CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Penyanyi Berkumpulan Popular Dipenjara 20 Tahun

12-9-2014 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26854| Komen: 217

Description: Hakim Datuk Nurchaya Arsad Menolak Permohonan Tertuduh Menerusi Peguam Bela, Azmi Talib Bagi Merayu Pengurangan Hukuman Yang Telah Disabitkan Di Mahkamah Sesyen Kajang Tahun Lalu Kerana Kesalahan Dila ...
Penyanyi Berkumpulan Popular Dipenjara 20 Tahun


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan tahun 2000 atas kesalahan merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka di Gombak dekat sini pada dua tahun lalu.


Hakim Datuk Nurchaya Arsad menolak permohonan tertuduh menerusi peguam bela, Azmi Talib bagi merayu pengurangan hukuman yang telah disabitkan di Mahkamah Sesyen Kajang tahun lalu kerana kesalahan dilakukan berat dan telah menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa.

Sebelum ini, Hakim Nor Hazani Hamzah pada 6 September 2013 telah memutuskan tertuduh berusia 39 tahun itu bersalah merogol anak tiri perempuannya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote judicata 12-9-2014 03:34 PM
kalu da dihukum kenapa masih tak diketahui siapa? mmg boleh tahan nama dari diquote media ka?
Quote pjade 12-9-2014 03:39 PM
Sama soalan dgn @judicata Kalau dah sabit kesalahan, apa nak berkias2 lagi?
Quote edoraixora 12-9-2014 03:40 PM
kes iwan ruffedge ke ni
Quote doubleA 12-9-2014 03:54 PM
err kalau rakyat marhaen dgn nama penuh keluar dah ni
Quote Leeen82 12-9-2014 04:01 PM
edoraixora posted on 12-9-2014 03:40 PM
kes iwan ruffedge ke ni


Quote judicata 12-9-2014 04:11 PM
pjade posted on 12-9-2014 03:39 PM
Sama soalan dgn @judicata Kalau dah sabit kesalahan, apa nak berkias2 lagi?

kan? da sabit dah pon...berkuasa nya retissss. bule tahan nama dr keluar media.
Quote judicata 12-9-2014 04:12 PM
doubleA posted on 12-9-2014 03:54 PM
err kalau rakyat marhaen dgn nama penuh keluar dah ni

bukan takat nama penuh...dgn muka dia, muka bini dia..muka anak bini dia semua ada huhu dabel stended
Quote uori 12-9-2014 04:14 PM
rasanya lah, identiti si anak yang lebih mahu disembunyikan berbanding di 'bapaknya'.. sebab tu dorang buat macam gini kot

Quote achik2009 12-9-2014 04:18 PM
judicata posted on 12-9-2014 04:12 PM
bukan takat nama penuh...dgn muka dia, muka bini dia..muka anak bini dia semua ada huhu dabel sten ...

masa kes ni baru berlaku mmg kecoh gak...rasanya dorg tak nak dedahkan nama perogol tu sbb nak jaga aib anak tiri dia...tapi sbnrnya org dah tau pun sapa pelaku tu....
Quote edoraixora 12-9-2014 04:20 PM
uori posted on 12-9-2014 04:14 PM
rasanya lah, identiti si anak yang lebih mahu disembunyikan berbanding di 'bapaknya'.. sebab tu dora ...

mmmm.....could be
Quote Suchi 12-9-2014 04:29 PM
tahniah, 20 tahun tak perlu risau ttg mkn minum dan tempat tinggal sbb dapat pakej yg free gitu
Quote judicata 12-9-2014 04:33 PM
achik2009 posted on 12-9-2014 04:18 PM
masa kes ni baru berlaku mmg kecoh gak...rasanya dorg tak nak dedahkan nama perogol tu sbb nak jag ...

hmm, logik gak tu. kalau org tahu sapa bapaknya... ofkos aib anak tu tersebar.

isk isk isk... kesian si anak. bapak yg nafsu kuda, anak jd mangsa.. malu tak sudah huhu
Quote achik2009 12-9-2014 04:43 PM
judicata posted on 12-9-2014 04:33 PM
hmm, logik gak tu. kalau org tahu sapa bapaknya... ofkos aib anak tu tersebar.

isk isk isk...  ...

tu la pasal...lagi2 dia tu retis...mmg ramai yg kenal...isteri dia pun org kenal...sampai FB isteri dia pun org stalk gara2 nak dapat info...kesian kan?...
Quote sepitsiput 12-9-2014 04:46 PM
nasib baik sharifah aryana adik amani x jd mangsa... heols berlakon jd bapak orked kot dlm filem muhsin
Quote eyansss 12-9-2014 04:48 PM
Suchi posted on 12-9-2014 04:29 PM
tahniah, 20 tahun tak perlu risau ttg mkn minum dan tempat tinggal sbb dapat pakej yg free gitu

tapi 20 tahun hanya dapat tengok langit n tumbuhan dalam penjara je
Quote schababe 12-9-2014 05:05 PM
selayaknya la
Quote CocoRocha 12-9-2014 06:21 PM
nie yang dulu kecoh2 wife dia nangis2 masuk melodi tu kan?
Quote ida88 12-9-2014 06:27 PM
Elokla die tak tulis terang2 sape pelaku nye
Mane yg tau, tau la
Kesian kat anak tiri die
Dh la pelaku nye retis

Kalau rakyat marhein takdela org sibuk sgt
Name pun retis.skali gugel je dh kuwa mcm2 info

So kesian la kalau anak tiri tu nak moved on
Kang gi mane2 org akan ingat kes ni
Org kite ni tak sume nye pandai jage mulot/perilaku
Dh la budak tu trauma dgn ape dh jadi
Elok la die mulekan hidup baru dgn persekitaran yg positif

Quote clarizsa 12-9-2014 06:34 PM
20 tahun je?? 10 sebatan je?? hmmm... bilala nk ada hukuman bunuh utk para perogol ni...

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.152326 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top