CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Hormati Wanita Mengandung Tapi ...

12-9-2014 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6985| Komen: 35

Description: Namun, Amat Menyedihkan Sekali Apabila Lewat Media Sosial Mutakhir Ini, Kita Sering Ditunjukkan Dengan Peri Laku Biadab Segelintir Individu Yang Membiarkan Ibu-Ibu Mengandung Berdiri, Tidak Diberi Rua ...

Hormati Wanita Mengandung Tapi ...



WANITA mengandung memang selalu dapat perhatian saya. Perhatian yang bersulam dengan rasa kasihan, simpati, hormat dan menghargai. Saya mengingat pengorbanan mereka yang pada setiap saat menanggung rasa tidak selesa selama lebih sembilan bulan untuk melahirkan seorang manusia sebagai pewaris khalifah di dunia.      

Siapa pun dia, setiap orang lahir dari rahim wanita, tiada yang terkecuali. Kerana itu, amat wajarlah bagi kita untuk memuliakan wanita, memberi keutamaan kepada mereka, terutama yang sedang sarat mengandung.

Namun, amat menyedihkan sekali apabila lewat media sosial mutakhir ini, kita sering ditunjukkan dengan peri laku biadab segelintir individu yang membiarkan ibu-ibu mengandung berdiri, tidak diberi ruang untuk duduk dalam pengangkutan awam.

Tidak tahu apa yang hendak dikata tentang mereka yang bersikap seperti ini kerana tidak mungkin mereka tidak sedar bahawa seseorang wanita yang mengandung itu sedang menanggung susah payah, berkeadaan uzur dan perlu diberi kutamaan.

Mereka sendiri pun lahir dari rahim seorang ibu dan tidak mungkin mereka tidak pernah diceritakan mengenai hal itu. Atau apa mereka itu sememangnya anak buluh betung?

Cerita saya sendiri pula, kelmarin, sedang buat kerja penyuntingan saya temui berita yang kurang fakta nya dan memerlukan penjelasan. Berita itu ditulis seorang pemberita yang sedang sarat mengandung.

Di bangunan pejabat kami, pemberita tempat duduknya di tingkat satu, manakala saya di tingkat dua. Biasanya apabila hadapi kes yang semacam itu, saya akan panggil mereka yang berkenaan untuk naik ke tempat saya.

Akan tetapi, dalam kes ini, si pemberita itu sarat mengandung. Melihat 'mak buyung' berjalan sahaja pun sudah boleh buat saya jatuh hiba, inikan pula mahu panggil dia mendaki tangga untuk berjumpa dengan saya.

Katalah apa pun, saya tidak akan sampai hati untuk buat begitu! Kerana itu, saya pun turun ke tingkat satu untuk  mencarinya dan sampai sahaja di hadapannya, saya terus berkata: "Walaupun saiz perut kita lebih kurang sama, tapi saya tak sampai hati nak panggil awak naik ke tempat saya. Sebab itu saya turun cari awak di sini ..."

Semua ini bukannya apa, saya selalu terkenang kisah sedih isteri saya sewaktu mengandung anak sulung kami. Pada masa itu, kami belum punya kereta. Isteri setiap hari berulang alik dengan bas Leng Seng dari rumah sewa di Seksyen 2, Wangsa Maju ke tempat kerjanya di Hospital Kuala Lumpur.

Selalu sahaja dia mengadu tidak dapat tempat duduk dan terpaksa berdiri sepanjang jalan. Bayangkanlah dalam keadaan perut memboyot, terpaksa berdiri dalam keadaan terhimpit dan terhuyung-hayang.

Mengapa dalam keadaan masyarakat yang berasa sudah cukup bertamadun ini, masih ada yang begitu penting diri, tergamak untuk duduk dengan selamba seperti tak punya perasaan melihat orang mengandung. Kalau bukan tempat duduk yang khusus untuk orang mengandung pun, apa susahnya bangun untuk menunjuk kita orang yang berhati perut?

Akan tetapi dalam menunjuk prihatin, kita masih perlu berhati-hati untuk mengelak daripada malu seperti apa  yang terjadi kepada seorang kawan saya. Kerana simpati dia mempelawa seorang kakak yang beratur di hadapannya dalam satu sesi pendaftaran untuk pergi duduk dahulu.

