CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Bagaimana Kurang Berbelanja Ya?

12-9-2014 05:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12595| Komen: 27

Description: Apakah persamaan antara duit RM5, online social media dan Nombor Sembilan? Semua itu boleh buat kamu pokai! Pakar psikologi dan ekonomi telah mencungkil beberapa sebab mengejutkan yang menjadi punca ...

Bagaimana Kurang Berbelanja Ya?




Apakah persamaan antara duit RM5, online social media dan Nombor Sembilan? Semua itu boleh buat kamu pokai!

Pakar psikologi dan ekonomi telah mencungkil beberapa sebab mengejutkan yang menjadi punca kamu belanja lebih. Tapi kamu boleh latih semula mindamu!

Hampir Membeli?
Cuba berdialog dengan diri sendiri sama ada barang yang kamu pegang itu satu keperluan atau ia sebenarnya skirt biru yang kelima bakal memasuki almarimu? Berbuat demikian boleh selamatkan dompetmu daripada menipis tanpa disedari.

1. Hanya Bawa Duit Kecil sahaja
Menurut pakar ekonomi, Bila kamu ada duit kecil, kamu rasa mudah nak hulur untuk bayar barangan kecil. Tapi kamu takkan semudahnya ‘memecah’ duit besar seperti RM50 atau RM100 semata-mata nak beli sekotak air atau gula-gula. Keluarkan duit kecil dalam dompet dan simpan hanya duit besar.

2. Berhati-hati dengan Harga Berakhir dengan 9
Peruncit memang suka letak angka 9 pada harga. Kenapa? Kerana pelanggan akan mengaitkan angka itu dengan pembelian murah dan menjimatkan, walaupun hakikatnya tidak.

Apabila penyelidik di University of Chicago, Amerika Syarikat meletakkan harga $34, $39 dan $44 pada satu pakaian, 35 peratus pelanggan memilih baju berharga $39. Cuba kamu bundarkan pada angka terdekat dan lihat sendiri apa rasa tentang harga itu.

3. Sila Makan Sarapan
Rasa lapar akan mencetus peningkatan hormone Ghrelin dan Leptin yang menghantar isyarat kepada otak dalam perihal membuat keputusan. Bahan kimia dalam tubuh akan membuat kamu rasa berani nak ambil risiko, terutamanya mengenai duit. Jadi elakkan membeli-belah dengan perut kosong, walaupun sekadar untuk membeli tisu basah.

4.Jangan dipengaruhi oleh Tag Harga yang sudah Diskaun
Peruncit tahu kamu akan rasa ‘terpukul’ dengan harga pertama yang kamu lihat. Katakanlah harga skirt yang kamu berkenaan adalah RM200, jika ia dijual dengan diskaun 50peratus, kamu akan terasa yang RM100 itu sangat murah (walaupun kebiasaannya kamu hanya bayar RM60 untuk skirt). Tanya diri, sanggupkan kamu bayar sebanyak itu untuk satu barang – fikirkan satu jumlah sebelum kamu periksa tag harga.

5.Berhati-hati dengan barang yang Tiada Tanda $
Ada perhatikah sesetengah menu tidak menunjukkan symbol RM pada harga makanan? Bila tanda ringgit tidak diletakkan, ia akan membuatkan kosnya seakan- akan abstrak, menurut kajian Cornell University. Dan itu akan membuat kamu rasa kurang menggelabah pada harganya yang mahal.

6. Berhati-hati apabila layari online social media
Satu kajian menunjukkan tempoh sesingkat lima minit di laman social seperti Facebook dan Instagram boleh buat kamu hilang kawalan diri untuk berbelanja. Menurut kajian itu, berhubung dengan kawan-kawan di situ membuatkan kamu rasa lebih berkeyakinan dan bersedia untuk berbelanja. Takpun, bila melihat betapa bahagia dan gembiranya kehidupan orang lain, naluri kamu tercetus untuk membeli agar kamu pun rasa status diri juga sama bagus. Biar apapun alasannya, don’t surf and shop, okay?

