CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Merajuk Lari Ikut Teman Lelaki

22-9-2014 04:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8313| Komen: 53

Description: Ibu Mangsa, Pang Yok Mei,40, Berkata, Dia Berasa Bimbang Dengan Keselamatan Anaknya Itu Kerana Shu En Meninggalkan Rumah Dengan Hanya Membawa Dompet Dan Telefon Bimbit Sahaja.

Anak Merajuk Lari Ikut Teman Lelaki

Chen Shu En


SEREMBAN – Gara-gara ditegur ibu bapa agar menjaga pergaulan dengan lelaki, seorang pelajar tingkatan lima bertindak lari dari rumah pada awal pagi Rabu lalu.

Chen Shu En,18, merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Seremban 2, di sini, dipercayai lari dari rumah bersama kekasihnya yang baru dikenali beberapa hari lalu.

Bapa, Chen Chee Ming, 42, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan keluar rumah kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu.

“Saya mula sedar Shu En tiada di rumah ketika mahu mengejutnya pagi itu kira-kira jam 7 pagi. Saya terperanjat melihat dia tiada di bilik seperti biasa.

“Kakaknya ada mendengar bunyi pintu rumah dibuka sekitar jam 3 pagi namun tidak menyangka adiknya yang keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Adun Bukit Kepayang, di sini, semalam.

Menurutnya yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2, di  sini, berkata, malam sebelum kejadian, dia ada memarahi anaknya itu supaya menjaga pergaulan.

“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.

“Saya tidak sangka tindakan saya memarahi anak menyebabkannya sanggup lari dari rumah,” katanya.

Ibu mangsa, Pang Yok Mei,40, berkata, dia berasa bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana Shu En meninggalkan rumah dengan hanya membawa dompet dan telefon bimbit sahaja.

“Saya cuba menghubunginya banyak kali namun talian telefon ditutup. Saya sangat bimbang keselamatannya.

“Saya bertanya kepada rakan-rakannya turut tidak tahu di mana Shu En melarikan diri,” katanya.

Yok Mei berkata, dia mengesyaki anaknya itu melarikan diri bersama teman lelaki yang baru dikenali beberapa hari sebelum kejadian.

Sementara itu, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berharap remaja itu pulang segera tanpa memikirkan pertelingkahan keluarga yang berlaku.

“Kita akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti di mana dia berada dan bersama siapa.

“Orang ramai yang melihat Shu En bolehlah menghubungi balai polis berhampiran ataupun menghubungi pejabatnya di talian 06-6015557,” katanya.

13

Bagus
12

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 22-9-2014 11:18 AM
urghhh..budak la ni kalau kecik2 dah diajar bersosial belebih2..sms chatting wsaping.camni la jdinya
Quote ice_sky92 22-9-2014 11:26 AM
Ni semua gara-gara makan babi atau berak tak basuh?
Quote gekkou 22-9-2014 11:26 AM
ditegah lari rumah
tak ditegah menjadi2
dilema sungguh mak bapak zaman skang
Quote mommymonster82 22-9-2014 11:28 AM
Kesian mak ayah dia... Sabar jelah budak skrg ni...
Quote annehuda 22-9-2014 11:30 AM
budak ni dah 18thn so legally die bukan bawah umur lg kan?
Quote stars83 22-9-2014 11:30 AM
ice_sky92 posted on 22-9-2014 11:26 AM
Ni semua gara-gara makan babi atau berak tak basuh?


kalo gitu,yg buang baby tu sbb mkn lombu dan berak tlebih basuh gitu..



# nak racist pun agak2lah oii..lari dari rmh xda kaitan ngan pmakanan la, Last edited by stars83 on 22-9-2014 11:38 AM

Quote FanTasyCreaTioN 22-9-2014 11:30 AM
bagus nya pak dia

“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.

kalau camtu la perangai
tak yah la rayu2 balik
biar dia merasa hidup kat luar tanpa mak pak tu macam ne
Quote lizaliza 22-9-2014 11:33 AM
lari ...susah nanti jgn balik tau
Quote sueism 22-9-2014 11:36 AM
Lari pun nanti bila dah hidup susah mesti cari mak pak
Quote liyamariska 22-9-2014 11:37 AM
kesian lk kt parent amoi nih...
Quote kikuri 22-9-2014 12:05 PM
besok-besok dah kembung perut tu taw la dia balik...
Quote biskutsusu 22-9-2014 12:11 PM
ice_sky92 posted on 22-9-2014 11:26 AM
Ni semua gara-gara makan babi atau berak tak basuh?

so kalau ummah meleis yang bergambar duckface dan lari ikut bofren pun gara2 makan babi dan berak lap tisu kah?
Quote HaifaHanna 22-9-2014 12:24 PM
FanTasyCreaTioN posted on 22-9-2014 11:30 AM
bagus nya pak dia

Mcm mne nk biar je ank wak, susah pyh mak ngandungkan 9 bulan, buruk camne pon ank, tak kan nk biar ank hidup susah...
Quote bellaa 22-9-2014 12:51 PM
amoi amik la spm kasi lulus itu bahasa malaysia dulu.. nanti sudah lulus boleh lari keja singapork..
itu kan impian setiap cina di malaysia...
Quote tupaiterbang 22-9-2014 01:01 PM
ingat melayu pprt ja suka larik..rupanya ehehe
Quote mattzzx 22-9-2014 01:01 PM
Kalau dah gatal sangat, bagi kawin sajee lah..
Quote zorrro_03 22-9-2014 01:08 PM
STONER posted on 22-9-2014 12:33 PM
amoi ni lari ikut indon lombok ke cane?

kau ni jejaka lombok ke cane?  jeling semacam je aku tgk...
Quote wanlya 22-9-2014 01:28 PM
nak buat mcmne kalau kasih sayang mak bapak xsetanding kasih sayang bf....mmg gitulah akhirnye...
Quote mattzzx 22-9-2014 01:29 PM
JIwa remaja selalu memberontak.....

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.107113 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top