"Nanti apabila sampai giliran saya, saya panggil akak. Akak boleh ambil giliran saya, saya kemudian pun tak apa. Akak mengandung, berdiri lama-lama macam ni penat. Kasihan saya tengok, " katanya kepada kakak itu dengan penuh berhemah.

Dengan tidak disangka-sangka kakak itu pula menjawab begini: "Tak apa, dik. Terima kasih banyak-banyak. Akak ni sebenarnya bukan mengandung pun, cuma perut akak je besar sikit."

Apa lagi, tersipu-sipu malu,lah kawan saya itu kerana semua orang memandang ke arahnya. Mungkin itu bukan kali pertama si kakak itu disangka mengandung, walhalnya tidak. Kerana itu, berhati-hatilah.

Sejak kejadian itu, kawan saya tidaklah sampai serik atau berhenti terus daripada bersikap baik memberi keutamaan kepada wanita mengandung.

"Ini dah jadi sikap saya sejak sekian lama (memberi keutamaan kepada wanita mengandung). Tetapi sekarang, setiap kali mahu pelawa mereka duduk atau sebagainya, saya  tak lagi sebut hal mengandung atau apa. Nak bagi laluan, nak bagi duduk atau bagi giliran, bagi sajalah. Jangan kira dia mengandung atau tidak," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watie_na 12-9-2014 09:06 AM
tempat kerja lama saya pun prihatin kat wanita mengandung. sy kerja tingkat 1, bila saya mengandung dia org pindahkan saya ke ground floor sampai saya bersalin. tu company cina...
Quote azimodin 12-9-2014 09:27 AM
Sejak mengandung ni ramai pulak yg potong que aku bila beratur kat shopping or nal masuk toilet.... menguji kesabaran sungguh
Quote mrsafif 12-9-2014 09:32 AM
aku penah g kerja naik bas masa mengandung, bas penuh sbb suma org nk g keje..tp ade satu tempat kosong ..mamat Nepal tu dudukkn beg die kt sebelah..die nmpk aku buat selamber jer..
x nk turunkn beg die dr seat pun.. rs nk bg pemampor je

aku dh bg hint puh  die buat donno jer..panas je hati aku pagi2 ..masa tu mengandung 6/7 bulan..

penumpang lain pun buat x tau jer, dlm hati aku mmg mcm ni ke org Malaysia..hishh...seb baik aku x mcm tue..
mujur la ade abg tu umur dlm lingkungan 40an dok seat belakang sekali  dtg ke depan marahkn Nepal tu..br la Nepal ni nk turunkn beg die..
hanya Allah je dpt balas budi baik abg tu..
Quote rospinki 12-9-2014 09:35 AM
time aku mengandung dulu..ramai tk tau..tup2 dh masuk 8 bulan bru diorg tau..sebabnya aku keje mcm biasa..tigkt 3...pindah opis dari 3rd floor ke bawah aku selamba je angkat pc turun tangga pindah tgkt 2..satu hari amoi bodo tu tanya lu pregnant ke..rasa nak ketuk kepala dia (amoi tu bini bos..bodo punya olang)
Quote julia5094 12-9-2014 09:37 AM
Kesimpulannya..kepada wanita semua..jagalah perut anda, jangan sampai orang ingat mengandung..kalau dah jadi macam tu malu oooo...
Quote julia5094 12-9-2014 09:42 AM
mrsafif posted on 12-9-2014 09:32 AM
aku penah g kerja naik bas masa mengandung, bas penuh sbb suma org nk g keje..tp ade satu tempat kos ...

Samalah, kebanyakan rakyat Malaysia kurang menitik beratkan soal ni. Sikit pun tak ada perasaan kasihan kat perempuan mengandung. Dulu masa sambung study pun mcm tu jugak. Lesen tak ada lagi masa tu, terpaksa la panjat bas time hubby shift pagi. Kadang2 satu jam terpaksa berdiri sbb tak ada orang nk bg tempat duduk. Dah la rumah masa tu menyewa tingkat 4, kelas pun tingkat 4. Tapi sedapkan hati la, kalu selalu panjat tangga dan aktif semasa mengandung, senang nk bersalin. Tengok2 anak 1st kena cser jugak..hi..hi..
Quote nexusys 12-9-2014 10:00 AM
benda ni aku rasa adab melayu suci yang murni jek punya perangai...

meleis beb... mana ada adab.. takat nama dan ura-ura jek...

kapir harbi nasaro jauh lebih bersopan dari ummah meleis  
Quote sofea_uk 12-9-2014 10:05 AM
Aku pernah jumpa satu pompuan masa hari sukan anak2. Bersembang2 macam biasa, kadang2 aku ni terover peramah so aku tanya dia "dah berapa bulan preggy, bila due"? Pompuan tu jawab "aku tak mengandungla". Serious aje.

