CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Posing Mirip Model Merajuk Tak Balik Rumah

19-9-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16890| Komen: 117

Description: “Bagaimanapun, Semakan Saya Di Laman Facebook Isteri Mendapati Dia Kini Bekerja Di Sebuah Tadika Di Bandar Bukit Puchong, Namun Pengurusan Tadika Menafikan Ada Menerima Pekerja Baru,” Katanya.

Isteri Posing Mirip Model Merajuk Tak Balik Rumah


ISHAK menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar isteri, Hasziah.

Johor Bahru: “Sejak dia hilang hampir sebulan lalu, saya hilang selera makan dan kesihatan anak-anak juga selalu terganggu kerana terlalu rindukan ibu mereka,” rintih seorang pengawal keselamatan Ishak Md Salleh, 46, yang bingung selepas isterinya tidak pulang ke rumah dan gagal dikesan sejak 23 Ogos lalu.

Ishak dari Taman Kota Masai berkata, dia tidak berada di rumah ketika hari isterinya, Hasziah Ahmad, 35, menghilangkan diri dan hanya mengetahuinya selepas dihubungi anak keduanya yang berumur 16 tahun.

  Kata bapa kepada empat anak berusia lapan hingga 18 tahun itu, dia terkejut dengan tindakan isterinya itu kerana mendakwa tiada perselisihan faham antara mereka berdua yang membuatkan wanita itu bertindak sedemikian.

“Sehari sebelum kejadian, isteri ada meminta izin untuk keluar makan dengan anak-anak bersama abang angkatnya pada sebelah malam dan mengingatkannya untuk memberitahu saya sebelum pergi.

“Bagaimanapun, tiada sebarang panggilan diterima hingga membuatkan saya menghubunginya kira-kira jam 11 malam dan ketika itu dia sudah dalam perjalanan untuk bertemu abang angkatnya.

“Saya mempersoalkan tindakannya kerana bimbang perkara buruk berlaku dan ia membuatkan isteri mengambil keputusan untuk membatalkan hasratnya dan berpatah balik ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat NSTP Bandar Baru Uda di sini, semalam.

  Menurut Ishak, dia kemudian terkejut apabila menerima panggilan daripada anak kedua jam 6.45 pagi yang menyedari ibunya tiada di rumah.

  Katanya, selepas tamat kerja, dia terus bergegas ke hentian bas Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dan Larkin Sentral bagi mencari isterinya, namun Hasziah gagal dikesan.

Bimbang dengan keselamatannya, saya membuat laporan di Balai Polis Taman Scientex tiga hari kemudian.“Selang beberapa hari kemudian (7 September 2014), saya menerima kiriman mesej di Facebook daripada seorang wanita memberitahu isteri saya ditempatkan selama tiga hari di rumah rakan abang angkatnya di FELDA Bukit Batu, Kulaijaya,” katanya.

Ishak berkata, dia pergi ke alamat berkenaan malangnya isterinya gagal ditemui kerana sudah bertolak ke Kuala Lumpur.“Sehingga kini, saya masih gagal menghubunginya dan dia mungkin sudah tidak menggunakan nombor telefon lamanya lagi.

“Bagaimanapun, semakan saya di laman Facebook isteri mendapati dia kini bekerja di sebuah tadika di Bandar Bukit Puchong, namun pengurusan tadika menafikan ada menerima pekerja baru,” katanya.  

Berikutan itu, Ishak meminta orang ramai menghubunginya di talian 013-7188210 atau 011-29745678 sekiranya mengetahui maklumat mengenai Hasziah.“Apa yang saya bimbangkan, anak-anak amat merindui ibunya.

Sebagai seorang suami, saya sedia memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan keluarga demi anak-anak,” katanya.


“Saya turut menghubungi keluarganya, namun mereka tidak mengetahui di mana Hasziah berada.

8

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 18-9-2014 07:54 AM
larik ikut abg angkat le tu...
bersangka buruk di pagi hari..
ampunnn..
Quote nalis 18-9-2014 07:54 AM
dah tua2 jadi binik orang pun ada abang angkat?
Quote rosasa 18-9-2014 07:55 AM
abang angkat ye...
Quote Tok_Batin 18-9-2014 07:56 AM
Cun bini dia , patutlah mesra dengan abang angkat....
Quote cheezzy 18-9-2014 08:02 AM
umur 35, anak paling sulung 18.
so dia beranak yg sulung umur 17.
umur kawen 16 kot.
ni tak puas enjoy ms remaja.
jumpa abang angkat last2 terangkat.
yg abang angkat takda telor kah melarikan bini orang

Quote damian_lee 18-9-2014 08:04 AM
nalis posted on 18-9-2014 07:54 AM
dah tua2 jadi binik orang pun ada abang angkat?

kan? ... kemaruk apanya ada abang angkat bagai .... adoiiiiii ..... sedih
Quote kucen_miang 18-9-2014 08:06 AM
dah berlaki beranak pinak pun nak berabg2 angkat bagai jadah apanya.
Quote batmana 18-9-2014 08:07 AM
Laki dia dayus ka.. Bagi abg angkat bagai kuar ngn bini?
Quote magnus 18-9-2014 08:09 AM
Abang angkat ke abang angkut
Quote protonpersona 18-9-2014 08:09 AM
jangan sampaidinodai abang angkat sudah..
Quote Loxlaxman 18-9-2014 08:11 AM
Alahai poennnn ....
Quote DianKdeja 18-9-2014 08:12 AM
kes dah jemu makan pisang tanduk tu yg lari cari pisang nangka plak kot
Quote GhostWalking 18-9-2014 08:12 AM
protonpersona posted on 18-9-2014 12:09 AM
jangan sampaidinodai abang angkat sudah..

Kalau umur dah 35 tak panggil di noda tapi noda menodai dalam sesetengah kes
Quote namirulmukminin 18-9-2014 08:26 AM
Dah kena angkat dgn abang angkat le tu...
Quote lasagnaklcc 18-9-2014 08:30 AM
Baiknya laki nak kasi bini kuar dgn abg angkat.
Quote bangcak 18-9-2014 08:33 AM
cheezzy posted on 18-9-2014 08:02 AM
umur 35, anak paling sulung 18.
so dia beranak yg sulung umur 17.
umur kawen 16 kot.

biasanya lah kan...
calling @nanacinta
sila kaji permasalahan nih
Quote biskutsusu 18-9-2014 08:40 AM
dah tua masih nak berabang angkat
tu laaaaa
muda2 tanak enjoy habis habisan
gatal sangat nak kawen
dah tua baru nak buat perangai kan
Quote wookiehoney 18-9-2014 08:44 AM
bangcak posted on 18-9-2014 08:33 AM
biasanya lah kan...
calling @nanacinta
sila kaji permasalahan nih

motep bancak kertu duduk kat puchong sila cari wanita ini
Quote mie07 18-9-2014 08:46 AM
biskutsusu posted on 18-9-2014 08:40 AM
dah tua masih nak berabang angkat
tu laaaaa
muda2 tanak enjoy habis habisan

sanggup tinggal anak2 popuan apa  ni..............

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065796 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top