CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seluruh Team Bola Cameroon Peluk Islam

22-9-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4120| Komen: 8

Description: “Kebanyakan Mereka Memeluk Agama Islam Kerana Tertarik Dengan Nilai-Nilai Tolerans,I Berperikemanusiaan Dan Prinsip Islam Serta Kebajikan Yang Ditunjukkan Oleh Orang Islam Itu Sendiri,” Kata Dr Hama ...
Seluruh Team Bola Cameroon Peluk Islam

Pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai

Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.

Anggota pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai.

Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi bolasepak yang ditubuh khas untuk anak-anak yatim, orang geladangan dan orang miskin.

Ketua Pengarah IACAD, Dr. Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.

“Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai tolerans,i berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri,” kata Dr Hamad.

IACAD banyak menganjurkan program untuk golongan mualaf dan orang bukan Islam dalam memperkenalkan mesej wasatiah yang sebenar Islam sebagai agama untuk semua.

Jabatan yang diasaskan oleh Almarhum Sheikh Rashid Saeed Al Maktoum pada tahun 1969 ini bertindak sebagai  badan yang  bertanggungjawab menguruskan pusat menghafal Al-Quran, menyelia dan menjaga masjid, menguruskan perlesenan persatuan kebajikan dan institusi Islam dan menyelia hal ehwal pentadbiran, kewangan serta hal ehwal Fatwa.

Setakat ini IACAD mempunyai 17 pusat Islam dan 38 pusat hafalan suci Al-Quran di Dubai.

19

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 21-9-2014 10:49 PM
beberapa persoalan menarik.

Dubai bukan Arab Saudi

Cameroon bukan England

cukup dulu...

Quote pagarkayu 22-9-2014 01:54 AM
mereka dapat melihat keindahan islam sebenar
Quote revolusi_30 22-9-2014 02:16 AM
Dubai mengamalkan keindahan dan kemajuan... Ini yg sepatutnya ada dlm Islam.. Kemajuan dan agama bergerak bersama... Baru org tak label islam tu agama mundur/ miskin.. Mcm Indon !!!
Quote secretservice 22-9-2014 02:19 AM
eto' ade sekali ke
Quote ice_sky92 22-9-2014 02:30 AM
Aku sedih sangat bila media Amerika burukkan nama Islam satu dunia, dan Islamphobia itu masih wujud skg. Sedangkan Islam tak macam tu pun. Islam itu indah. Islam is probably the fastest growing religion in the world. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Quote ice_sky92 22-9-2014 02:38 AM
And I love Jesus. Jesus itu Prophet, bukannya Tuhan. Jesus tidak disalib tetapi diangkat ke langit. Dia akan kembali nanti.
Quote MissMamamia75 22-9-2014 09:07 AM
Alhamdulillah...
Quote atira 22-9-2014 09:09 AM
isle sunni ka isle syiah?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047483 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top