Album Tak Laku, Riz Zaizizi Nyaris Cari Kerja Lain Riz pernah kurang mendapat tawaran nyanyian sehingga dia hampir mencari kerja lain.
PETALING JAYA: Penyanyi Riz Zaizizi nyaris berputus asa apabila kerjaya nyanyiannya semakin merudum pada dua tahun lalu.
Riz atau nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi, 28, berkata, ketika itu dia semakin kurang mendapat tawaran nyanyian dan membuatkan dia mula membuat resume untuk mencari kerja lain. "Saya hampir-hampir putus asa dan bertanya kepada diri, kenapa jadi macam ini? Ia tidak seperti yang dirancang dan album saya pun sia-sia saja kerana ia tak laku walaupun mengeluarkan bajet besar sebanyak RM100,000. "Nak buat macam mana kerana industri seni muzik kita bukannya stabil selalu. "Perkara itu membuatkan saya nyaris cari kerja lain, siap buat resume lagi. Tetapi entah kenapa saya tak jadi nak hantar resume itu kemana-mana tempat," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun Riz yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6) berkata, sokongan keluarga dan peminat membuatkan dia membatalkan niat untuk mencari kerja lain.
|
mixed posted on 19-9-2014 08:40 AM
dia ni ke dulo nyanyi duet lagu Ku pinjam satu bintang dgn Aliyah pastu gaduh
and dia nyanyi solo ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064734 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.