CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Lelaki Cacah Kalimah Allah Di Badan Dicari

22-9-2014 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14463| Komen: 108

Description: "Kita Telah Menerima Laporan Dan Telah Meminta Pegawai Pejabat Agama Untuk Memeriksa Perkara Tersebut. Buat Masa Ini Kita Belum Tahu Siapa Individu Tersebut," Katanya Kepada Pemberita Selepas Majl ...
Lelaki Cacah Kalimah Allah Di Badan Dicari


PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang mencacah kalimah suci Islam di badannya seperti yang tersebar luas di Facebook.
           
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu tersebut.
           
"Kita telah menerima laporan dan telah meminta pegawai pejabat agama untuk memeriksa perkara tersebut. Buat masa ini kita belum tahu siapa individu tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Salam Mesra Salam FM' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
           
Beliau diminta mengulas mengenai gambar seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan tatu pada badannya seperti di dahi, leher dan tangan yang tertera  kalimah 'Bismillah', 'ALLAH' dan lain-lain lagi.

" Perbuatan lelaki itu adalah haram dan mencemarkan kesucian kalimah tersebut, walaupun kalimah itu merupakan sesuatu yang mulia.

" Perbuatan itu tidak kena tempat. Jika mahu menyanjung al-Quran,  boleh dibuat dengan cara lain seperti menghafaz 30 juzuk al-Quran," kata Othman sambil meminta individu terbabit agar bertaubat.
           
Mengenai Salam FM, beliau berkata Jakim bersedia melanjutkan tempoh siarannya dari tengah malam hingga 8 pagi jika dibenarkan.
           
"Jakim bersedia, memandangkan Kompleks Islam di Presint 3 (Putrajaya) hampir siap tahun depan dengan kemudahan antaranya studio baharu," katanya.
           
Salam FM kini menumpang slot saluran Asyik FM yang berfrekuensi 91.1 fm sejak lima tahun lepas. 


3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 19-9-2014 04:35 PM
Yang ni jugak kot
Quote kejoraria 19-9-2014 04:46 PM
takde keje agaknya jantanz tu......apa sebenarnya dia nk buktikan pun tak tau
Quote itik_kuning 19-9-2014 04:48 PM
giler punya worang
Quote harkktuih 19-9-2014 04:50 PM
tak mcm tatu pun?
Quote penyo 19-9-2014 04:50 PM
ISIS la ni............
Quote nidzrain 19-9-2014 04:50 PM
hayyoo... ko ingat letak gitu kat dahi kompom masok sorga laahh tanpa solat segala?

cooiiii
Quote famri7 19-9-2014 04:51 PM
Nih mesti syiah atau illuminati freemason pimpinan lady gaga.
Quote perang_candu 19-9-2014 04:52 PM
kalau yg buat tu bukan islam, agaknya haram tak..?
Quote kasmela 19-9-2014 05:03 PM
nidzrain posted on 19-9-2014 04:50 PM
hayyoo... ko ingat letak gitu kat dahi kompom masok sorga laahh tanpa solat segala?

cooiiii

hayoo ko ingat solat segala kompom masok sorga laahhh? coiiii!
Quote pink_selipar 19-9-2014 05:11 PM
awat xpenuhkan 1 muka tu sekali??
Quote nidzrain 19-9-2014 05:39 PM
kasmela posted on 19-9-2014 05:03 PM
hayoo ko ingat solat segala kompom masok sorga laahhh? coiiii!

so ko ingat boleh masok sorga lah buat gini?
Quote edee_91 19-9-2014 06:02 PM
Ya Awloh... jangan lah sesekali buat tatu kat muka.. it's a big no no no no no no no. buruk giler.
Quote melinda_kerr 19-9-2014 06:08 PM
Kat indon bersepah mcmni..yg bersolatpun bertattoo...Malaysia aje nak kecoh. sebab tu org nak berubah sepuluh ribu kali nk fikir. mcm banduan yg keluar penjara tpi terus dipulau. sorry off topic.
Quote kasmela 19-9-2014 06:16 PM
nidzrain posted on 19-9-2014 05:39 PM
so ko ingat boleh masok sorga lah buat gini?

so ko ingat boleh kompom la masuk sorga kalau solat dan lain-lain tu?
Quote Anak_Nogori 19-9-2014 06:19 PM
kasmela posted on 19-9-2014 06:16 PM
so ko ingat boleh kompom la masuk sorga kalau solat dan lain-lain tu?

manusia mana boleh kompomkan sesiapa boleh masuk syurga kas?..
Quote FazzXavierre 19-9-2014 06:34 PM
GILA
Quote Al-Patih 20-9-2014 04:25 AM
yang dicacah huruf....lah....
Quote star_karat 20-9-2014 04:53 AM
kat morocco, Algeria, Tunisia dan ada lagi negara jenis2 ni ramai orang2 sana baik lelaki pompuan pasang tatu kat muka dengan ayat2 quran boleh pulak. Sampai nenek2 kat tepi dahi pun ada pasang tatu cam ni.
Quote mbhcsf 20-9-2014 05:45 AM
jahat atau jahil?

masuk toilet masuk tempat kotoq...

ni cukup teruk

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.227755 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top