7.Bersama-sama order makanan yang harganya murah.
Keluar makan dengan kawan-kawan memang menyeronokkan, tetapi kamu akan terbelanja lebih tanpa disedari disebabkan oleh efek freeloader.
Ketika memesan hidangan, kamu anggap semua temanmu akan order makanan mewah dan mahal, jadi kamu pun pesan lebih daripada kebiasaan, supaya tak rugi kerana terpaksa bayar lebih untuk apa yang mereka makan bila kalian merancang untuk kongsi kos bil.
(“Mesti dia nak order appetizer, entrée dan pencuci mulut, jadi I nak order kambinglah!”). Lain kali, cuba tolak keinginan sedemikian dan cakap kuat-kuat kamu nak “order light”, dan saksikanlah kuasa pada cadanganmu itu.

8. Jualan murah untuk sehari
Memang banyak iklan produk yang meletakkan had hari jualan (Dua Hari Lagi! Hari Ini Saja! Stok Terhad!), menurut satu kajian Stanford University. Ini kerana penjual merasakan jika kamu rasa produk itu laris atau tempoh jualan murah berkenaan hampir tamat, kamu pasti tak kisah nak keluarkan duit untuk membelinya. Jadi tarik nafas panjang dan berikan dirimu tempoh 24 jam sebelum membuat keputusan.

Tambah Duit Poket…
Caranya? Dengan menawarkan diri untuk jadi penjaga anak saudara pada hari kakak dan abang iparmu keluar dating, Kamu boleh kenakan ‘harga adik-beradik’ atau minta mereka belanja kamu wangian baru, Kalau kamu uber-oganized, boleh tolong spupu merancang hari bahagianya. Sudah tentu harga kamu jauh lebih murah daripada a wedding planner.

4

Bagus

Marah

Terkejut
6

Sedih
13

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puteri_impian 8-9-2014 11:22 AM
6. Berhati-hati apabila layari online social media


yang ni mmg hari2 dok tngk.....segala testimoni bagai dikeluarkan utk menyakinkan org beli
yg gemok jadik kurus....
yang hitam bak dayang senandung jadik putih gebuzzz

Quote lolali 8-9-2014 11:35 AM
  1. 6. Berhati-hati apabila layari online social media
  2. Satu kajian menunjukkan tempoh sesingkat lima minit di laman social seperti Facebook dan Instagram boleh buat kamu hilang kawalan diri untuk berbelanja. Menurut kajian itu, berhubung dengan kawan-kawan di situ membuatkan kamu rasa lebih berkeyakinan dan bersedia untuk berbelanja. Takpun, bila melihat betapa bahagia dan gembiranya kehidupan orang lain, naluri kamu tercetus untuk membeli agar kamu pun rasa status diri juga sama bagus. Biar apapun alasannya, don’t surf and shop, okay?
Copy the Code
hahahaha bab ni tangan laju click meng click. hahaha
Quote zahralisa 9-9-2014 01:01 PM
sgt setuju...dgn ekonomi skrg sgt susah rasanya nak handle bab kewangan ni....
Quote fifie_olin 9-9-2014 03:02 PM
sejak ade instagram ni mmg rajin aku membuang duit...
kalo buang apps tu...mesti nk instal blk..
dh addict kekdahnya
Quote fifie_olin 9-9-2014 03:02 PM
sejak ade instagram ni mmg rajin aku membuang duit...
kalo buang apps tu...mesti nk instal blk..
dh addict kekdahnya
Quote mrsGorgonite 10-9-2014 10:05 AM
yg no.4 tu betul sangat2...
Quote iznanaziz 10-9-2014 03:31 PM
puteri_impian posted on 8-9-2014 11:22 AM
yang ni mmg hari2 dok tngk.....segala testimoni bagai dikeluarkan utk menyakinkan org beli
...

