CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Dicekup Bersama Rimau?

19-9-2014 11:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13778| Komen: 71

Description: Malah, Anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) Perlu Membuka Kunci Dari Luar Bilik Ketika Melakukan Operasi Bersempena Hari Malaysia Di Kediaman Tersebut.
Suami Dicekup Bersama Rimau?

Suami orang dicekup bersama janda di sebuah hotel yang diubah suai di Simpang Kuala


ALOR SETAR - Umpama berada di sebalik tirai besi! Begitulah gambaran tepat keadaan antara salah satu dari 26 bilik hotel bajet di Simpang Kuala, dekat sini, apabila dipasang geriji besi, malah dikunci dari luar.

Tinjauan mendapati keadaan bilik seolah-olah dalam penjara kerana mangganya dikunci di luar dan memberi peluang pasangan kekasih melampiaskan nafsu serakah mereka.

Malah, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) perlu membuka kunci dari luar bilik ketika melakukan operasi bersempena Hari Malaysia di kediaman tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang,  Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, taktik mengunci bilik dari luar sedemikian seolah-olah ingin mengaburi mata penguat kuasa.

“Apabila bilik dikunci dari luar, manakala motosikal disembunyikan dalam bilik motel seolah-olah kelihatan tiada orang, sedangkan pasangan berkenaan sedang seronok bermadu kasih dalam hotel diubah suai itu.

“Dalam serbuan terbabit, pihak kami mendapati seorang janda berusia 22 tahun ditahan bersama pasangannya, mekanik yang juga suami orang berumur 24 tahun,” katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih dari Pendang ini memberi alasan bertemu hanya kerana ingin membincangkan mengenai perkahwinan mereka memandangkan hasrat tidak dipersetujui si isteri .

"Tetapi ketika serbuan, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berbaju, manakala pasangan wanita lengkap pakaian menyembunyikan diri dalam bilik air.

“Turut ditahan, dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wanita bersama pasangan masing-masing, kontraktor dan kerani dalam operasi jam 11 malam hingga 3 pagi itu,” katanya.

Katanya, antara alasan dicipta mereka adalah menemani pasangannya belajar dan membincangkan hal perkahwinan mereka dalam bilik hotel terlibat.

"Ada pasangan didapati hanya berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook, WeChat ataupun WhatsApp sebelum mengambil keputusan bertemu.

Oleh itu, katanya, dia meminta ibu bapa sentiasa memantau pergaulan dan pergerakan anak mereka.

"Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di hotel terlibat demi memastikan kes sedemikian berkurangan," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Loxlaxman 18-9-2014 08:13 AM
Alahai kerana poen je korang masuk paper ... hmmm apalah nak jadik dgn nagaraku ini.
Quote bluberi 18-9-2014 08:15 AM
janda umo 22?
laki org umo 24?

alahaiiiiii
aku assume laki org tu baru 2-3 tahun kawin
Quote dubuk 18-9-2014 08:17 AM
legging rimau hahahahahaha

aummmmmmmmmm
Quote crazecousa 18-9-2014 08:23 AM
nokarammm janda muda... cik ainonnn janda mudaaa
Quote ana_una 18-9-2014 08:25 AM
sapa tau..kalo kena cekup gini bini depa diberitahu ke yek..?

Quote gaara_X 18-9-2014 08:49 AM
memacam hal.....dah suka sama suka..kawin laa lagi....
Quote pittjie 18-9-2014 08:51 AM
nak bincang pasal kawin ke nak main kawin2 ni?
Quote manehnya 18-9-2014 09:10 AM
nak bincang pasai kawen atas tilam yea?
Quote Firaaz 18-9-2014 09:12 AM
gitu







Quote liyamariska 18-9-2014 09:14 AM
sbb tu laa org dok pandang serong dgn akak2 jand nih... pasal mende2 camni laa...

Quote sueism 18-9-2014 09:16 AM
best kan bincang kawin siap ada katil lagi
mesti nak test drive dulu
Quote nikaido 18-9-2014 09:17 AM
"cukuplah berbincang pasal kawin, kita kawin teruslah dkt hotel ni"
Quote m0g 18-9-2014 09:25 AM
Baju laki tu kene sembunyik dek bonian kot.
Quote HaifaHanna 18-9-2014 09:26 AM
22 tahun sudah menjadi janda......

















Quote prettyuglybabe 18-9-2014 09:41 AM
mana la orang tak pandang serong kat janda..
kesian betul
Quote epis 18-9-2014 09:41 AM
sebaya saya itu lelaki, huhu....
Quote pearl.silver 18-9-2014 09:49 AM
ade mengenali seorg janda muda bergetah yg agak gedik...
kawen pas spm..pas beranak cerai...

ade kes tangkap khalwat gak sepanjang bergelar M J ni...

haih..ape laa...
Quote Eliadaisy83 18-9-2014 10:42 AM
Tak pasal semua janda dicop begitu..ni la akibatnya gara nila setitik, rosak susu sebelanga.
Ini tidak adil.
Quote hanamunir 18-9-2014 10:48 AM
huiyooo, 22 tahun da janda ko dik..
pastu pi menggatal kat laki orang,
sat gi bini dia plak yang menjanda disebab kan ko..
yang laki orang tu pun lahai,
amboi, nak bincang pasal kawin konon,
baru 24, ada hati da nak berpoligami..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.243694 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top