CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Harga Rumah Naik 3-4% Kerana Gst

12-9-2014 04:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10115| Komen: 77

Description: "Kita Mengalu-Alukan Pelaksanaan Gst Namun Berharap Pelaksanaan Dibuat Secara Telus Dan Bijaksana Bagi Memastikan Sebarang Impak Yang Mungkin Timbul Kelak Tidak Membebankan Pemaju Serta Pembeli Seca ...
Harga Rumah Naik 3-4% Kerana Gst



KUALA LUMPUR 11 Sept. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangka harga rumah akan naik antara tiga hingga empat peratus berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.

Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata, kenaikan tersebut berlaku selaras dengan peningkatan kos membina rumah sebanyak kira-kira 20 peratus yang kini ditanggung oleh pemaju berikutan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir, simen, konkrit, premium tanah dan sebagainya.


Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun masih mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung pelaksanaan GST dalam sektor hartanah khususnya perumahan yang merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Kita mengalu-alukan pelaksanaan GST namun berharap pelaksanaan dibuat secara telus dan bijaksana bagi memastikan sebarang impak yang mungkin timbul kelak tidak membebankan pemaju serta pembeli secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian perumahan REHDA bagi tempoh separuh pertama 2014 di sini. Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Soam Heng Choon.

Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, kajian yang dijalankan REHDA mendapati sebanyak 85 peratus respondens (dalam kalangan pemaju hartanah di Semenanjung Malaysia) mengakui perniagaan mereka terjejas berikutan ‘langkah-langkah penstabilan’ pasaran hartanah yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 lalu.

Justeru beliau berharap, kerajaan membenarkan semula pelaksanaan Skim Berjajaran Kepentingan Pemaju (DIBS) untuk pembeli rumah pertama berharga tidak melebihi RM400,000.

Kerajaan dalam Bajet 2014 melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri DIBS bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.

Kerajaan juga melaksanakan beberapa mekanisme kawalan iaitu melalui pengurangan Loan To Value (LTV) kepada 70 peratus sahaja bagi pinjaman perumahan untuk pembelian rumah ketiga dan seterusnya serta mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).

FD Iskandar dalam pada itu turut berharap Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan meneliti semula syarat pinjaman perumahan kerana ramai pembeli khususnya pembeli rumah pertama sukar mendapatkan pembiayaan.

Beliau berkata, syarat pembiayaan perumahan yang ketat menyebabkan jualan sektor hartanah terutama kediaman berharga antara RM250,001 hingga RM500,000 menyusut pada separuh pertama 2014.

"Secara umumnya, para pemaju bersikap neutral dan pasimis terhadap unjuran industri hartanah bagi tempoh separuh kedua 2014 dan keadaan itu dijangka berterusan pada separuh pertama 2015," katanya.


2

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poison_paradise 12-9-2014 08:43 AM
OK jeeee.... Gaji pon naik
Quote kazaraf 12-9-2014 08:46 AM
blah la.. harga rumah naik, pasal harga tanah tmpat nak buat rumah tu naik.. bank/valuer/penetap harga pasaran lah yg mnyebabkan harga tanah naik..
ko buat rumah teres yg sama design dkat Cheras & sabak bernam.. terang2 harga tak sama walaupun design & bahan binaan sama..
Quote leylapple 12-9-2014 08:49 AM
sapa yg bagitau ari tu, bila adanya GST, harga akan turun?????

i told u aledy, dgn adanya GST semua bakal naekkkkk dan naekkkkkk
Quote pipigebu 12-9-2014 08:54 AM
terasa mcm nak mencarut plak di pagi jumaat yang mulia ni
pfffftttt
Quote kecimpret 12-9-2014 09:00 AM
Presiden REHDA, Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor

bendahari UMNO Selangor
Quote honeybee80 12-9-2014 09:01 AM
GST x de pun harga rumah mmg naik je tetiap tahun...
Quote ctcham 12-9-2014 09:03 AM
abah hang la!!! tak de gst pun rumah mencanak-canak naik rumah ulu banat kat olak lempit teluk panglima garang sana teres setingkat rm230000 tu tahun ni punye harga taun depan ada gst naik lagi!!! macai suka sgt la duit diorg banyak duit ada bram brim broom segala
Quote ctaz 12-9-2014 09:05 AM
kontraktor2 dah sound awal2...
lepas GST semua barang construction naik...