selalunya harga yg tinggi menyekat jugak keinginan nak membelinya
bergantung kpd brang tersebut
suka atau tak
Quote johnmcclain 10-9-2014 04:37 PM
terima kasih dengan tips2 yag diberikan..hehehehehe
Quote missnina 11-9-2014 01:06 AM
ingatkan diri sendiri masak sendiri di rumah supaya budget tak lari bila asyik makan di luar


Quote puankaherah 11-9-2014 01:22 PM
Alhamdulilah aku jenis tak suka shopping online. Dan, kerja aku kat pejabat sangat banyak sehingga aku rasa sangat penat nak keluar g jalan2 or membuang duit dan waktu weekend aku adalah masa yang sangat berharga untuk aku berehat. Aku rela tak keluar dari rumah kecuali ada urusan keluarga. Jadi perbelanjaan dapat dijimatkan....
Quote awinpj 13-9-2014 12:47 PM
Camna nak kurangkan shopping online? Facebook tu mmg 24 jam on...ikaln brg memanjang..x ble tahan..
Quote faraway1 17-9-2014 06:54 AM
puankaherah posted on 11-9-2014 12:22 AM
Alhamdulilah aku jenis tak suka shopping online. Dan, kerja aku kat pejabat sangat banyak sehingga a ...

me suka gila online shopping.. Cam scarf pun me siap special order dari london macam tak boleh beli kat sini.. just like it terutama bila barang sampai..

happy moment gitu hahha
Quote suhaila75 22-9-2014 01:27 PM
iznanaziz posted on 10-9-2014 03:31 PM
selalunya harga yg tinggi menyekat jugak keinginan nak membelinya
bergantung kpd brang tersebut
...

gv me five, hahahaha
Quote suhaila75 22-9-2014 01:28 PM
awinpj posted on 13-9-2014 12:47 PM
Camna nak kurangkan shopping online? Facebook tu mmg 24 jam on...ikaln brg memanjang..x ble tahan..

hhahaa,yyaa, faceboook tu kedai yang terajin sekali di dunia, dan is the soly one
Quote azlinacc 23-9-2014 02:27 PM
jika susah jimat, then kena tambah duit poket ye
Quote clarizsa 23-9-2014 08:55 PM
betul betul... online shopping sgt bahaya...
Quote awinpj 24-9-2014 11:43 PM
suhaila75 posted on 22-9-2014 01:28 PM
hhahaa,yyaa, faceboook tu kedai yang terajin sekali di dunia, dan is the soly one

Susahla fb ni....Patut ke shut je...kwn x ramai tp seller ramai...heheheh. Brg beli pun sume impulse purchase. Cth lipstick...there was 1 time beli smp 5 last2 Kira balik I Ada 30 plus of lipstick. Apa nak buat? Asyik2 pakai yg sama je, dahla satu lipstick pun lama giler nak abis....yg lain tu buat show je....sakit ati pun Ada gak...sbb every time I see it....I dok pk...owhh I mmg membazir...dat Is where I lock my money....pastu gi keje bukak fb...tgk lagi beli...insaf dia kejap je...heheh my bad
Quote hanie_z 25-9-2014 01:56 PM
tips jimat -
kalo nak keluar bawak duit sikit je, kad bank xbayah bawak.
confirm belanja ikut ape yang ade.
xpun buat 2 akaun bank, 1 untuk simpanan 1 untuk everything.
so setiap kali dapat gaji bahagi duit tu siap2. at the same time boleh berbelanje and menyimpan..
Quote suhaila75 28-9-2014 12:38 PM
hanie_z posted on 25-9-2014 01:56 PM
tips jimat -
kalo nak keluar bawak duit sikit je, kad bank xbayah bawak.
confirm belanja ikut ape  ...

setuju 100%

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077143 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top