CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Wanita Di Kurung 3 Tahun Dalam Bilik Air?

10-9-2014 03:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8928| Komen: 57

Description: Polis Merempuh Masuk ‘Penjara’ Wanita Itu Di Darbhanga Selepas Ayahnya Melaporkan Kes Itu, Lapor International Business Times.
3 Tahun Di Kurung Dalam Bilik Air Kerana Melahirkan Anak Perempuan

Gambar hiasan


New Delhi: Seorang wanita berusia 25 tahun dikurung dalam bilik air sejak tiga tahun lalu selain dilarang menemui anaknya kerana melahirkan anak perempuan.

Wanita itu yang ditemui dengan keadaan kuku kaki serta tangan yang terlalu panjang dan pakaian koyak tidak dapat membuka matanya apabila terkena cahaya matahari.
Dia juga menangis teresak-esak apabila anaknya sendiri tidak mengenalinya.

Polis merempuh masuk ‘penjara’ wanita itu di Darbhanga selepas ayahnya melaporkan kes itu, lapor International Business Times.

Jurucakap polis Seema Kumari berkata, wanita itu diseksa berulang kali sejak berkahwin pada 2010 selepas keluarga mentua tidak berpuas hati dengan wang hantarannya.

Keadaan menjadi lebih teruk selepas dia melahirkan anak perempuan sehingga akhirnya dia dikurung keluarga suami.

“Dia terlalu sukar membuka mata bila terkena cahaya matahari kerana tinggal dalam ruang yang kecil, sempit dan gelap sejak tiga tahun lalu.

“Mangsa berkata dia diheret masuk ke bilik air sebelum ditinggalkan di situ.

“Dia juga dilarang menemui anaknya dan hanya diberi makan sekali-sekala, itupun sisa yang tidak habis dimakan keluarga suami. Mereka seolah-olah membalas dendam kerana hantaran dan jantina anak yang dilahirkan tidak memuaskan,” kata Seema ketika ditemui.

Pemberian hantaran sebenarnya diharamkan di India sejak tahun 1981, namun sehingga hari ini masih ramai yang mengamalkannya.

Sementara itu, Seema berkata mangsa juga tidak dibenarkan menemui ibu bapanya.

“Setiap kali keluarganya datang melawatnya di Darbhanga, mereka dihalau.

“Sebaik dibebaskan dia meminta untuk menemui anak perempuannya yang kini berusia tiga tahun. Malangnya, kanak-kanak itu langsung tidak mengenalinya menyebabkan dia menangis,” kata Seema.

Menurut jurucakap itu, suami mangsa Prabhat Kumar Singh kini berada dalam tahanan polis.

Ibu bapanya Dhirendra Singh dan Indra Devi juga akan disoal siasat selepas keluarga mangsa menuntut supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.- Agensi

http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 10-9-2014 04:38 AM
Kejam nyer......
Quote sueism 10-9-2014 04:54 AM
macam2 hal dalam dunia nie
Quote amiraira 10-9-2014 06:35 AM
Mentality sesetgh kaum yg tidak dapat diubah
Quote nurul_akmar 10-9-2014 07:02 AM
terlalu agungkan adat.
Quote ais_kosong 10-9-2014 07:15 AM
xde berperikemanusiaan langsung
jantina anak boleh tentukan sendiri ke?
sakit pulak ati kite bace
Quote rosasa 10-9-2014 07:19 AM
Mereka seolah-olah membalas dendam kerana hantaran dan jantina anak yang dilahirkan tidak memuaskan,”


silake punya binatang
Quote nebulagazer 10-9-2014 07:27 AM
India nk expect apa lg
Da mcm mcm jd..
Depa tetap la mcmtu
Moga ditunjuki jalan yg lurus
Quote PongKang 10-9-2014 07:36 AM
kejamnya.. amik balik anak tu n tinggalkan rumah tu.. jgn dok situ..
Quote haryatie 10-9-2014 07:42 AM
kejam gile..
kesian dia...
Quote cmf_almondpecan 10-9-2014 07:44 AM
ais_kosong posted on 10-9-2014 07:15 AM
xde berperikemanusiaan langsung
jantina anak boleh tentukan sendiri ke?
sakit pulak ati kit ...

Bangang. Kurunglah anak lelaki dia sendiri sbb sperma dia yg tentukan jantina anak, bukan ibu yg mengandung tu.

Quote kentel 10-9-2014 07:54 AM
kasta rendah...mentaliti pun rendah...
Quote ais_kosong 10-9-2014 08:24 AM
cmf_almondpecan posted on 10-9-2014 07:44 AM
Bangang. Kurunglah anak lelaki dia sendiri sbb sperma dia yg tentukan jantina anak, bukan ibu yg m ...

kan..
asik nak salah perempuan ja..
ingat lelaki xnyumbang ke?
Quote mrsav 10-9-2014 08:25 AM
xde hati perut lnsg dorang nie
Quote Vellfire 10-9-2014 08:31 AM
mcm2 hal dorang ni
Quote fifie_olin 10-9-2014 08:35 AM
nsb baik ank pmpn dia x dibunuhnya
Quote krustykrab 10-9-2014 08:52 AM
tajuk mengelirukan...
ingatkan mangsa tu yg berumur 3 tahun dah lahirkan anak
Quote sofea_uk 10-9-2014 08:57 AM
cmf_almondpecan posted on 10-9-2014 07:44 AM
Bangang. Kurunglah anak lelaki dia sendiri sbb sperma dia yg tentukan jantina anak, bukan ibu yg m ...

Betul tuu, sepatutnya kurung anak lelaki dia sebab sperma yg menentukan jantina baby. Diorang tak pegi sekolah sebab tu tak tau.

Quote brums08 10-9-2014 09:18 AM
Mcm dlm citer tamil...
Quote intriQue 10-9-2014 09:25 AM
Wanita cuma menyumbang chromosome yg sama setiap masa which is chromosome X

Chromosome dari pihak lelaki yg tentukan jantina anak, X or Y.  So why salahkan wanita?  

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 2.965056 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top