Alamak....aku punyala malu, : Sebenarnya perut pompuan tu buncit...soooo sensitive question.

So aku cakap " sorry ya saya tanya tadi". Terus terdiam....shutup
Quote intriQue 12-9-2014 10:12 AM
i pun pernah kena ok....malu sgt2.

Ingat kan dia mengandung, rupa2nya perut dia jer yg besar

Sejak aritu, i tak pernah dah tegur atau komen apa2 atau buat ringan mulut tanya apa2 perihal mengandung itu pada sapa2.  Kecuali mmg dah sedia maklum dari sumber2 yg jelas dan diyakini yg wanita itu benar2 mengandung.

Sekian.
Quote PICes_Boy 12-9-2014 10:19 AM
aku penah gugur dulu masa keje kat cmpany lama,4 level xder lift.. aku kat level 2, ari2 kena hantar report & jumpa boss aku level 4, naik tangga, xbole lambat..boss aku garang... last2 aku keguguran kat opis tumpah darah..masuk wad.. bila je start keje balik, hr panggil aku... siap mention mereka xbersalah klu staff keguguran ke apa...mcm haram.. apa motif pon aku xtau..
Quote hanamunir 12-9-2014 10:30 AM
masing2 nak berkeras tak nak bangun,
kadang2 ada yang buat2 pejam mata bila nampak pompuan yang pregnant naik bus ke komuter ke,
padahal terang2 kerusi yang dia duduk tu khas untuk orang mengandung..
Quote edee_91 12-9-2014 10:38 AM
Perempuan, sila jaga perut.
Biar gemuk tapi ratio pinggang lebih kecil dari punggung dan badan atas, dari boroiiii....
Quote olee_77 12-9-2014 10:44 AM
huhu... perut aku buncit sket pun orang ingat aku peknen...
dahlah orang yang bertanye tu bukan orang yang dikenali...
seb beklah aku x sentap... mengaku je perut buncit... kuikuikui...
Quote encikWawad 12-9-2014 10:47 AM
mrsafif posted on 12-9-2014 09:32 AM
aku penah g kerja naik bas masa mengandung, bas penuh sbb suma org nk g keje..tp ade satu tempat kos ...

ko ngandung ke bisu?
tak leh ke cakap
takut plop ngan nepal tu?
motip bagi2 hint?
cakap je lah

teringat plak dalam lrt last 2 weeks - macit ngandung sound orang duduk tanak bagi seat
"tanak bagi seat tak kisah la - tak payahla buat buat tido" - so demn funny - last pempuan mulayu tu turun dan rasanya bukan station dia - sebab dia mcm tercegat je kat situ
Quote lib_d_Taiping 12-9-2014 10:48 AM
ermmm aku mengalami peristiwa yang sama dengan pembuka topic...aku ni 5 series...kesian tengok pompuan ni mengandung...bangunlah nak bagi duduk...tetiba dia kata , " Tak pe akak saya tak mengandung cuma perut besar" alamak! malu aku dan dia pun malu...aku pun kata sorry bebanyak!!! Dia kata tak pe...

Ermmm maaf ye dik!
Quote lululun 12-9-2014 11:00 AM
huhuhu dilema eh. kalau kesian, give up the seat lah. pernah je terkena nak give up seat kat orang buncit, bukan mengandung. malunya ya amat! hahahaha
Quote pumpkingirl 12-9-2014 11:05 AM
Hihi..aku pun pernah terkena,dgn kawan sendiri yg lama tak jumpa..dia pakai jubah lycra memang nampak perut bulat..beria aku ucap tahniah.
Quote mawarika 12-9-2014 11:08 AM
Dlm soal ni..nk kata adab melayu pun tak bole juga.. Bergantung kpd individu la..
Quote tupaiterbang 12-9-2014 11:14 AM
mrsafif posted on 12-9-2014 09:32 AM
aku penah g kerja naik bas masa mengandung, bas penuh sbb suma org nk g keje..tp ade satu tempat kos ...

kita sebagai org tempatan wajib pijak bangsa2 pendatang ni..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.095692 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top