CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Teman Lelaki Pukul Anak Sampai Mati

11-9-2014 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18893| Komen: 147

Description: Difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (Ipd) Kuala Muda Mendapat Tempoh Tahanan Reman Ke Atas Suspek Sehingga 16 September Depan Bagi Membantu Siasatan Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Teman Lelaki Pukul Anak Sampai Mati



Kulim:  Tanda tanya tindakan seorang wanita tiba-tiba mahu menarik semula laporan kehilangan anak lelakinya berusia lima tahun terjawab berikutan penemuan mayat kanak-kanak terbabit di ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani, dekat sini, awal pagi semalam sejurus penahanan teman lelakinya, kelmarin.

Sebelum itu, wanita berusia 36 tahun membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak berkenaan pada 11 Ogos lalu di Balai Polis Sungai Karangan, di sini, bagaimanapun menarik semula laporan pada 5 September lalu kerana mendakwa anaknya berada dalam keadaan sihat bersama teman lelakinya berusia 40-an.  

Difahamkan, mangsa yang juga anak tunggal dipercayai dipukul lelaki terbabit kerana menimbulkan rasa kurang selesa kepada suspek disebabkan kerap menangis.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi pokok kelapa sawit di ladang berkenaan tiga kilometer dari jalan utama oleh pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kedah yang melakukan pencarian jam 1 pagi.


Ketua Polis Daerah Superintendan Abdullah Arshad berkata, berikutan itu pihak polis menjalankan siasatan lanjut lalu menahan lelaki berkenaan, kelmarin kerana curiga dengan tindakan wanita terbabit menarik semula laporan polis yang dibuat mengenai kehilangan anak lelakinya.

Menurutnya, soal siasat ke atas suspek membongkar misteri kehilangan mangsa apabila lelaki berkenaan membawa pihak polis ke sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani, malam kelmarin ke tempat dia dipercayai menanam mayat kanak-kanak berkenaan.

“Kejadian ini terbongkar selepas ibu mangsa menarik balik laporan mengenai kehilangan anaknya pada 5 September lalu dengan memberi alasan kanak-kanak itu kini sihat bersama teman lelakinya.

“Hasil siasatan lanjut dijalankan pihak polis kemudian mengesyaki sesuatu berlaku lalu menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki ibu mangsa sebelum dia (suspek) membawa ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul oleh suspek sehingga menyebabkan kematiannya, namun pihak polis perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebenar kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mendapat tempoh tahanan reman ke atas suspek sehingga 16 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dengan kehadiran ahli keluarga kanak-kanak terbabit sejurus mayat mangsa yang dibawa menaiki kenderaan polis tiba dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada jam 10.55 pagi.

Malah, ahli keluarga kanak-kanak terbabit turut dilihat mengalirkan air mata sambil memerhatikan mayat diusung masuk ke dalam bilik untuk proses bedah siasat.

Bagaimanapun, cubaan wartawan menemu bual keluarga mangsa gagal apabila seorang lelaki dipercayai bapa saudara mangsa enggan mengulas lanjut mengenai kejadian.

“Saya tidak mahu memberi apa-apa komen kerana kes ini masih di dalam siasatan polis. Saya menyerahkan semuanya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya.

12

Bagus
20

Marah
6

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 11-9-2014 08:55 AM
cop cop. mak budak tu masa tarik balik report tu dah tau la kan yang bopren dia tu bunuh anak dia? ke dia tak tau? ingat anak dia aman2 je dan bopren dia lagi? ko emak hapa aa??? kalau betul ko ingat anak ko aman2 je dgn jantan tu .. ko ada usaha tengok dgn mata kepala ko sendiri tak? dan kalau ko tarik report sbb mmg tau perkara sebenar .. dan nak cover bopren dia .. ko mmg bodoh bodoher dan bodohest! demi jantan sundal tu sanggup ko sorok kekejaman dia bunuh darah daging ko sendiri!!! ko kenapa aa pompuan? kenapa kau hidup dimuka bumi niii?? kenapa??

