CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Fitri Af2 Sudah Nak Kahwin Dengan Nurul

19-9-2014 03:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24489| Komen: 82

Description: “Ketika Itu Kami Sama-Sama Bekerja Sebagai Pereka Fesyen Jemputan Di Sebuah Syarikat Di Kuantan. Pada Awalnya Kami Hanya Berkawan, Tapi Lama- Kelamaan Hubungan Kami Menjadi Akrab Dan Timbul Perasaan ...
Fitri  Af2 Sudah Nak Kahwin Dengan Nurul



KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2014: Pereka fesyen yang juga Bintang Akademi Fantasia 2, Fitri Zainal, 35, mengaku sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya yang dikenali sebagai Nurul, 28 tahun depan.


Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Fitri Zainal berkata dia sama sekali tidak menyangka pertemuan di Kuantan, Pahang lebih setahun lalu telah membawa bibit-bibit percintaan sehingga termetrai tali pertunangan pada Syawal ke-5 yang lalu.

“Kami telah bertunang pada hari raya ke-5 yang lalu dan InsyaAllah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Tak pasti lagi bila, sama ada sebelum atau selepas hari raya. Tapi saya akan maklumkan kelak.



“Pada awalnya, keluarga saya hanya datang bertemu keluarganya di Kuantan untuk merisik, tetapi selepas berbincang dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak, kami mengambil keputusan untuk terus bertunang.

“Bagi saya biarlah majlis perkahwinan saya itu nanti ringkas tetapi apa yang penting agar ianya akan diingati oleh kami berdua sampai bila-bila,” katanya yang kini menguruskan label fesyen Just FZK bersama-sama tunangannya itu.

Berkongsi bagaimana dia dipertemukan dengan tunangannya itu, kata Fitri Zainal, dia cukup bertuah kerana Nurul juga merupakan graduan dalam jurusan fesyen di UiTM.




Walaupun jurang usia antara mereka berdua agak berbeza, namun jelasnya, mereka telah ditakdirkan bertemu di Kuantan ketika mereka sama-sama berkhidmat di sebuah syarikat fesyen di bandar berkenaan.

“Ketika itu kami sama-sama bekerja sebagai pereka fesyen jemputan di sebuah syarikat di Kuantan. Pada awalnya kami hanya berkawan, tapi lama- kelamaan hubungan kami menjadi akrab dan timbul perasaan cinta.

“Buat masa sekarang, kami sama-sama menguruskan jenama fesyen Just FZK walaupun kadang-kadang dia (Nurul) terpaksa pulang ke Kuantan dan saya pula perlu di sini.

“Bagi saya, Nurul seorang yang sangat penyanyang dan setiap kali bersama dengannya adalah detik cukup istimewa buat saya. Memang cukup sukar untuk saya ungkapkan perasaan ini dan betapa bertuahnya saya memilikinya,” katanya.

Jelas Fitri Zainal, selain berkongsi banyak persamaan dan hobi, pasangan berbintang Virgo itu juga yakin, minat yang mendalam dalam dunia fesyen memberi kelebihan untuk mereka berkembang maju sebagai pasangan duo.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lotionmilo 17-9-2014 10:33 PM
syukurrrrrrrrrrrr
Quote enginelady 17-9-2014 10:34 PM
ingatkan nughul af tu dulu. nurul bukan retis rupanya
Quote mat_arof 17-9-2014 10:36 PM
ingatkan NURUL AF2 ...rupanya nurul lain..

bikin suspen larr
Quote kakasotong 17-9-2014 10:41 PM
Ingatkan dgn nurul af2 tu. Tp dia dah kawin lain kan.

Tajuk kemain gempak
Quote MengkuduMasam 17-9-2014 10:42 PM
dah bam bam sket
Quote Aneem 17-9-2014 10:43 PM
Muka tunang pun kacukan bdk2 af jugak..
Linda nanunawil + edlin..
tahniah la ye..
Quote soraya 17-9-2014 10:44 PM
Alhamdulillah....(walaupun tak kenal saper ntah budak berdua ni) kehkehkeh
Quote sepitsiput 17-9-2014 10:52 PM
kakasotong posted on 17-9-2014 10:41 PM
Ingatkan dgn nurul af2 tu. Tp dia dah kawin lain kan.

Tajuk kemain gempak

meols suka persembahan terakhir Nughul kat AF2...cheeky, and the rest pun enjoy

[youtube]J7Y35S-8vCI[/youtube]
Quote putehkundor 17-9-2014 10:54 PM
Sapa top, sapa bottom?
Quote atekome 17-9-2014 10:56 PM
putehkundor posted on 17-9-2014 10:54 PM
Sapa top, sapa bottom?

Sure lah fitri bottom nokss..hehe
Quote bambimo 17-9-2014 10:59 PM
Mesti meletop baju kawen cz design dia agak on of a kind jugak lah...
Quote mixed 17-9-2014 11:07 PM
Muka tunang pn cam ada iras nurul af2
Quote kakasotong 17-9-2014 11:13 PM
sepitsiput posted on 17-9-2014 10:52 PM
meols suka persembahan terakhir Nughul kat AF2...cheeky, and the rest pun enjoy

Af2 ni semua best2 kaka sepit. Zaman kegemilangan sesangat masa af2 ni. Meols pn suka. Xda yg xbest
Quote twinkystar 17-9-2014 11:24 PM
sepitsiput posted on 17-9-2014 10:52 PM
meols suka persembahan terakhir Nughul kat AF2...cheeky, and the rest pun enjoy

nurul neh kira yg lemah masa AF2 but still kalau tgk perfs dia masa AF much2 better than some of students af musim2 lain
Quote lazim 17-9-2014 11:25 PM
hensem fitri sejak jdi jntn tulen
Quote cmf_blingblings 17-9-2014 11:27 PM
Napa ramai pulok yg tulis pasal Nurul AF2 sedangkan tajuknya merujuk kpd Fitri?
Quote sepitsiput 17-9-2014 11:31 PM
kakasotong posted on 17-9-2014 11:13 PM
Af2 ni semua best2 kaka sepit. Zaman kegemilangan sesangat masa af2 ni. Meols pn suka. Xda yg xbes ...

lagu dr muzikal pun best diorang nyanyi...tabik sama ramli MS

[youtube]YzMthhve1dI[/youtube]
Quote suka2 17-9-2014 11:36 PM
adam dengan bandangan nyer
Quote freakyskinny 18-9-2014 12:29 AM
tahniah fitri..
tgk tu hadek2 sekalian...
kbai.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076104 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top