CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengkid Dera Kanak-Kanak 8 Tahun

10-9-2014 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12350| Komen: 62

Description: Wanita Berusia 39 Tahun Itu Dan Rakannya Yang Berusia 32 Tahun, Ditahan Polis Kira-Kira Jam 8 Malam, Susulan Laporan Yang Diterima Daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (Jkm).
Pengkid Dera Kanak-Kanak 8 Tahun

Muar: Dua wanita dengan seorang daripadanya dipercayai pengkid, ditahan di rumah mereka di Taman Sri Cempaka di sini, kelmarin, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sejak beberapa bulan lalu.

Wanita berusia 39 tahun itu dan rakannya yang berusia 32 tahun, ditahan polis kira-kira jam 8 malam, susulan laporan yang diterima daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan mangsa dibesarkan ibu angkatnya sejak bayi, tetapi kehidupannya berubah apabila wanita itu mengenali pengkid itu dan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu.


Pengkid yang juga jurulatih seni mempertahankan diri itu turut membahasakan dirinya sebagai ayah, dikatakan memukul kanak-kanak itu menggunakan rotan dan pembaris besi hingga lebam di belakang badan, lengan kanan dan kedua-dua kaki jika dia melakukan kesalahan.

Penderitaan kanak-kanak itu dikesan guru sekolahnya kelmarin, yang ternampak kesan lebam pada badannya sebelum melaporkan kepada JKM Muar.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pegawai JKM ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan dan selepas mendapati ada kesan lebam serta mengesyaki kanak-kanak itu didera, pegawai berkenaan membuat laporan polis.

AZMAN menunjukkan rotan yang digunakan untuk memukul kanak-kanak pada sidang media di IPD Muar semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan ibu angkat mangsa serta teman serumahnya untuk siasatan.

“Pegawai JKM membawa mangsa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan pemeriksaan fizikal mendapati ada kesan lebam lama serta baru di belakang badan mangsa, lengan kanan dan kedua-dua kakinya akibat dipukul yang dikaitkan dengan penderaan,” katanya  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Menurutnya, selain menahan  suspek, pihaknya turut merampas pembaris besi dan  rotan yang digunakan untuk memukul mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis bagi membantu siasatan.

11

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 10-9-2014 08:38 AM
chilaker. pengkid ni harus dihukum sodok ngan rotan tu.
Quote pittjie 10-9-2014 08:40 AM
rasa mcm gatal je tangan ku nak ambik rotan tu dan membelasah pulak mak dan "bapak" budak tu.
Quote md.jie 10-9-2014 08:43 AM
apakah rotan ini juga digunakan untuk mereka...
Quote chinta89 10-9-2014 08:43 AM
alahai... pengkid? best ke?? siap jadi 'ayah' lagi,...
Quote Dewi_Hati 10-9-2014 08:46 AM
eh...rotan ni mcm yg tok moh sesat tu punya la...yg tok moh declare sbg zakar syaiton tu...
besar lg hak yg ni... wahahaha

besa kot rotan dera bdk tu...cilako punye pengkid. da la ko songsang...nk dera bdk plak...hati mati btol.
Quote zwaty 10-9-2014 08:48 AM
vavissssss.........
Quote haryatie 10-9-2014 08:54 AM
giler besar rotan tu
nk merotan ke, nak membunuh
Quote qronaldo7 10-9-2014 08:56 AM
sula time!!
Quote cloudy_83 10-9-2014 08:56 AM
mana dapat rotan besor gini
Quote biskutsusu 10-9-2014 08:57 AM
ayah la sangat

tu nk membunuh
bukan nak mengajar
Quote tobby 10-9-2014 08:59 AM
jom belasah pengkid ni ramai2....
Quote cupu 10-9-2014 09:06 AM
kurang ajar pya pengkid.biasa mak2 atau penjaga ni akan jd gila@kejam bila ada kekasih.bodoh btol.
Quote Modngengade 10-9-2014 09:08 AM
Bapak besar rotan...dah mcm rotan nk buat perabut jer
Quote Modngengade 10-9-2014 09:10 AM
md.jie posted on 10-9-2014 08:43 AM
apakah rotan ini juga digunakan untuk mereka...

Guna utk apa tu dikkk
Quote sofea_uk 10-9-2014 09:10 AM
Ini bukan nak merotan, ini nak membunuh namanya. Eloknya disula pengkid ni dgn bapak rotan tu
Quote seri_mawr 10-9-2014 09:36 AM
rotan dah rupe mcm kerusi perabot zaman dulu2 kala...giler besar...

meh aku bedal dia pulak dgn rotan tu...nak tahu sakit ke tdk....bongoknya nye mak "bapak"....
Quote shi_jewel 10-9-2014 09:37 AM
jadi..bapaknya perempuan?
Quote popjack 10-9-2014 09:38 AM
dari darjah dua darjah dua~
Quote mommymonster82 10-9-2014 09:38 AM
Nasib baik cikgu prihatin...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067573 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top