CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami Pukul & Sepak Tak Bagi Kerja

22-9-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15845| Komen: 142

Description: “Namun, Mangsa Tetap Berkeras Tidak Mahu Berhenti Kerja Dan Jawapan Diberikan Wanita Itu Menyebabkan Suspek Semakin Naik Hantu Apabila Bertindak Memukul Kepala, Tangan Dan Kaki Tanpa Mengendahkan Ray ...
Suami Pukul & Sepak Tak Bagi Kerja

Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki layak digelar suami dayus apabila tergamak memukul dan menyepak isterinya hanya kerana tidak membenarkan mangsa bekerja, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun dan bekerja sebagai jurujual menjadi mangsa belasah si suaminya selepas enggan mendengar kata-kata lelaki itu yang menghalangnya untuk pergi bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pertengkaran antara pasangan itu bermula apabila suspek berusia 24 tahun menghalang mangsa yang ketika itu ingin keluar bekerja.

Beliau berkata, mangsa merayu kepada suspek agar membenarkannya keluar kerana sudah terlewat dan permintaan itu menyebabkan suspek semakin naik angin.

“Tidak cukup dengan maki hamun, suspek turut memukul mangsa sambil menyuruh isterinya berhenti kerja.

“Namun, mangsa tetap berkeras tidak mahu berhenti kerja dan jawapan diberikan wanita itu menyebabkan suspek semakin naik hantu apabila bertindak memukul kepala, tangan dan kaki tanpa mengendahkan rayuan mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami sakit di kepala, tengkuk dan belakang badan akibat dipukul dan ditendang suspek.

Katanya, mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan akibat dibelasah suspek mengambil keputusan menghubungi dan meminta majikannya memaklumkan perbuatan suaminya kepada polis.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk rujukan bagi proses penceraian kerana tidak sanggup menjadi mangsa suaminya.

“Malah, mangsa turut memaklumkan yang dia berasa tidak selamat untuk terus bersama suaminya kerana kerap dipukul.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya giat dijalankan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

10

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 19-9-2014 03:18 PM
yang bini pon kalau laki da x bagi, dah kenapa nak meroyan lagi...
Quote namirulmukminin 19-9-2014 03:26 PM
“Namun, mangsa tetap berkeras tidak mahu berhenti kerja dan jawapan diberikan wanita itu menyebabkan suspek semakin naik hantu apabila bertindak memukul kepala, tangan dan kaki tanpa mengendahkan rayuan mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Macam sesuatu je.... ni mesti kes ada scandle dgn majikan ni... Kalu tak, takkan laki ko suka2 tak bagi pegi keje...
Quote ice_sky92 19-9-2014 03:29 PM
Dah dapat peluang goyang2 kaki kat umah pun taknak. Ish2. Pelik la dgn perempuan.
Quote GhostWalking 19-9-2014 03:30 PM
Aku speku la kan macamana dia nak berenti agaknya laki dia tak keje.Kalau berenti sebab nak ikut rasa jeles suami dia mau tak berasap dapur
Quote blackred99 19-9-2014 03:32 PM
penagih ke laki dia?
Quote lompatikam 19-9-2014 04:00 PM
yg si laki tuh pukul 9 pagi duk rumah lagi...tak pi kerja ke?? atau waktu hari minggu?
Quote clarizsa 19-9-2014 04:08 PM
menanggung biawak hidup... camtu la... kesian kesian kesian...
Quote nebulagazer 19-9-2014 04:10 PM
Matpet ke matrempit?
24thn
Kesiannn
Quote cloudy_83 19-9-2014 04:33 PM
biawak hidup yang kuat jeles ke?
Quote kelip2_07 19-9-2014 04:40 PM
ntah2 laki dia bangkai bernyawa...tp jnis kuat jeles..cmne bini nk dgr ckp..cer ko tu duit berkepuk..xyah srh berenti..sah2 bini berenti keje xyah ko pukul2...
Quote kejoraria 19-9-2014 04:43 PM
kentel posted on 19-9-2014 03:18 PM
yang bini pon kalau laki da x bagi, dah kenapa nak meroyan lagi...

maybe ada sbb2 munasabah dia nk bekerja kot...maybe laki dia bg nafkah tak cukup ker....mana kita tau....
Quote bambimo 19-9-2014 04:43 PM
Cemburu kot....cz wife dia teramat cantik hehehe
Quote kentel 19-9-2014 04:45 PM
kejoraria posted on 19-9-2014 04:43 PM
maybe ada sbb2 munasabah dia nk bekerja kot...maybe laki dia bg nafkah tak cukup ker....mana kita  ...

bukan masalah sebab2 munasabah ke tak...as a wife, memang patut dia hormat dan ikut ckp suami selagi tak bertentangan dgn agama..that's is the code kan??
Quote kejoraria 19-9-2014 04:48 PM
kentel posted on 19-9-2014 04:45 PM
bukan masalah sebab2 munasabah ke tak...as a wife, memang patut dia hormat dan ikut ckp suami sela ...

maybelah...tp apa2 pun as a husband pun dlm islam mana leh suka suki nak sepak terajang bagai bini.....
Quote kentel 19-9-2014 04:52 PM
kejoraria posted on 19-9-2014 04:48 PM
maybelah...tp apa2 pun as a husband pun dlm islam mana leh suka suki nak sepak terajang bagai bini ...

entah lah..hal rumah tangga they all..tp harapnya takde pape lah..biar polis settle...
Quote nh83 19-9-2014 05:15 PM
macam-macam...
Quote dzaraa 19-9-2014 05:27 PM
ingatyaa..para suami...bukan setakat sepak terajang saja digelar dayus...malahan membiarkan isteri berpakaian tapi seolah -olah bertelanjang juga boleh digelar dayusssss......
Quote RED 666 19-9-2014 05:50 PM
akibat bercinta dan berkahwin dengan bad boy, bad boy kan pujaan gadis2 di malaysia ni
Quote batmana 19-9-2014 05:52 PM
klu dh tknk ikut kata somi, ceraikn ajala..wat pe pkul2..
kang mati lak ..

tenaga laki kn kuat..skali tendang , udah mcm 3 x tenaga pmpn.....lainla klu bini dia beso cm dinosaur..

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.148847 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top