CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tuntutan Mutaah Rm300,000 Over Sangat - Aidil Zafuan

12-9-2014 03:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29463| Komen: 181

Description: Rushdan Berkata Anak Guamnya Memberikan Alasan Nilai Mutaah Yang Dipohon Oleh Rita Rudaini Adalah Melampaui Jumlah Sepatutnya.

Tuntutan Mutaah Rm300,000 Over Sangat - Aidil Zafuan




Pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh bekas isterinya, Rita Rudaini. Aidil Zafuan menerusi peguam beliau Rushdan Sujak Rafie memfailkan pembelaannya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail semalam.

Rushdan berkata anak guamnya memberikan alasan nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudaini adalah melampaui jumlah sepatutnya.

“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,“ katanya kepada wartawan Sinar Harian di luar mahkamah.

Menurutnya, kegagalan Aidil Zafuan hadir ke mahkamah pada tarikh yang lalu adalah kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.


“Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut, dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam. Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia,”katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Oktober sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.

credit: Rotikayap
7

Bagus
5

Marah
6

Terkejut

Sedih
3

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wookiehoney 12-9-2014 08:53 AM
jadi pengajaran

sebelum orang tu mintak, baik ko bagi siap2
jumlah yg patut n tak hoverrr
ni tak bg, mmg dia sum up kaw2 la.
Quote cegitu 12-9-2014 08:55 AM
Alasan....
Quote pakupayung21 12-9-2014 08:55 AM
lek la brader..baru tuntut..blum tentu dapat...
Quote idadzira 12-9-2014 08:59 AM
hahahahahahaha baru tuntut, dah kecut telor
Quote meensha 12-9-2014 09:00 AM
hadoi xhabis2 diorang nih...
semua pon nak publish kat media..
setel la cara baik..
Quote kosukeconan 12-9-2014 09:03 AM
noks sekalian
mutaah tu apa
Quote misskitty 12-9-2014 09:11 AM
kosukeconan posted on 12-9-2014 09:03 AM
noks sekalian
mutaah tu apa

mutaah ni saguhati dari suami kepada isteri setelah diceraikan..

aidil mungkin tak bagi rita nafkah masa dia tinggalkan rita and masa tu rita masih isteri dia, so rita claimed la mutaah tu dari aidil..
hak rita kot..
Quote dubuk 12-9-2014 09:21 AM
saya putar halim
Quote cloudy_83 12-9-2014 09:23 AM
takpe bini baru boleh tolong..
kalau dah cinta
Quote chekshu 12-9-2014 09:30 AM
tak semestinya Rita dapat sepenuhnya pun tuntutan tu
mahkamah akan pertimbangkan jugak pendapatan edel-no-telo nih....
walopon pendapatan banyak berpuluh ribu - kalo expenses tinggi jugak
haruslah mahkamah akan kurangkan tuntutan yg Rita dapat

Quote helmeita 12-9-2014 09:31 AM
aidil... bagi je setakat mampu... dah tak pening n duk tarik masa.. alasan lgi min dgn cina.. ingat awak tu pemain kebangsaan boleh lari ke dari tuntutan tu...
Quote chekshu 12-9-2014 09:32 AM
tu lah - lainkali jangan lari dari tanggungjawab

ada masalah - jangan lari
settlekan masalah dengan baik

bodoh punya jantan
nasib kau bukan adik iols
kalo tak - iols dah sepak tendang terajang sampai masuk ICU

Quote Leeen82 12-9-2014 09:46 AM
Time RR g court ... Zarema pun g ngan kakak2 iparnya
Aidil xdpt p sbb ada perlawanan...(katanya )
tup.. tup... blk Court... dlm IG Zarema ada Aidil....
Quote pakupayung21 12-9-2014 09:49 AM
makhamah pun x la bengap sgt nak luluskan tuntutan rita tuh..byk benda yg hakim akan pertimbangkan nanti..janji ko sertakan bukti perbelanjaan ko bulan2..hujah lawyer ko pun kena kencang jugak..

ini based on experience aku yg teman membe setiap kali dia naik court untuk tuntutan mutaah ex wife...ex wife tuntut 30k untuk tempoh 15 tahun perkahwinan..hakim just lulus 5k je since hak penjagaan anak-anak dapat dekat membe aku+dia pun dah kawen baru dan ada anak baru dengan wife skrg
Quote khaira01 12-9-2014 09:51 AM
tak settle lg, lol...

Quote leftrani_kel 12-9-2014 09:53 AM
rr tuntut jer blm tentu dpt..
Quote eyansss 12-9-2014 09:55 AM
Leeen82 posted on 12-9-2014 09:46 AM
Time RR g court ... Zarema pun g ngan kakak2 iparnya
Aidil xdpt p sbb ada perlawanan...(katanya ) ...

laaaa...  maknanya menipu la tu...  aku pelik btol la ngan jantan ni...  apa susah sangat nak pi mahkamah... mahkamah pun patutnya saman je rm1k aritu...  biar edel tu reti gi mahkamah...

setau aku, kalo dah diberi amaran masih tak datang, tu boleh dikira menghina mahkamah dah...

Quote edoraixora 12-9-2014 09:56 AM
buat perangai lame lagi....tak datang court
sampai bila kes nk selesai
loyer gak yg untung
suka agaknye hidup dihantui rita seumur hidup
bayo je lah nafkah anak tu
Quote CikE 12-9-2014 09:59 AM
bayar jerlah..duit utk anak2 pun...budak2 tu makin membesar..bukan megecik...semua tu utk perbelanjaan smpai mereka ke universiti...banyak nak pakai duit demi masa depan anak2....walaupun RR tuntuk hak dia sekali tapi iols tgok RR lebih berkorban utk anak2 dia...bukan utk dia enjoys sana sini...
lepas settle semua...pastu RR tutup kes la nanti...asik mengelak makin berpanjangan la....kalo ikhlas sedekahkan pada anak2 duit tu..murah rezeki AZ nanti...be positive la...

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.094142 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top