entah  apa2...cuma kalau dipilih pr kata ni hadiah dr umno...so dh isu pulak kat situ....


Pe pun tengok ajelah...mas pun dh ok..now naik ade doa perjalanan...
Quote Anak_Nogori 6-9-2014 06:06 PM
mbhcsf posted on 6-9-2014 05:39 PM
I want Datuk Syed Zainal Abidin ....

Mas needs no. NONSENSE ..man yg berintegriti...

Dia pernah jadi CEO PRODUA dan PROTON kan.


Quote mbhcsf 6-9-2014 06:07 PM
melati_kesuma posted on 6-9-2014 05:59 PM
Mel rasa khalid ok handle mas..cuma khalid ni owang kata kedekut...dr segi bisnes ok kedekut,..x de  ...

Ye? Ade doa ke? Really...i x perasan kot...

Baguslaa...yg i dengaq kapten tu celoteh announcement loghat kedah ade laa hehehe
Quote Anak_Nogori 6-9-2014 06:08 PM
batusembilan posted on 6-9-2014 05:42 PM
aku rasa idea yg bagus jgk tu

Layak ke dia?....

Nazir tak leh ke?...CIMB ok apa..


Quote mbhcsf 6-9-2014 06:08 PM
Anak_Nogori posted on 6-9-2014 06:06 PM
Dia pernah jadi CEO PRODUA dan PROTON kan.

Yup proton...

I nak tengok camner this no nonsense guy ni handle mas

Hihihi...
Quote Anak_Nogori 6-9-2014 06:11 PM
melati_kesuma posted on 6-9-2014 05:59 PM
Mel rasa khalid ok handle mas..cuma khalid ni owang kata kedekut...dr segi bisnes ok kedekut,..x de  ...

Kedukut ok..tapi Khalid ni kedukut kemut...dia pandai ke cari duit?...nanti habis kapalterbang MAS dijualnya macam mana?..lepas tu dia istihar untung kat Najib..saya pun boleh mcm tu...jual je mana yg patut...masuk akaun...untung..lepas tu saya dabik dada pandai handle MAS..
Quote chenta_dewi 6-9-2014 06:11 PM
Org tua dlm khazanah nak ka khalid ni? Bekas pkr depa tak mau eh..tak membantu poket diorg penuh pon
Quote Anak_Nogori 6-9-2014 06:11 PM
mbhcsf posted on 6-9-2014 06:08 PM
Yup proton...

I nak tengok camner this no nonsense guy ni handle mas

Good idea...
Quote melati_kesuma 6-9-2014 06:12 PM
mbhcsf posted on 6-9-2014 06:07 PM
Ye? Ade doa ke? Really...i x perasan kot...

Baguslaa...yg i dengaq kapten tu celoteh announceme ...

Yang ni mel latest naik mas...bulan lepas...skrin pasang doa perjalanan selepas tunjuk cara kecemasan tu..dlm hati mel wah ade perubahan dr mas...lepas tu mel tengok skrin...mula tengoklah apa cerita ade..wah ade Al Quran n lagu2 nasyid...

pe pun masa landing tergelincir sikit...alhamdulilah pilot dapat handle..smua pakat diam aje masa tu...huhu
Quote melati_kesuma 6-9-2014 06:18 PM
Anak_Nogori posted on 6-9-2014 06:11 PM
Kedukut ok..tapi Khalid ni kedukut kemut...dia pandai ke cari duit?...nanti habis kapalterbang MAS ...

Hahhaa...mana tahu dia jual kapal terbang..ataupun jual aje kapal terbag mas yang dh buruk tu..beli baru ..tukar design warna mas tu..buat patent..then buat kad diskaun untk gov servants...mmg laku punya mas ni..wah mcm mel pulak jadi ceo hahhaah...

makanan kene tukar...x sedap...buang kroni tu semua....n tunjuk cara hormat kat customer...tunduk hormat...hehe..
Quote kelana36 6-9-2014 06:21 PM
tak ada benda lagi nak dijual.. dia kemut bagus untuk company, tak belanja sewenang wenangnya tapi staff susah la nak dapat bonus, nak claim sana sini.. kalau nak recover cepat, baik letak dia ..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.076831 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top