CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Parkir Hospital Didakwa 'Cekik Darah'

30-9-2014 03:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8672| Komen: 39

Description: "Kami Sudah Mengemukakan Cadangan Itu Dan Masih Dalam Perbincangan Dengan Pihak Ppum. Pihak Kami Akan Menyelesaikan Perkara Ini Secepat Mungkin Bagi Mengurangkan Beban Orang Awam," Katanya Kepada ...
Parkir Hospital Didakwa 'