CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gugurkan Kandungan Untuk Elak Didakwa

9-9-2014 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4091| Komen: 8

Description: “Dia Ditahan Dalam Lokap Sementara Menanti Perbicaraannya, Namun Menggugurkan Kandungan Itu.
Gugurkan Kandungan Untuk Elak Didakwa


Riyadh: Seorang wanita Syria yang hamil selepas menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya bertindak luar jangkaan apabila menggugurkan kandungannya ketika ditahan di dalam lokap polis untuk mengelak didakwa.

Wanita itu yang sudah bercerai ditahan selepas dilihat bersama seorang lelaki. Hasil pemeriksaan mendapati dia hamil, lapor akhbar al Watan.

“Dia ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraannya, namun menggugurkan kandungan itu.

“Mungkin dia menganggap dapat mengelak daripada dibicarakan dan menyangka pihak polis tidak tahu perbuatannya,” lapor akhbar itu.


Wanita itu kemudian dibawa ke hospital dan bakal menghadapi tuduhan mengadakan hubungan sulit serta membunuh anak dalam kandungannya. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 9-9-2014 02:18 PM
el arab terbaik
Quote namirulmukminin 9-9-2014 02:21 PM
Mesti bukan sunni....
Quote finesse 9-9-2014 02:29 PM
Polis, bukan fulis..   
Quote batman_2007 9-9-2014 02:31 PM
Kaum nan suci murni..
Quote chinta89 9-9-2014 02:31 PM
finesse posted on 9-9-2014 02:29 PM
Polis, bukan fulis..

ak syak dia sje tulis mcm tu. dh biase tgk thread ditulis ngn ejan sengaja dibuat2 gtu hehehe
Quote prettymanja 9-9-2014 02:33 PM
el Ereb yg dipuja2 Ummah Melayu khen.. Buat Dosa berganda gitu
Quote Artemesiaa 9-9-2014 02:47 PM
Sama macam yang berlaku di Malaysia suka buang kat jamban tak pun sungai, tong sampah, lambung dari atas flat etc.
Quote leylapple 9-9-2014 02:50 PM
teringat satu kisah iols penah baca...tak berapa ingatlah tapi mcm nie cerita dia...

ada seorang warak...satu hari dia jatuh cinta dgn seorang gadis...maka bermulalah penzinaan..kemudian, bila gadis tu hamil, digugurkan pulak kandungan...

dan si warak tu, ditakdirkan pulak mati....sepak terus masuk dalam neraka walopun bertahun2 warak...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063966 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top