CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kkm: Tiada Telur Tiruan Dijual Di Pasaran

23-9-2014 01:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6811| Komen: 8

Description: "Pada Tahun 2011 Isu Yang Sama Juga Telah Ditimbulkan Dengan Dakwaan Wujudnya Telur Tiruan Yang Mengandungi Bahan-Bahan Kimia Dengan Cengkerangnya Diperbuat Daripada Kalsium Karbonat.

Kkm: Tiada Telur Tiruan Dijual Di Pasaran


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan selain meminta orang ramai tidak perlu risau mengenai isu tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang disebarkan melalui laman sosial termasuk laporan berkenaan menyatakan bahawa wujudnya penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang menyamai telur asli.

"Pada tahun 2011 isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat.

"Kuning dan putih telur diperbuat dari natrium alginate, alum, gelatine, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan bahan pewarna makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Tambah Dr. Noor Hisham, pihaknya memandang serius isu ini selain memaklumkan perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan 14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta untuk membeli makanan yang mematuhi Akta ini.

"Peraturan 171(1) memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," ujarnya.

Sehubungan itu Dr. Noor Hisham berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my.

Pada 2011, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di negara ini supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

7

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dewa19XKangen 23-9-2014 12:36 PM
iya la... ebola pun xda kat malaya kata kementerian kesihatan..
Quote lizaliza 23-9-2014 12:48 PM
camana nak beza asli dgn tiruan tu
Quote mattzzx 23-9-2014 12:48 PM
Memang confirm kee?
Quote mjla 23-9-2014 12:50 PM
Hari ni tak de.

Esok ade.

Dah paham SOP Pejabat Kjn Msia.
Quote lizaliza 23-9-2014 12:51 PM
nak kena beli ayam telur la bela sendiri kat umah dua tiga ekor
Quote sahamboi 23-9-2014 01:20 PM
pastu dalam youtube tu rakaman dibuat dimana... indonesia ke malaysia ke... ade tak pihak berkuasa buat pemantauan dan pemeriksaan keatas peniaga2 yang disebutkan. Ade tak pegawai2 yang buat siasatan.
Quote Badut.Sarkas 23-9-2014 01:25 PM
pikir la secara logik.. berbaloi ke membuat telur tiruan dari segi $$ dan masa? orang bodo je akan percaya fitnah ummah ni.. telur palsu la.. kambing disangka babi la.. taik lam fridge.. ummah dan fitnah berpisah teda..
Quote highcastle 23-9-2014 02:05 PM
Telur tiruan...........



Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081565 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top