Quote scarflicious 11-9-2014 08:59 AM
mayb mak kena ugut....
Quote leylapple 11-9-2014 09:10 AM
fenomena biasa pasal betina sanggap nak kat jantan tak semenggah...

masa takder anak gigih nak tinggal makpak asal berlaki..

yang ada anak, biar mati anak dikerjakan boify asal tdo malam berteman..

apakejadahnya berperangai mcm tu?

dah tua2 nanti ingat anak2 nak bela ka?
Quote HaifaHanna 11-9-2014 09:22 AM
pittjie posted on 11-9-2014 08:55 AM
cop cop. mak budak tu masa tarik balik report tu dah tau la kan yang bopren dia tu bunuh anak dia? k ...

mak : knape awk bunuh ank sy yg tidak berdosa itu..?
boipren : tak mengapalah syg, ank buleh buat lain, tp i satu aje dm donia....................................
Quote puteri_impian 11-9-2014 09:31 AM
sayangkan boifen dari anak
esok2 nanti ko pun dia bunuh
Quote pittjie 11-9-2014 09:35 AM
HaifaHanna posted on 11-9-2014 09:22 AM
mak : knape awk bunuh ank sy yg tidak berdosa itu..?
boipren : tak mengapalah syg, ank buleh buat ...

nasib baik polis curiga uols. kalau tidak .. dia org berdua tu masih besedap2an buat anak baru tanpa rasa bersalah kut.
Quote DayangKirana 11-9-2014 09:41 AM
kesian..pandai buat anak..last2 jantan bodo tu jugak yang ko sangap sangat..
Quote setokinpurple 11-9-2014 09:45 AM
Mak gampang.
Ko bagi jela anak tu kat org lain!
Quote haryatie 11-9-2014 09:48 AM
bodoh giler prempuan ni
sayang sungguh kat BF
apa yg hebat sgt jntn tu..
Quote myakayina 11-9-2014 09:51 AM
pensil 2B lagi penting dari nyawa anak...apa bole buat..  
Quote Vellfire 11-9-2014 09:55 AM
suspek tu bf ke mak budak?
Quote prettyuglybabe 11-9-2014 10:09 AM
tak guna punya mak..
sangap jantan punya pasal
Quote alekxander 11-9-2014 10:10 AM
pittjie posted on 11-9-2014 09:35 AM
nasib baik polis curiga uols. kalau tidak .. dia org berdua tu masih besedap2an buat anak baru tan ...

kann
maybe masa die g balai tu nk batalkan report
polis mcm pelik kut, klu dh jumpa & ok, mana bdk tu?


good job polis


Quote MummySafa 11-9-2014 11:47 AM
xhadam mak2 jenis gini...sayang ke boipren dr anak sendirik...
Quote GhostWalking 11-9-2014 11:50 AM
Grim find: The police forensic team carrying the body of Mohd Fazlin from the oil palm plantation in Bukit Selambau.


SUNGAI PETANI: A five-year-old boy who was reported missing for a month has been found dead.
The body of Mohd Fazlin Abdullah, believed to have been killed by his mother’s boyfriend, was found buried among some bushes at an oil palm estate here, some 40km away from his home.
His decomposed body was found in a deep hole by the police at about 2am in Bukit Selambau here yesterday.
He was reported missing by his mother, a widow in her 40s, in Sungai Karangan, Kulim, on Aug 11.



Kuala Muda OCPD Asst Comm Khalil Ariffin said authorities finally managed to find the body after nabbing a 42-year-old man, the mother’s boyfriend.
“We felt something was amiss during the course of our investigation, which led us to nab the mother’s boyfriend for interrogation,” he said yesterday.
“He then admitted to us that he had strangled the boy at his home after becoming annoyed by the boy’s non-stop crying.
“In a panic, he then took the boy’s body to the plantation to bury it.”
At the time of the incident, the mother was away from home.
ACP Khalil said that after burying the body, the boyfriend headed home and pretended as if  nothing had happened.
Mohd Fazlin was the youngest of eight  siblings.
His remains have been sent to the Sultanah Bahiyah Hospital for a post-mortem.
The man has been remanded until Sept 16 to help in investigations under Section 302 of the Penal Code for murder.





Quote ibu_haritz 11-9-2014 12:00 PM
mmg celaka lah hidup ko jantan brengsek...
ko dh bunuh budak tu pastu ko tanam mcm bangkai kucing jer...
aku hrp perempuan tadi monopos cpt..dan hidup kau sentiasa tak aman..
Quote tak_tahu 11-9-2014 12:35 PM
'kasi' je dua2 ekor ni. x payah brzuriat dah. hadapla muka masing2. bodoh.
Quote hyldia 11-9-2014 12:37 PM
adoiii maknya pown,apesal laa ko hadap sgt jantan cenggitu?gersang ehhh?umo dh byk tp otak letak kt lutut..
Quote chaintea 11-9-2014 12:38 PM
astaghfirullahal'azim..

ya rabbi ..

bukan sampuk dek setan..mmg almost setan dh ni..

tergamak mak nya..



Lihat semua komen(147)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.067876 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top