CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Haji: Ada Yang Sanggup Guna Pakej Rm169k Seorang

17-9-2014 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16849| Komen: 120

Description: "Pernah Ada Agensi Yang Dalam Risalah (Iklan) Kata Jarak Antara Hotel Dan Masjidil Haram Hanya 300 Meter, Tapi Bila Kita Sukat Macam Sukatan Jkr (Jabatan Kerja Raya), Jaraknya 800 Meter. Kalau Sekad ...

Haji: Ada Yang Sanggup Guna Pakej Rm169k Seorang



MEKAH 15 Sept. - Ada jemaah haji sanggup menggunakan pakej swasta menerusi agensi pelancongan sehingga menelan kos maksimum RM169,000 seorang pada musim haji 1435H ini.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Tabung Haji, Mat Admara Alang Azizdin berkata, jemaah-jemaah berkenaan sanggup mengeluarkan belanja mahal kerana menikmati banyak kelebihan termasuk penginapan dekat dengan Masjidil Haram, tempat melontar jamrah dan menikmati makanan ala buffet.

Menurutnya, terdapat 18 agensi pelancongan tempatan di Malaysia telah diluluskan oleh Tabung Haji yang menawarkan pakej haji sehingga serendah RM18,000 seorang untuk musim haji kali ini.
"Bagaimanapun dalam mengelolakan pakej haji agensi-agensi pelancongan ini, kita ada pasukan pemantau terdiri daripada Tabung Haji dan pasukan ibadah tanah suci (Pihtas) yang akan menilai perkhidmatan diberi.

"Pernah ada agensi yang dalam risalah (iklan) kata jarak antara hotel dan Masjidil Haram hanya 300 meter, tapi bila kita sukat macam sukatan JKR (Jabatan Kerja Raya), jaraknya 800 meter. Kalau sekadar lebih 20 atau 30 meter tak mengapalah, kita masih boleh bertolak-ansur," kata beliau kepada petugas media di sini.


Admara berkata, antara syarat lain yang perlu dipatuhi agensi pakej haji terbabit adalah tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan bayaran tambahan terhadap jemaah ketika sudah berada tanah suci.

"Ada agensi yang buat kutipan sehingga RM48,000 cakap kononnya mereka sudah naik taraf bilik dan makanan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Tabung Haji," katanya.

Menurutnya, jika enam tahun lalu, jumlah agensi pakej swasta mencecah sehingga 30 agensi, kini bilangan itu berjumlah 18 disebabkan peraturan ketat Tabung Haji yang hanya mahu agensi yang bertanggungjawab.

"Ada agensi itu yang tidak pernah kita luluskan untuk beroperasi semula meskipun setiap tahun mengemukakan rayuan," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 17-9-2014 08:43 AM
169K...baik deme kasi orang yang belom naik haji poi haji..itu lebih baik....koz bila dah klass VVIP...kesusahan orang dulu menunaikan haji tak de dah......kalau pi sepuluh kali but tak de perubahan.....pikirin sendiri laa....
Quote cap_ayam 17-9-2014 08:46 AM
Orang berduit.. Selayaknyalah... Anyway, semoga memperoleh haji mabrur.
Quote xtahumenahu 17-9-2014 08:47 AM
itu duit terlebih tu...
Quote mrseller 17-9-2014 08:51 AM
Aku dgr ceramah dlm radio...bila nak g haji persediaan nak g haji bermul dari niat ko nak pegi haji.bukan bila daftar dgn tabubg haji atau dpt surat panggilan.
...dari situ ko dah kena disiplinkan diri dlm ibadat terutamanya..
Quote TuntungReturn 17-9-2014 08:55 AM
kursus haji 100k ni buat kt hotel.lol..bebnding yg rendah.buat kt mesjid sudah.
Quote mikasa 17-9-2014 08:55 AM
Kalau dah mampu.Ramai bisnesman yg kaya raya sanggup bayar.diorg ni mungkin dah pernah pergi tpi dah sampai seruan lagi..guna he duit yg ada
Quote nikaido 17-9-2014 08:58 AM
Menurutnya, jika enam tahun lalu, jumlah agensi pakej swasta mencecah sehingga 30 agensi, kini bilangan itu berjumlah 18 disebabkan peraturan ketat Tabung Haji yang hanya mahu agensi yang bertanggungjawab.

* ada x list 18 agensi di atas? barulah org x kena tipu
Quote ninja boy 17-9-2014 09:07 AM
kalau murah kena beratur tunggu sampai ke sudah umur 60-70-80, apa salah kalu ada duit lebih sedikit pi haji x payah beratur diawalkan before umur 55 ketika sedang sihat duit banyak pi sekali seumur hidup. ada byk cara lain pi haji, ada member beberapa kali pi haji secara percuma secara pprt/backpak, bekerja di arab dimusim haji akan menyelinap masuk mekah buat haji.
Quote kintan 17-9-2014 09:34 AM
biorlah dia.. dia mampu seharusnyer dia nak yg terbaik kat sana dan mudah menjalankan ibadah..

nawaitu dihati...
Quote R2D2 17-9-2014 09:35 AM
Pakej Haji 2014
Aqiq (45 hari)  RM29K - RM34K
Topaz(30 hari) RM44K - RM57K
Zamrud (20 hari) RM89K - RM98K
ALMASS (16 hari) RM149K - RM169K

Quote FanTasyCreaTioN 17-9-2014 09:42 AM
nikaido posted on 17-9-2014 08:58 AM
Menurutnya, jika enam tahun lalu, jumlah agensi pakej swasta mencecah sehingga 30 agensi, kini bilan ...

dapat ni tadi



nak tengok jelas :

http://1.bp.blogspot.com/-YZeUMfOyu-4/Uxvu66-5BxI/AAAAAAAAELU/-c4gKQr1aLw/s1600/Senarai+Agensi+Pelancongan+Yang+Diluluskan+Pengendali+Pakej+Haji+Swasta+2014+1435H.jpg
Quote FanTasyCreaTioN 17-9-2014 09:43 AM
R2D2 posted on 17-9-2014 09:35 AM
Pakej Haji 2014
Aqiq (45 hari)  RM29K - RM34K
Topaz(30 hari) RM44K - RM57K

pergh....

ALMASS (16 hari) RM149K - RM169K

huhuhuhu mampu kelip2 mata nengok ja laa
Quote Cakkkk....aaaa 17-9-2014 09:44 AM
seruan sana... seruan sini...

yg wajib nya sekali saja...

jangan lah tamak sampai perlu guna kuota org lain walaupun duit melebih2 sgt sekalipun.
Quote fuzzyfuzzy 17-9-2014 09:50 AM
Cakkkk....aaaa posted on 17-9-2014 09:44 AM
seruan sana... seruan sini...

yg wajib nya sekali saja...

tak der istilah guna kuota org lain der...
TH mmg sediakan kuota utk agensi luar yg mampu bayar mahal2 ni every year...
tak usik pon kuota muasasah yg bayar RM9k lebih tuuu...
tak jadi issue diorg amik kuota org lain...

selalunya bakal jemaah haji yg last minit nama naik pegi haji disebabkan kuota mahal2 ni tak ramai yg amik..
so TH bukak pada jemaah haji biasa..thats why every year ada je jemaah haji last minute dpt pegi...
ada pahe???
Quote solstice 17-9-2014 10:01 AM
Membazir
Baik sedekah kat org

Depa x paham ker konsep kemampuan?
Kemampuan bukan dari segi duit jer
Tp dari segi peraturan kuota bagai
kalau kuota x de, maksudnya x der kemampuan lah tu
Quote Cakkkk....aaaa 17-9-2014 10:04 AM
fuzzyfuzzy posted on 17-9-2014 09:50 AM
tak der istilah guna kuota org lain der...
TH mmg sediakan kuota utk agensi luar yg mampu bayar m ...

arab saudi bagi kuota tetap... its TABUNG HAJI WHO DECIDE TO ALLOCATE QUOTA FOR THESE PACKAGES.

cuba faham.

kenapa perlu diwujudkan pakej? supaya orang yang lebih banyak duit boleh pergi dengan senang?

then lagi bagus buat jualan lelong sahaja quota pergi haji ni... open tender... org yg dah 15x pergi pun masih boleh pergi asalkan sanggup bayar.

itukan yg dinamakan "mampu"?

memandangkan peluang haji adalah terhad...(umat islam ramai dan kuota tahunan) maka biarlah semua orang dapat peluang secara giliran dan utamakan org yg berumur dahulu.

ini tidak... makin lama makin banyak cabutan kuota utk organisasi....  bukan kira giliran lagi dah.

dan utk kata tak ramai takers last minute tu... sangatlah dangkalnya....beratus ribu nama menunggu dalam database... berlambak pun yg dah cukup duitnya... takkan sesenang nak cakap tak ramai yg nak jadi kita jual quota pada harga pakej...

HAHAHAHHA...lawak derrrr

Quote lkick2113 17-9-2014 10:05 AM
ada pakej 65K yg ditawarkan kepada sorang bekas MB dulu tu ok ke???

@tanSri jess  
Quote skycrew 17-9-2014 10:07 AM
bak kata sa-orang dato' pergi haji 165k lebih murah dari depa melencong ke london habis 300++ k
Quote fuzzyfuzzy 17-9-2014 10:16 AM
Cakkkk....aaaa posted on 17-9-2014 10:04 AM
arab saudi bagi kuota tetap... its TABUNG HAJI WHO DECIDE TO ALLOCATE QUOTA FOR THESE PACKAGES.

...

aku tak ckp tak der takers utk kuota last minute...aku cakap kuota last minute la yg byk bagi peluang pada bakal jemaah haji yg layak dari segi kesihatan yg baik pegi dgn harga muasasaah je!!ko kena baca betul2!!
aku tak rasa salah pon buat pakej cam gitu.. ko ada duit rezeki lebih..ko guna la utk buat haji..
duit/rezeki lebih tu pon Allah gak yg bagi..so what stopping u utk belanja lebih kalau dah mampu???
Arab saudi bagi kuota sampai 27ribu setahun utk jemaah Msia..takkan la tak boleh bagi peruntukan kuota lbh kurg 1000 utk jemaah yg ada rezeki lebih???
ko mmg tak baca paper ke apa??
mmg every year kot TH utamakan warga emas...mak aku baru daftar 5 tahun lepas sbb time tu baru berduit..dan alhamdulillah tahun ni rezeki dia sbb ape???sbb umur dah 70tahun....apa ko nak pertikai psl warga emas lagi????
tak tau la aku rasa TH dah buat yg tebaik..tapi kalau nak puaskan hati semua org especially mcm ko ni..mmg susah la...



Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.057758 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top