HAR.....
sapa2 yg tak beli rumah beli la skarang....


oh yer....
rega keta pun naik kalau tak silap....
Quote kazaraf 12-9-2014 09:06 AM
ctcham posted on 12-9-2014 09:03 AM
abah hang la!!! tak de gst pun rumah mencanak-canak naik rumah ulu banat kat olak lempit teluk pangl ...

tu kt telok panglima garang kan 230k teres setingkat.
agak2 kalau buat dekat ampang cheras brp ratus ribu kalau design sama. gerenti mahal lg dlm 100k
mcm celaka, ni semua penilai hartanah punya salah sejak awal lagi.. tu isu utama..
formula apa ntah digunapakai..


Quote kecimpret 12-9-2014 09:06 AM
ctaz posted on 12-9-2014 09:05 AM
kontraktor2 dah sound awal2...
lepas GST semua barang construction naik...

[size=14.4444446563721px]rega keta turun..tp 1-3% je laaaaa...jadi leee
Quote ctcham 12-9-2014 09:10 AM
kazaraf posted on 12-9-2014 09:06 AM
tu kt telok panglima garang kan 230k teres setingkat.
agak2 kalau buat dekat ampang cheras brp ra ...

ye tu kat teluk panglima garang sana kalau beli rumah sana hadap la jem kat kesas tu lepas tu 2 tol lagi pegi balik minyak tol dah berapa sebulan bukan macam celaka dah mmg celaka dah geram sungguh aku...nak mintak tolong kerajaan kawal harga rumah pun tak mampu, mcm nak nak kawal harga ayam sekor pun x reti nak kawal yg jadi mangsa rakyat la lepas tu dok kulu kilir hidup melayu hidup melayu
Quote DayangKirana 12-9-2014 09:18 AM
syukur la..harga rumah masih murah nak dibangdingkan dengan negara jiran...

gst kan utk bantu poket kroni...ehh..bantu ekonomi... hadap je laa..
Quote kejoraria 12-9-2014 09:20 AM
honeybee80 posted on 12-9-2014 09:01 AM
GST x de pun harga rumah mmg naik je tetiap tahun...

dah betul la statement tu
Quote goss79 12-9-2014 09:23 AM
ni yg dia announce.. selalu x announce pun mmg harga rumah naik dan naik dan naik lagiiiiiiiiiiiii
Quote dubuk 12-9-2014 09:23 AM
bila lah dapat hidup bersenang lenang
Quote camflo03 12-9-2014 09:26 AM
bila naik je isu rumah..memang terasa nak mencarut2 je.
Quote ailoveusomuch 12-9-2014 09:31 AM
N9 pun dah ikut jejak langkah selangor. Harga rumah single storey kat nilai beza 80-100k dengan Seremban. Alasan nilai lagi dekat dengan klang valley. Kat Seremban single storey last year 230k, now new phase dah jadi 324k. Double storey sah2 400k above. Ni najib dah announce perluasan penempatan sebab klang valley semakin padat masa pelancaran Seremban sentral, iols rasa, lepas ni lagi la harga mencanak2 naik. Setakat ni, Seremban paling selatan developer bangunan township, tp Mah Sing baru je beli tanah kat area Rantau. In future ada je org duduk Rantau kerja kat Klang Valley.
Quote batu kikir 12-9-2014 09:31 AM
Ahli REHDA yang buat rumah dan untung lebih 100%............tak da pulak suruh turunkan harga sebab "profiteering". Ini asyik salahkan:
1) Gomen dan GST
2) Bank dan pinjamah perumahan.

Aku harap Kerajaan kasik pukul sekali ahli REHDA dan spekulator dengan:
1) kasik naik interest rate untuk pembeli rumah kedua dan keatas. Pembeli rumah kedua dan keatas ............ susahkan dia orang ambik loan.
2) RPGT dinaikkan 50%
3) banyak kan lagi perumahan I Malaysia.

Lepas ni merudum-rudum lah harga turun ke bawah. Jangan kesian sangat kat ahli REHDA dan spekulator.
Quote lurve82 12-9-2014 09:45 AM
generasi akan datang mampu menyewa je nanti...

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073576 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top