CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Proton Iriz Rm42,438 Mampu Ke?

29-9-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19468| Komen: 17

Description: Beliau Berkata, Iriz Juga Akan Menjadi Faktor Peningkatkan Jualan Bulanan Proton Yang Sebelum Ini Mencatatkan 16,000 Unit Sebulan Namun Sedikit Menurun Berikutan Beberapa Perkara.
Proton Iriz Rm42,438 Mampu Ke?


Tanjung Malim: Proton Holdings Bhd (Proton) yang sebelum ini menamakan model terbarunya sebagai Proton Compact Car (PCC) akhirnya mengumumkan secara rasmi nama model berkenaan sebagai Iriz dengan tawaran harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Iriz yang mempunyai nilai pelaburan RM560 juta itu dijangka menjadi penyumbang majoriti kepada 160,000 unit jualan keseluruhan model kenderaannya tahun ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod itu dapat dicapai bersandarkan tempahan Iriz sejumlah 17,000 unit sejak ia dibuka kira-kira dua minggu lalu dan penghantaran pertama pada pertengahan Oktober ini.

Beliau berkata, Iriz juga akan menjadi faktor peningkatkan jualan bulanan Proton yang sebelum ini mencatatkan 16,000 unit sebulan namun sedikit menurun berikutan beberapa perkara.

PROTON Iriz ditawarkan dengan harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.


"Iriz adalah model terbaru Proton yang mempunyai ciri terbaik dari segi reka bentuk dan teknologinya serta mendapat pengiktirafan daripada Program Penilaian Kereta Baru Asean (Asean NCAP).


"Malah, dari segi keselamatan juga Iriz mempunyai standard yang tinggi setara dengan kehendak pasaran ekpsort global dan kita percaya ia akan membantu meningkatkan keuntungan syarikat tahun ini," katanya pada pelancaran Iriz di sini, hari ini.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sagoo 25-9-2014 04:40 PM
ok le tu...
Quote hajaryusoff 26-9-2014 04:31 PM
mampu tengok je la...
Quote mofisa 26-9-2014 04:46 PM
feel duduk dalam iriz ni tak macam proton..tu je nak cakap..haha
Quote otai_g 27-9-2014 07:04 AM
at least lebih murah bnyk dr myvi ma... and 5 star ancap...
Quote mattzzx 27-9-2014 01:52 PM
Rasanya harga tu berbaloi dengan spec sebegitu....
Quote lurve82 27-9-2014 08:20 PM
berbaloi je rege tu...
Quote menjad 27-9-2014 08:21 PM
bonet kecik mcm myvi jugak ker nie... bentuk menarik gak
Quote dekmieDandy 29-9-2014 08:19 AM
ford fiesta pon ramai yg mampu, tu belum kire swift lg

Quote bottombikini 29-9-2014 04:34 PM
mofisa posted on 26-9-2014 04:46 PM
feel duduk dalam iriz ni tak macam proton..tu je nak cakap..haha

dah tu rasa duk dalam keta ape?

smlm dah test drive...
Quote mofisa 29-9-2014 05:31 PM
bottombikini posted on 29-9-2014 04:34 PM
dah tu rasa duk dalam keta ape?

smlm dah test drive...

selain proton la..lol
kalo sebelum ni interior proton biase2 je..ini kali laim mcm la sket.
Quote Lagubestbest 30-9-2014 10:08 AM
jimat minyak x?
Quote delcol87 13-10-2014 01:04 PM
siap dgn sport rim TE ke tu?
Quote kuriboh 13-10-2014 01:23 PM
aku suka kereta ini
Quote duniaku85 19-10-2014 10:42 AM
design proton plg lawa setakat ni
Quote ice98 19-10-2014 06:52 PM
canggih weh product proton skarang.
nak start enjin main, flash je remote die, pastu push start button.
harap2 org malaysia bersedia la hadapi kecanggihan teknologi kereta tempatan sekarang. sbb kalau tak pandai, tu yg jadi mudah rosak. pastu ngate la keter proton tak berkualiti. heheh....
Quote dualchicks 20-10-2014 02:26 PM
POC R&D dgn POC end user mmg tak sama...tunggu dah lihat ajelah dahulu sebelum nak memuji menggunung bagai...
Bab harga tuh....aku nak tunggu harga dr Areb plak baper...harap tak kena troll indah dan padan nilainya
Quote im_cyclist 26-10-2014 10:54 PM
Ok kot. Blh lah..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.258160 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top