CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Biawak Serang Bayi Mungkin Kelaparan

26-9-2014 04:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5358| Komen: 1

Description: Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff Berkata Biawak Daripada Spesies Biawak Air Itu Amat Jarang Menyerang Manusia Kecuali Merasa Teran ...

Biawak serang bayi mungkin kelaparan



KUANTAN - Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi semalam berkemunginan dalam keadaan lapar.
            
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.
            
"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. 



Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut.
            
Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan.
    

       
Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.
            
Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan.
            
Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga telah menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia. 


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=830894&extra=&page=3
9

Bagus
5

Marah
15

Terkejut
8

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote helmeita 30-9-2014 10:06 AM
aku pelik... hem... ibu dia letak budak ni kat mana??? dah tu... mcm mana biawak leh masuk.. pintu tak tutup ker...???? bagi aku dua dua salah.. ibu pun tak prihatin keselamataN ANAK...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.037127 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top