CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

12 Fakta Tentang Izzue Islam

9-9-2014 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11543| Komen: 12

Description: Fakta Fakta Menarik Tentang Lelaki Bernama Muhammad Izzul Islam Mazlan.


Fakta Fakta menarik tentang lelaki bernama Muhammad Izzul Islam Mazlan.

1) Izzue tidak lagi menjamah durian setelah muntah akibat mabuk ketika menaiki kereta dari Kelantan ke Kuala Lumpur di usia 15 tahun.

2) Izzue menganggap dirinya buta warna kerana tidak begitu mengenali warna. Di matanya, warna biru yang merupakan warna kegemarannya lebih menonjol jika dibandingkan dengan warna lain. Jelas Izzue, almarinya pakaiannya penuh dengan baju-baju berwarna biru.

3) Jika memasak, anak jati Kelantan ini gemar mencampurkan elemen pedas dan manis dalam masakannya. Contohnya jika memasak Maggie Kari atau Tomyam, selain mencampurkan cili, dia juga menggunakan susu pekat manis dalam masakan tersebut. Haaa pernah cuba tak?

4) Ketika zaman persekolahan, Izzue tergolong sebagai pelajar nakal. Dia dan beberapa rakan yang lain hanya akan masuk ke sekolah setelah tamat perhimpunan iaitu pada jam 8.30 pagi.

5) Dilantik menjadi pengawas sekolah ketika berada di tingkatan 2. Namun, dilucutkan jawatan ketika berada di tingkatan 3 kerana kenakalannya.

6) Mengakui susah bangun pagi. Namun dek kerana selalu terikat dengan penggambaran di waktu pagi, Izzue cuba membiasakan diri untuk bangun awal.

7) Izzue mempunyai tiga jam penggera untuk mengejutkannya bangun tidur. Namun, dia mengalami kesukaran untuk terjaga dengan bunyi tersebut. Dia lebih senang dikejutkan melalui panggilan telefon.

8) Pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis ketika berusia 12 tahun. Menariknya, penyertaannya dalam pertandingan itu tanpa sebarang persediaan kerana ia berlaku ketika Izzue bersiar-siar bersama keluarganya.

9) Hasil kemenangannya dalam pertandingan melukis itu, Izzue telah mendapat wang tunai berjumlah RM100. Dia telah membeli sebuah gitar yang mendekatkan dirinya dengan bidang muzik. Gitar itu masih lagi dalam simpanannya.

10) Izzue pernah menyertai kumpulan Bboy ketika di tingkatan 1 dan 2 kerana sangat meminati tarian 'breakdance'.Ketika di tingkatan 3 pula, Izzue terlibat dengan aktiviti merempit.

11) Mungkin ramai yang tidak tahu, selain boleh berlakon dan menyanyi, Izzue juga pandai bermain beberapa alat muzik iaitu gitar, bass, drum dan juga ukulele.

12) Tidak pernah melancong ke luar negara sebelum menjadi artis.

Banyak lagi fakta tentang izzue yang kita tidak ketahui, ini hanyalah sebahagian sahaja darinya. Jom tengok VIDEO terbaru Adegan Mendebarkan Yana Samsudin Dan Izzue Islam disini




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gusikuberdarah 10-8-2014 02:32 AM
maggi campur susu??

acaner rasanya
Quote pfiza 10-8-2014 09:11 AM
rasa cm santan kot
Quote pfiza 18-8-2014 11:10 PM
dulu glamour je, pas kawen abes dah
Quote pfiza 29-8-2014 01:47 PM
Muka jambu izzue nie, nanti anak dia mcm ane lak
Quote syanis4114 10-9-2014 05:02 PM
tomyam campur susu/santan = tomyam poktek
maggi campur susu pun jadi maggi poktek la
Quote Dark_Vampire 17-9-2014 03:11 PM
cmner raser nyer kan ...maggi+susu
Quote asteruk 17-9-2014 03:52 PM
best baca interesting fact camni. TT dapat dari sumber mana ni?
Quote pfiza 17-9-2014 11:41 PM
Sumber alam semesta la
Quote shiraloveyou 23-9-2014 12:46 AM
Pelik2 je makannye....
Quote pfiza 23-9-2014 07:08 PM
Sodap apa makan cm tu
Quote winterwhite39 9-10-2014 10:45 PM
dah hagak da semua dok terpikir dan tertanya pasal megi + susu

ades.. kalau santan tu ok gak lagi kot
Quote pfiza 10-10-2014 12:01 AM
makanan pelik2 tahi itik tahi minyak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053038 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top