CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesi Fotografi Jadi Sesi Pornografi

23-9-2014 09:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10917| Komen: 65

Description: “Selepas Lima Minit Gambar Itu Dimuat Naik Dan Disiarkan Dalam Laman Facebook, Beberapa Rakan Dalam Laman Sosial Menegur Saya Terhadap Perkataan Ditulis Dan Saya Segera Memeriksanya Dan Terkejut Apab ...

Sesi Fotografi Jadi Sesi Pornografi

Gambar hiasan

Parit Buntar: Seorang jurugambar perkahwinan tidak menyangka sekeping gambar pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda yang asalnya bertujuan mempromosikan perniagaan bertukar menjadi viral di laman sosial apabila perkataan ‘untuk sesi fotografi’ tersilap ditulis sebagai ‘untuk sesi pornografi’ hingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat dan pelanggannya.

Jurugambar terbabit yang enggan dikenali berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kesilapan ejaan itu sehinggalah ditegur beberapa kenalan mengenainya dan segera memadamnya tidak lama kemudian.

Menurutnya, kesilapan berlaku kira-kira jam jam 12 tengah malam kelmarin ketika dia sibuk memuat naik gambar pasangan pengantin yang diambilnya bersama seekor kuda dengan tujuan mempromosi perniagaan, namun tidak memeriksa perkataan ditulis pada gambar berkenaan

“Selepas lima minit gambar itu dimuat naik dan disiarkan dalam laman Facebook, beberapa rakan dalam laman sosial menegur saya terhadap perkataan ditulis dan saya segera memeriksanya dan terkejut apabila menyedari kesilapan dilakukan.

“Saya segera menukar perkataan itu tetapi tidak menyangka ada pihak sempat membuat ‘print screen’ gambar itu serta menyebarkannya di laman sosial hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurugambar itu berkata, dia sememangnya tidak berniat berbuat demikian, apatah lagi melakukan perniagaan perkhidmatan gambar pornografi kerana masih waras dan apa yang berlaku disebabkan kesilapan menaip perkataan.

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AMDTurion 23-9-2014 07:20 AM
uuuuuu...jauh benor huruf t dengan n ni.....ker mmg jari-jemari dia mmg dah keras menaip perkataan itu
Quote Muntz 23-9-2014 07:32 AM
Mmg spesies selalu search porn nie.
Quote KumbangPolkaDot 23-9-2014 07:40 AM
Wakaka..ini kelakar
Quote nurul_akmar 23-9-2014 07:48 AM
alahai. harian metro ke sumbernya. mcmni punya isu pon nk jd berita. asalkan ada unsur2 sexual. sikit pon jd la
Quote makton 23-9-2014 07:56 AM
nurul_akmar posted on 23-9-2014 07:48 AM
alahai. harian metro ke sumbernya. mcmni punya isu pon nk jd berita. asalkan ada unsur2 sexual. siki ...

maklum la.. metro kan suka sensasi kan cerita. kadang2 cerita mengarut pun bleh jd front page
Quote batmana 23-9-2014 07:59 AM
pengantin tu bole tuntut saman malu ni..
Quote GhostWalking 23-9-2014 08:03 AM
Kepala tengah pikir perkataan PORN,jari nak taip FOTOGRAFI.Ini la hasilnya
Quote aTiKah_aYuNi 23-9-2014 08:04 AM
memalukan....
Quote redz85 23-9-2014 08:08 AM
kalau 1 huruf boleh lah kata tersilap.. kompom memang kaki porno
Quote Psychedelia 23-9-2014 08:11 AM
Gambar mana gambar?
Quote xtw 23-9-2014 08:13 AM
nak promote dia pnyer fotografi jer nie
Quote cheezzy 23-9-2014 08:18 AM
jauh jugak la tu bezanya ejaan dua perkataan tersebut.
takkan dia tak baca dahulu sebelum pos.
ni mesti lepas menengok porn tak.
Quote kentel 23-9-2014 08:26 AM
Quote Psychedelia 23-9-2014 08:29 AM
kentel posted on 23-9-2014 08:26 AM

Mekasih..
Quote leylapple 23-9-2014 08:33 AM
dah biasa menaip perkataan tu kut....

kadang2 pemikiran kita nie tak sama dgn pergerakan refleks... nak tulis benda lain, tertulis lain pulak
Quote nidzrain 23-9-2014 08:50 AM
kentel posted on 23-9-2014 08:26 AM

kesian lak kat pengantin tu... walaupun kesilapan hanyalah TYPO
Quote Mataris 23-9-2014 09:06 AM
Jam Detik 12.00 mlm muat naik gambar & jari-jari korek..korek... ? Pornografi masih terbayang di minda. Pasai tu la silap taip!!!
Quote amyainsamad 23-9-2014 09:17 AM
kesian pengantin tu...xpsl2 jd model porno
Quote eniliana 23-9-2014 09:22 AM
lagi menarik kalau dpt baca komen2 dia hahaha

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.324403 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top