CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Gelap Tak Bererti Lebih Baik

12-9-2014 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6852| Komen: 7

Description: “Filem-Filem Tingkap Gelap Akan Mengurangkan Jarak Penglihatan Pemanduan Tetapi Autofilms 3m Telah Dihasilkan Untuk Membenarkan Cahaya Yang Jelas Ke Dalam Kereta Untuk Pemanduan Yang Selamat,” Kata ...
Gelap Tak Bererti Lebih Baik



Tanggapan orang ramai bahawa cermin gelap mampu memberi perlindungan yang baik dari cahaya matahari dan menghasilkan edaran hawa panas yang kurang di dalam kenderaan adalah tidak tepat.

Ekoran kegelisahan dan bantahan orang ramai berkenaan dengan pengumuman oleh Polis Diraja Malaysia untuk melancarkan operasi besar-besaran di seluruh negara pertengahan bulan depan terhadap kenderaan bercermin gelap yang tidak mematuhi Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1991 (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu), BH Auto telah bertanyakan pendapat pakar teknologi filem solar mengenai isu kontroversi ini.

BH Auto mengemukakan soalan berikut; “Adakah dengan pemasangan filem solar yang gelap mampu memberikan perlindungan yang baik dari ‘ultra violet’ dalam membantu mengurangkan peredaran hawa panas yang tinggi di dalam kenderaan disebabkan kegelapan cermin?”

Mitos berkenaan cermin gelap jelas terpancar berdasarkan jawapan yang diterima: “Cermin yang dipasang dengan filem solar gelap yang dihasilkan oleh teknologi filem konvensional, tidak memberi pengurangan haba yang baik di dalam kabin serta melindungi dari cahaya matahari.”

Perangkap haba

“Gelap tidak bermakna lagi baik. Umum mempercayai bahawa dengan memasang filem solar lebih gelap di cermin kenderaan bermakna ia memberi keberkesanan dan kualiti yang lebih baik. Ini tidak benar kerana banyak filem gelap tidak menawarkan Pengurangan Ultra Violet (UVR ), Penolakan Inframerah (IRR) atau Jumlah Penolakan Tenaga Suria (TSER),” kata ketua perolehan pemasaran Solapex, B.K Tan.

Sebagai contoh, UVR menghalang sinaran ultra-ungu dengan gelombang tenaga yang tinggi, yang merupakan punca utama perlunturan perubahan warna barangan dan kerosakan kulit.

Sementara itu, blok radiasi IRR daripada inframerah, yang biasa dikenali sebagai ‘panas’ atau ‘radiasi haba’ dan TSER mampu menafikan jumlah tenaga suria (haba) dan mengurangkan suhu keseluruhan kabin kereta.

Tan berkata pengguna sentiasa mengabaikan ciri-ciri tersebut dengan memasang filem solar gelap, dihasilkan oleh teknologi celup konvensional, sebagai pilihan yang lebih murah untuk tingkap kenderaan mereka.

Beliau juga memaklumkan bahawa kemajuan teknologi terbaru di dalam pembuatan filem solar membolehkan filem lutsinar dihasilkan dengan spesifikasi tinggi tanpa perlu menggelapkan filem.

Menurut 3M Malaysia, tanggapan bahawa filem gelap dengan teknologi celup konvensional untuk memberi penolakan haba yang lebih baik adalah tidak benar.

Pelbagai teknologi baru sebagai pilihan

“Teknologi filem solar hari ini untuk tetingkap kenderaan telah terbukti memberikan bahagian dalaman kereta yang lebih nyaman tanpa perlu menggelapkan tingkap kenderaan anda. Contohnya, produk kami 3M Kristal dan Keselamatan Nano AutoFilm menawarkan filem-filem yang jelas, jauh lagi baik kemampuannya di dalam menangani cahaya matahari dan cuaca panas daripada filem gelap,” kata, pakar pemasaran kanan dari Divisyen Tenaga Diperbaharui 3M Malaysia, Linda Chua.

Linda memberitahu teknologi paten 3M adalah satu-satunya terdapat di Malaysia yang dihasilkan dengan teknologi filem optik pelbagai lapisan – digabungkan lebih daripada 200 lapisan filem – lebih nipis daripada satu lembaran nota ‘Post-it’.

“Filem-filem tingkap gelap akan mengurangkan jarak penglihatan pemanduan tetapi AutoFilms 3M telah dihasilkan untuk membenarkan cahaya yang jelas ke dalam kereta untuk pemanduan yang selamat,” kata Linda.

Di bawah Peraturan 5 (1) dan Kaedah 5 (3) (Pindaan 2000) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu), tahap penembusan cahaya untuk kaca harus tidak kurang daripada 70 peratus daripada Penembusan Cahaya Nyata (VLT) dan tidak kurang daripada 50 peratus untuk tingkap belakang dan sisi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote goldfish77 11-9-2014 03:31 PM
Utk mpv masih releven cermin gelap sedikit utk melindungi brg yg disimpan
Quote zafir 11-9-2014 03:58 PM
yes..cheap dark solar film maybe takde IRR and UV, but good ones ada, and byk je good film yg tak gelap tapi ada IRR and UV...leh je pakai..

but when u drive belah siang...silau...so darker shade film lagi selesa...and sometimes kita tertinggal brg dlm kete yg buat org menarik nak ambik..cam beg komputer..so tinted film is part of safety jugak..
Quote sawi 14-9-2014 09:47 AM
Malaysia makin panas... Park ke ta5minit je. Tp bila masuk keta balik panas berdengung...
Quote dualchicks 15-9-2014 09:48 AM
gelap adalah baik...gelap + protection adalah lebih baik...
Quote berun 15-9-2014 05:51 PM
dualchicks posted on 15-9-2014 09:48 AM
gelap adalah baik...gelap + protection adalah lebih baik...

kenapa la jpj x luluskan. padahal utk keselamatan kut
Quote payne 17-9-2014 12:30 PM
gelap penting utk menghalang pandangan si pencuri dan road bully.
Quote Dark_Vampire 25-9-2014 12:04 PM
cermin gelap selalu kete bergoyang.....errrr ape cerrr ? ha3

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066517 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top