CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Saya Tidak Buat Pembedahan - Yana Samsudin

12-9-2014 11:17 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25248| Komen: 86

Description: Yana Atau Nama Sebenarnya Norliana Samsudin, 30, Berkata, Walaupun Sudah Berpuluh Kali Menafikan Menjalani Pembedahan Itu, Dia Tetap Dituduh Cuba Menyembunyikan Hal Berkenaan Dan Tidak Bercakap Benar.
Saya Tidak Buat Pembedahan - Yana Samsudin

Wajah Yana Samsudin dahulu (kiri) dan sekarang (kanan).



PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, berkata, walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu, dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar.

"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya kepada mStar Online.

Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung.

Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah.

Sementara itu, Yana memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks  tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti," ujarnya.


Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda.

"Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas.

"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Yana yang kini menjadi duta kepada produk kopi iaitu Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), bersama aktor Izzue Islam kini sibuk dengan promosi jelajah di seluruh negara.

Yana akan berehat daripada lakonan selama sebulan bagi memberi fokus kepada promosi tersebut.


2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 12-9-2014 07:32 AM
ye la yana oiiii... lepas setahun ni agak2 berapa kali muka ko berubah? last2 berubah jadi muka apa agaknya?
Quote epysha 12-9-2014 07:45 AM
sendiri filler ka..
Quote ladyxez 12-9-2014 07:46 AM
Abih ru , mana idung kembang ko tu
Quote haryatie 12-9-2014 07:47 AM
yer ker..
ada ke muka automatik boleh berubah abis..
pakai pendakap gigi..ramai jerk aku tengok yg x berubah wajah..
pas2 budak2 kecil mmg la ada perubahan sikit,
tp kalau da tua kematu berubah lagik ke..kelakar jerk bunyi nyer..
apa2 la muka sendiri buat la suka hati ..
cuma mcm x percaya jerk ngan statement dia tu..
Quote enchikfitz 12-9-2014 07:47 AM
lain gila muka dia skrg. Tak lawa mcm dulu
Quote putehkundor 12-9-2014 08:08 AM
Rawatan kuntul wajah jah katanya.....

Boleh caya ka?
Quote putehkundor 12-9-2014 08:12 AM
Pastu start la keluar  jawapan cliche ulam2an, sayur2an, buah2an, minum air kosong banyak2

Seb baik tak kata berkat air wudhu.....
Quote asampodeh 12-9-2014 08:20 AM
Laaaa.... tk abih2 lg ke isu basi ni..
kn dia tk mngaku.. muka dia berubah dari masa ke semasa rupanya.. esok lusa, stahun dua thn lg ntah mcmne la plk rupe dia ye.. agk2 la yana oooiii ngan stetmn bodo camtu.. bengong sgt bunyinye
Quote mamapea 12-9-2014 08:34 AM
muka aku hari2 berubah sbb teknik mekap
Quote lolali 12-9-2014 08:37 AM
apa yg berubah ek. mcm sama je dlm gamba tu.
Quote fifie_olin 12-9-2014 08:43 AM
eh bkn ke dia yg mengaku sendiri ubah tang idong tu
ke aku yg salah baca
Quote schababe 12-9-2014 08:46 AM
haha..pusing lagi putar lagi
Quote fuyupoktek 12-9-2014 08:49 AM
Hangin lak pepagi bc tajuk yana sams ni ko operate ke x tetaplah huduh di mata aku skian
Quote malaywood.NET 12-9-2014 08:53 AM
aishh.. bukn dia dah mengaku ke aritu. ni tiba tiba putar balik tak mengaku..
Quote willowbe 12-9-2014 08:58 AM
No others story ke pasal dia ni... Asyik pasal muka plastik plastik plastik.
Quote meensha 12-9-2014 09:07 AM
haha.. budak skolah aku ni wei..
kelas aku sebelah kelas dia jek..
dia ni dulu amek f6..
tapi tgk muka dia mmg lain la..
bab idung especially..
tapi dia skrg makin cantik...
Quote tagas 12-9-2014 09:08 AM
Dr tempe transform ke tauhu..dah jawe tu jawe jgk..
Quote epalgebuu 12-9-2014 09:11 AM
aku tgk makin lawa je skang.. sbb gigi da betol kot?
Quote mekya 12-9-2014 09:18 AM
mek percaya dia tak buat pembedahan wajah.
ada je manusia yg berubah muka selari dgn pertambahan usia.
Cth tak jauh, mek sendiri.
dulu muka mek mmg lain, skrg dah masuk pertengahan 30an mmg muka lain.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.062239 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top