CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Siswi Uitm Tak Rasa Apa Ditikam Bertubi-Tubi !

11-9-2014 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12286| Komen: 66

Description: Dalam Kejadian Kira-Kira Pukul 5.30 Pagi Itu, Mangsa, Siti Irina Ridzwan, 20, Mengalami Kecederaan Serius Akibat Ditikam Sebanyak Lima Kali Di Bahagian Dada Selain Satu Tikaman Di Tangan Menggunakan S ...
Siswi Uitm Tak Rasa Apa Ditikam Bertubi-Tubi !


ALOR GAJAH 10 Sept. - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu parah ditikam semasa bergelut dengan seorang penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Apartment Dimensi, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Siti Irina Ridzwan, 20, mengalami kecederaan serius akibat ditikam sebanyak lima kali di bahagian dada selain satu tikaman di tangan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Rahman Jid berkata, mangsa yang sedang tidur ketika itu terkejut apabila melihat kelibat seorang lelaki memasuki biliknya yang tidak berkunci.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak menekan badan mangsa dan mengarahkan supaya tidak menjerit sebelum menikamnya kerana cuba melawan.


"Mangsa pada mulanya tidak sedar dia ditikam kerana menyangka hanya ditumbuk oleh lelaki berkenaan namun mula menjerit meminta tolong selepas melihat banyak darah keluar dari dadanya.

"Rakan serumah mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan mangsa dan pada waktu itu suspek telah melarikan diri," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini hari ini.

Abd. Rahman berkata, siasatan awal mendapati suspek tinggal di blok yang sama dengan mangsa dan dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu rumah sewanya yang tidak berkunci.

Sehubungan itu ujarnya, polis telah melancarkan serbuan di sebuah rumah dipercayai tempat penginapan suspek dan menahan dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun untuk membantu siasatan selain menemui barangan milik mangsa di rumah berkenaan.

"Pemeriksaan di rumah suspek berjaya menjumpai dua kunci kereta dan tiga beg duit milik mangsa serta rakan serumahnya selain menemui kerambit dan dua bilah parang," katanya.

Tambah Abd. Rahman lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan hingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sementara itu, mangsa yang merupakan penuntut semester lima Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media universiti berkenaan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Melaka.

3

Bagus

Marah
5

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakmanentah 11-9-2014 09:11 AM
16 tahun tikam org? hebat kau dik!!!! mmg melingkup la hidup ko
Quote fifie_olin 11-9-2014 09:17 AM
krg ajor le..main tikam2 lak....
ade ati nk amek nyawa org
Quote kikuri 11-9-2014 09:18 AM
bakpolah pintu bilik tak kunci pintu rumah pon tak kunci...memang saje cari nahas
Quote brums08 11-9-2014 09:27 AM
Ganasnya baru 16 thn...masuk sekolah budak jahat abihlah dia.Semoga mangsa selamat...
Quote alinone78 11-9-2014 09:33 AM
kalau dah nama pencuri tu, pintu kunci dengan solex pun depa boleh masuk
budak2 uitm ni tunjuk kemewahan sangat kot
Quote kentel 11-9-2014 09:40 AM
mampos la ko...mereput dalam henry gurney...dah lah target 1 apartment...nak jadi penyangak pun bijok lah sikit..bodoh natang..!!!
Quote haryatie 11-9-2014 09:41 AM
kesiannya..
da la jahat, kejam pulak..
menakutkan
nak mencuri..curi je la..
Quote tagas 11-9-2014 09:41 AM
Tmn dimensi  lendu a.g ni mmg black area..lg2 apartment dimensi ni..security tadak..
Quote gekkou 11-9-2014 09:42 AM
oh my kenapa x kunci pintu rumah?
moga kembali pulih dan panjang umur ye dik
Quote myakayina 11-9-2014 09:44 AM
malaysia masih aman... budak bawah umur pun dah berani buat jenayah..
Quote iman_aly 11-9-2014 09:48 AM
oi ape ni suka2 tikam2 org!
Quote DayangKirana 11-9-2014 09:51 AM
ngeri ngilu cerita part kena tikam tuh..
Quote setokinpurple 11-9-2014 09:52 AM
Ada ke negara aman?
Mana2 pon ada je jenayah
Quote famri7 11-9-2014 09:52 AM
Kaum apa sis?adakah ummah kebanggaan? Semoga penjenayah pprt ini diorgy ummah penjara sampai longgar... get well soon adik manis uitm.
Quote cloudy_83 11-9-2014 10:41 AM
kesian adik ni
syabas polis dapat tangkap suspek dengan segera
Quote saden 11-9-2014 10:48 AM
bak kata senah, ni sure tikam pakai pensel 2B, tu pasal tikam 5 kali pun tak rasa.
Quote Cik_Andak 11-9-2014 10:53 AM
Kasi tikam balik lah...
Quote amon_79 11-9-2014 10:57 AM
dh lama iols meninggallakan zaman pengajian di uitm lendu ne...xsangka dh ada apartment..zaman iols sem 1 dulu taman dimensi ni projek terbengkalai xsiap lagi... masa abis dulu baru le siap fasa pertamanya umah teres...kiri kanan dpn belakang kebun getah je uols...
Quote Kejora927 11-9-2014 11:00 AM
bertubi tubi.. ngiluuu

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055145 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top