CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sotong Sebesar Bas Mini Ditangkap!

19-9-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14280| Komen: 59

Description: "Kali Pertama Saya Menangkap Sotong Gergasi Adalah Kira-Kira Tujuh Tahun Lalu Dan Kini Sotong Tersebut Dipamerkan Di Muzium Kebangsaan New Zealand, Te Papa," Jelasnya.

Sotong Sebesar Bas Mini Ditangkap!




AUCKLAND 17 Sept. - Sebuah kapal nelayan laut dalam berjaya menangkap seekor sotong gergasi yang jarang ditemukan sebesar saiz sebuah bas mini di kawasan lautan terpencil di Antartika.

Mail Online melaporkan, kapten kapal berkenaan, John Bennett bersama anak buahnya berjaya menangkap sotong seberat 350 kilogram itu di Laut Rose lapan bulan lalu.

Bennet berkata, ini merupakan kali kedua dia berjaya menangkap sotong gergasi dan berhasrat untuk menyimpan tangkapan terbaharunya bagi tujuan kajian.

"Kali pertama saya menangkap sotong gergasi adalah kira-kira tujuh tahun lalu dan kini sotong tersebut dipamerkan di Muzium Kebangsaan New Zealand, Te Papa," jelasnya.


Sotong yang mempunyai lapan sesungut dengan setiap satunya berukuran satu meter itu kini dibekukan sejak ditangkap bagi membolehkan para saintis membuat kajian.

Saintis sotong dari Universiti Teknologi Auckland, Kat Bolstad yang mengetuai penyelidikan terhadap sotong berkenaan menyifatkan haiwan tersebut sebagai 'begitu besar dan cantik'.

"Pada dasarnya ini merupakan satu spesies yang jarang ditemukan dan merupakan satu peluang keemasan bagi kami untuk mengkajinya.

"Kami begitu teruja untuk mengenali sotong ini yang dipercayai sotong betina dan mempunyai telur," jelas Bolstad.

11

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 18-9-2014 07:43 PM
Quote noor2 18-9-2014 07:44 PM
gambarnya mana...
Quote raxief 18-9-2014 07:46 PM
ini sotong yg sama ke yg dilaporkan dlm portal2 berita online lain?

kalau sama, bohong noo besar bas mini.
Quote noor2 18-9-2014 07:48 PM
mana ada sebesar bas....
Quote AHMADVW 18-9-2014 07:49 PM
mcm besar kancil ja
Quote dubuk 18-9-2014 07:57 PM
besarnya boleh buat selimut
Quote TuntungReturn 18-9-2014 07:58 PM
noor2 posted on 18-9-2014 07:48 PM
mana ada sebesar bas....


mule2 besar bas mini..pas tu die kecot...
Quote noor2 18-9-2014 08:00 PM
TuntungReturn posted on 18-9-2014 07:58 PM
mule2 besar bas mini..pas tu die kecot...

oooo..





.

Quote sub5zero 18-9-2014 08:05 PM
TuntungReturn posted on 18-9-2014 07:58 PM
mule2 besar bas mini..pas tu die kecot...

besar BASikal ada la....
Quote magnus 18-9-2014 08:07 PM
Ni org pun dia ngap kot
Quote AMDTurion 18-9-2014 08:18 PM
buat keropok sotong best nih....pasti lazat nyum..nyum...
Quote mesmerize 18-9-2014 08:22 PM
masak sambal tumis sedap ni
Quote missnina 18-9-2014 08:25 PM
noor2 posted on 18-9-2014 07:48 PM
mana ada sebesar bas....

mengikut kawan2 saya, bas mini tu konsepnya sebiji van
bila minta pencerahan, diorg terangkan mini bus muat antara  10-12 org
ooo..saya cakap itu van lah
Quote KumbangPolkaDot 18-9-2014 08:26 PM
Scary nya..sotong ni ke yg kanibal tu ke yg mana
Quote FanTasyCreaTioN 18-9-2014 08:26 PM
TuntungReturn posted on 18-9-2014 07:43 PM

ni lagi gambar nya bang











Quote clarizsa 18-9-2014 08:29 PM
nape ntah rasa eeuuww plak tgk sotong ni....

eeuuwww
Quote huJanBaTu 18-9-2014 08:30 PM
orang jepun suka fetish tentacles :lol
Quote noor2 18-9-2014 08:31 PM
missnina posted on 18-9-2014 08:25 PM
mengikut kawan2 saya, bas mini tu konsepnya sebiji van
bila minta pencerahan, diorg terangk ...

kalau berat van 350kg...maka samala dgn berat sotong tu....kira sama besar la tu..hihi

Quote aechae 18-9-2014 09:01 PM
mak aiii,...bleh baring kot dlm sotong ni

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.070297 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top