CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ainan Tasneem Kecewa Fitnah Didakwa 'Tikam Belakang'

29-9-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11068| Komen: 38

Description: "Biarpun Sedar Akan Niatnya Saya Tetap Pergi Setiap Kali Ada Acara Yang Diuruskannya Dan Tidak Pernah Sesekali Mempertikaikan Komisen Yang Diambil Walaupun Dia Pernah Terkantoi Mengambil 80 Peratus ...
Ainan Tasneem Kecewa Fitnah Didakwa 'Tikam Belakang'


Ainan tidak terkejut apabila dituduh bersikap 'tikam belakang' terhadap seorang wakil promoter dan sudah dapat menjangkakan gosip berkenaan bakal tersebar.

PETALING JAYA: Penyanyi Ainan Tasneem tidak terkejut dengan tuduhan mendakwa dia bersikap tikam belakang terhadap wakil promoter yang mendapatkan persembahan untuknya gara-gara ingin mengaut keuntungan.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 22, sebaliknya berkata, sejak awal lagi dia sudah menjangkakan berita tersebut akan tersebar dan mengakui mengenali dalang disebalik penyebaran fitnah itu.

"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan berkenaan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.




















Ainan tidak bimbang dengan dakwaan terhadapnya kerana ia tidak benar.



"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi ruang gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dilaporkan berpura-pura pulang selepas mengadakan persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter namun dia sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan.

Ainan dikatakan bertindak sedemikian kerana ingin mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.

Dalam pada itu, Ainan berkata, individu berkenaan yang turut bekerja di sebuah syarikat rakaman menyebarkan cerita berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.

Jelas Ainan, individu berkenaan mempertikaikan tindakan tersebut yang meletakkan syarat sebarang tempahan persembahan perlu melalui pihaknya yang menjadi punca perbalahan di antara mereka.

"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan.



















Penyanyi berusia 22 tahun ini sedang dalam tahun akhir pengajiannya di UniMAP.


Tambah Ainan, dia sedar individu berkenaan bersungguh-sungguh menguruskan tempahan persembahannya kerana ingin mengaut komisen dan tidak ikhlas dalam membantunya.

"Biarpun sedar akan niatnya saya tetap pergi setiap kali ada acara yang diuruskannya dan tidak pernah sesekali mempertikaikan komisen yang diambil walaupun dia pernah terkantoi mengambil 80 peratus daripada pembayaran dibuat penganjur," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ainan berkata, pihak pengurusan atasan menyedari akan masalah yang berlaku  dan individu tersebut  telah pun menukar wakil bagi berurusan dengan pihaknya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata, dia kini sedang sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan hanya akan menerima
pertunjukan pentas sekiranya berkelapangan.

Bagaimanapun pihak syarikat rakamannya telah merancang untuk melancarkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aikee04 29-9-2014 08:01 AM
Pernah gi kursus...bapa dia ni pakar motivasi ...ada 3 mata
Quote putehkundor 29-9-2014 08:22 AM
Sendu jah kan dia ni....
Good luck la dik..
Mak teh tak tau nak komen APA dah
Quote pinkzara 29-9-2014 08:27 AM
aikee04 posted on 29-9-2014 08:01 AM
Pernah gi kursus...bapa dia ni pakar motivasi ...ada 3 mata

satu mata lagi duduk tang mana
Quote annehuda 29-9-2014 09:38 AM
errr ape lagu hits die? sendu sedan jah
Quote cheida_mymee18 29-9-2014 09:56 AM
dia ni retis u tube...
aku follow dia masa dok u tube..
sora dok wat kecik2 haluih..
la ni ska make up tebai2 pelik la...
x make up lg elok...
Quote mitnick 29-9-2014 10:06 AM
kalau dah penah amik komisyen smpi 80% mmg ssh laa org nak percaya lagi... better sheols setel sndri dgn penganjur, urus sendiri duit dapat sendiri....
Quote Dadadi 29-9-2014 10:45 AM
ainan ni dah berbulan-bulan dah...
aku transfer duit kat dia mintak review ig aku..
sampai ke sudah tak review2....choy betul
Quote hanie_z 29-9-2014 10:55 AM
xminat la sheols ni, dah la menjelma dari mane tah..?
pastu nyanyi pun biasa je. patut la xpemes..
Quote Orix 29-9-2014 10:56 AM
Suka lagu dia yg simple. Aku suka diaa..
Quote tomet05 29-9-2014 01:22 PM
tikam belakang bahaya. di haramkan
Quote dewberry 29-9-2014 01:35 PM
lagu senada ja semua...hahahaha...
Quote setokinpurple 29-9-2014 02:02 PM
cheida_mymee18 posted on 29-9-2014 09:56 AM
dia ni retis u tube...
aku follow dia masa dok u tube..
sora dok wat kecik2 haluih..

Memang dia ni suka nau mekap tebal2 tp nampak pelik. Budak2 baru nk naik. Terlampo byk selfie di fesbuk membuatkan aku unlike dia. Rasa kesian tgk laki2 dok komen2 mcm murah sgt.. Dulu2 suka la dia ni
Quote setokinpurple 29-9-2014 02:02 PM
'Malunya, mengapa begini jadinya'
Quote cheida_mymee18 29-9-2014 04:24 PM
setokinpurple posted on 29-9-2014 02:02 PM
Memang dia ni suka nau mekap tebal2 tp nampak pelik. Budak2 baru nk naik. Terlampo byk selfie di f ...

hehe kot ye pon hire la make up artis elok skit..
ini aku tgok mcm mak cik2 kg kluar pekan je dressing ngan make up nya..
sama la.. dulu masa kt u tube minat..
skng ni smua psal dia ku x minat hahaha
Quote katak hijau 29-9-2014 04:57 PM
Masa kat youtube tengok dia mcm cantik betul. Kenapa sekarang.....?
Quote Madel 29-9-2014 05:00 PM
Jumpa dia kat satu konsert anujuran BSN..Ainan ni sgt cantik n humble pada aku..
Punya ramai oeg berebut2 nak bergambar dgn dia., elok je dia layan
Cakap pun lemah lembut...
Quote doubleA 29-9-2014 05:01 PM
bagi iols dia ni biasa2 aje.
dari rupa dan suara utk jadi penyanyi.
semoga bertahan lama la dek non.
rasanya najwa latif lagi berbakat dari sheols
Quote sepitsiput 29-9-2014 05:02 PM
setokinpurple posted on 29-9-2014 02:02 PM
Memang dia ni suka nau mekap tebal2 tp nampak pelik. Budak2 baru nk naik. Terlampo byk selfie di f ...

bukan yg suka mekap tebal tu tasha manshahar?
Quote setokinpurple 29-9-2014 05:57 PM
sepitsiput posted on 29-9-2014 05:02 PM
bukan yg suka mekap tebal tu tasha manshahar?

Tasha mansahar pon sama chuols..tapi tasha ni muka tua, bila mekap tebal nak2 bibior merah menyala tu rasa mcm..err takpelah. Maybe dia rasa sgt lawa. Dengan selfie zoom in penuh skrin henpon

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061705 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top