CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pahang Ada Dinasor !

22-9-2014 02:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8784| Komen: 70

Description: Fosil Yang Ditemui Sekumpulan Penyelidik Daripada Jabatan Geologi, Universiti Malaya (Um) Dan Ditanda Sebagai Sampel Um10575 Pada Februari Lalu Itu Turut Dipercayai Gigi Anak Dinosaur Pemakan Ikan Y ...
Pahang Ada Dinasor !


FOSIL gigi ini yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara  Kuala Semantan dan Temerloh, Pahang mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10  milimeter lebar.

PENEMUAN fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod di sebuah kawasan hutan di  Pahang membuktikan bahawa ia lebih besar daripada spesies Tyrannosaurus Rex  (T-Rex).

Fosil yang ditemui sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi, Universiti  Malaya (UM) dan ditanda sebagai Sampel UM10575 pada Februari lalu itu turut  dipercayai gigi anak dinosaur pemakan ikan yang belum mencapai usia dewasa.

Gigi yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara Kuala Semantan dan Temerloh  itu mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar.

Difahamkan, penemuan fosil itu merupakan yang pertama di negara ini dan  dilakukan secara usaha sama antara Jabatan Geologi UM dengan Universiti Waseda  dan Universiti Kumamoto sejak September 2012.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, ahli paleontologi Institut Geologi  Malaysia, Ahmad Rosli Othman berkata, kawasan banjaran gunung di Pahang termasuk  Gunung Tahan, Gunung Berantai dan Endau Rompin berkemungkinan besar mempunyai  lebih banyak fosil dinosaur.

"Usaha menjejak fosil dinosaur agak sukar kerana kawasan ini terdiri daripada  hutan tebal bergunung-ganang dan sebahagian pula kawasan yang dilindungi," kata  beliau.

Ahmad Rosli menambah, penemuan tersebut juga menjadi titik mula kepada ahli  paleontologi untuk mencari lebih banyak fosil yang mungkin tertanam oleh lapisan  sedimen di dalam batuan di negeri itu sejak berjuta tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang,  Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri bersedia menjadikan  kawasan penemuan fosil tersebut sebagai destinasi pelancong.

Bagaimanapun, Mohd. Sharkar menambah, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan  selepas semua kajian mengenai fosil di lokasi tersebut selesai.

Menurut beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob juga akan mengumumkan  lokasi sebenar penemuan fosil itu secara rasmi selepas semua kajian berkaitan  selesai.

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 22-9-2014 08:39 AM
tak tercapai dek akalku. mcm mana diorang boleh tahu benda tu gigi waktu 1st time jumpa?
Quote tungkai 22-9-2014 08:48 AM
Dah nama pun penyelidik...ofkos la diorg ada rekod utk kata tu gigi. Kalau kita yg tak tau apa2 musti ingat tulang lembu ke, tulang babi utan ke..
Quote tentera_laut 22-9-2014 08:51 AM
diorang test komposisi benda itu. maybe terdapat kalsium..
Quote nalis 22-9-2014 08:55 AM
tungkai posted on 22-9-2014 08:48 AM
Dah nama pun penyelidik...ofkos la diorg ada rekod utk kata tu gigi. Kalau kita yg tak tau apa2 must ...

tu la.. mungki kita ni pun pernah jumpa fosil dinosor tapi tak perasan pun dan buat derk je sambil campak benda tu dlm longkang
Quote damian_lee 22-9-2014 08:56 AM
ok la tu ... jumpa gak dinosour kat Malaysia ni ....... hahaha ....
Quote Eric.n9 22-9-2014 08:58 AM
Klu kita terjumpa tulang dinasor kan, kena declare ker?
Pastu akan jadi hak milik siapa tulang tu?
Quote Loxlaxman 22-9-2014 08:58 AM
Biaq betoiii ..... naga tasik cini pun cabut lari!


Quote crossfire 22-9-2014 09:18 AM
Pertemuan Sungai Semantan dan Sungai Pahang, adalah di Temerloh. Temerloh titik tengah semenanjung.. dikenali juga Bandar Ikan Patin. Tidak mustahil Dinosor ada di sini beribu tahun dulu sebab terdapatnya sumber air
Quote kejoraria 22-9-2014 09:28 AM
Loxlaxman posted on 22-9-2014 08:58 AM
Biaq betoiii ..... naga tasik cini pun cabut lari!

ada ker naga kat tasik chini tu?
Quote imthegirl 22-9-2014 09:32 AM
Fosil yang ditemui sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi, Universiti  Malaya (UM) dan ditanda sebagai Sampel UM10575 pada Februari lalu itu turut  dipercayai gigi anak dinosaur pemakan ikan yang belum mencapai usia dewasa.


Mesti dia makan ikan patin
Quote crossfire 22-9-2014 09:36 AM
kejoraria posted on 22-9-2014 09:28 AM
ada ker naga kat tasik chini tu?

Mitos aja tu, mana ada? Tarian Naga adalah
Quote epis 22-9-2014 09:51 AM
hanya kerana fosil gigi tu, terus nak jadikan kawasan jumpe tu kawsan perlancongan? abes nanti hutan di tarah nak buat jalan ke situ, bina chalet ape sume?
Quote kentel 22-9-2014 10:05 AM
epis posted on 22-9-2014 09:51 AM
hanya kerana fosil gigi tu, terus nak jadikan kawasan jumpe tu kawsan perlancongan? abes nanti hutan ...

saba epis, saba...
Quote epis 22-9-2014 10:11 AM
kentel posted on 22-9-2014 10:05 AM
saba epis, saba...

tiber... dah la nak main candy crush, jap lagi pliss bagi tiket...
Quote kentel 22-9-2014 10:15 AM
epis posted on 22-9-2014 10:11 AM
tiber... dah la nak main candy crush, jap lagi pliss bagi tiket...

eh i da send...jap cek balik...
Quote epis 22-9-2014 10:16 AM
kentel posted on 22-9-2014 10:15 AM
eh i da send...jap cek balik...

tu semalam, ni japgi....
Quote ultra78 22-9-2014 10:17 AM
Kalau mengikut pegangan melayu, sudah tentu ini gigi hantu jembalang, perlu dibalut dalam kain kuning dan diasapkan dengan kemenyan setiap malam jumaat
Quote kentel 22-9-2014 10:24 AM
epis posted on 22-9-2014 10:16 AM
tu semalam, ni japgi....

okeh
Quote sahamboi 22-9-2014 10:28 AM
ultra78 posted on 22-9-2014 10:17 AM
Kalau mengikut pegangan melayu, sudah tentu ini gigi hantu jembalang, perlu dibalut dalam kain kunin ...

itu kalau tok bomoh yang jumpa. kalau penghulu jumpa dia akan klaim tanah tersebut membawa ke 10 ekar jadi hak milik dia.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.239655 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top