CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Penjenayah Mati, Tiga Polis Cedera

8-9-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12981| Komen: 23

Description: Dalam Kejadian Pada Kira-Kira Jam 4 Pagi Itu, Sepasukan Anggota Daripada Jabatan Siasatan Jenayah (Jsj) Kelantan Melakukan Serbuan Ke Atas Sebuah Rumah Tidak Bernombor Beralamat Di Kampung Banggol Tel ...
Dua penjenayah mati, tiga polis cedera insiden berbalas tembakan di Pasir Putih


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis cedera sementara dua penjenayah mati dalam insiden berbalas tembakan di Pasir Putih, Kelantan, pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter beliau.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Kampung Banggol Telipot.

Serbuan dilakukan dengan tujuan mengesan suspek kes bunuh dan tembak yang telah lama diburu polis.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerunai 8-9-2014 12:49 PM
Pakat bunuh belako puok2 nih....punoh anok2 kelate
Quote kentel 8-9-2014 12:52 PM
kerunai posted on 8-9-2014 12:49 PM
Pakat bunuh belako puok2 nih....punoh anok2 kelate

gedebe abe weh....
Quote revolusi_30 8-9-2014 12:55 PM
Kartel la ne...
Quote akuwell 8-9-2014 01:21 PM
Tokei dadah ke??
Quote unhas 8-9-2014 01:43 PM
tahniah pdrm
Quote famri7 8-9-2014 01:45 PM
Anok2 kelate kebanggae ummah serambi suchi mekoh.nih mesti ummah thaile nih,kelate mano perangai ginih kak.
Quote namirulmukminin 8-9-2014 01:47 PM
Syabbas bete syabbas... PDRM jindava...
Quote tupaiterbang 8-9-2014 02:07 PM
Tembak lagi pasni, takyah tangkap2 lagi dah
Quote asher 8-9-2014 02:09 PM
tembak kasi mati jer..senang citer
Quote crossfire 8-9-2014 02:12 PM

Dua penjenayah maut, tiga anggota polis cedera ditembak

KOTA BHARU 8 Sept. - Dua penjenayah yang paling dikehendaki maut manakala tiga anggota polis cedera dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 4.10 pagi tadi.


Salah seorang penjenayah yang dikenali sebagai Mat Hatim, 25, dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes bunuh di negeri ini.

Pihak polis akan mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan secara mendalam mengenai kejadian tersebut pada pukul 3 petang ini.



Quote sheetRock 8-9-2014 02:12 PM
wartawan pun...amik la pic elok skit..jgn la close up sgt smpai nampak vulu idung beliau...
Quote dauswq 8-9-2014 02:49 PM
kes bunuh? sape mat hatim bunuh ye? polis negeri kelate ker?
Quote cupu 8-9-2014 02:56 PM
sokong je tembak mati set kartel ni.merosakkan bangsa je..fmily sdih sari je.pstu sgt berterima kasih kpd pdrm yg menamatkan derita aib mereka.
Quote Changa 8-9-2014 03:12 PM
kerunai posted on 8-9-2014 12:49 PM
Pakat bunuh belako puok2 nih....punoh anok2 kelate

sek kito jange pecchoh!
Quote Loxlaxman 8-9-2014 03:30 PM
Sindiket eksport dadah dalam botol budu ke?
Quote siputsedut 8-9-2014 03:40 PM
erk..kampung mak aku ni...kampung tu kecik aje...rumah sapa lah yang diorang duk tu...

abang aku baru aje send gambar dua orang yang mati ni...muda2 lagi
Quote gede-bab 8-9-2014 03:46 PM
crossfire posted on 8-9-2014 02:12 PM
Dua penjenayah maut, tiga anggota polis cedera ditembak

KOTA BHARU 8 Sept. - Dua penjenayah yan ...

kalu kat kelantan penjenayah mati mesti  mulayu....so oklah...kalu tidak ada pulak puak2 politik yang bising
Quote HaifaHanna 8-9-2014 03:59 PM
Pembunuh upahan..??
Muda lg kot bru 25....
Quote crossfire 9-9-2014 08:06 AM
gede-bab posted on 8-9-2014 03:46 PM
kalu kat kelantan penjenayah mati mesti  mulayu....so oklah...kalu tidak ada pulak puak2 politik y ...



Kota Bharu: Selepas lebih setahun diburu, penjenayah paling dikehendaki, 'Mat Hatim' atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, akhirnya tersungkur apabila maut dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, jam 4.10 pagi semalam.

Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Mat Hatim sudah lama diburu berikutan terbabit kes bunuh dan tembak di Kampung Kemasin, Bachok, Februari tahun lalu.


"Operasi pagi tadi dikendali sepasukan anggota Operasi Khas Bahagian Siasatan/ Perancangan (D8) Bukit Aman yang bertindak menyerbu rumah sewa didiami dua suspek terbabit sejak dua bulan lalu.










"Dalam serbuan itu suspek melepaskan tujuh das tembakan yang turut mencederakan tiga anggota termasuk seorang pegawai.

"Namun ketiga-tiganya yang cedera di pergelangan tangan, peha dan perut berada dalam keadaan stabil, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Mohmad percaya dengan kematian suspek polis berjaya menyelesaikan dua kes bunuh, tiga kes cubaan bunuh dengan senjata api selain dadah yang aktif dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Compact Cz 75D dan .38 buatan Brazil berhulu kayu berwarna coklat. Credit HM



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055248 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top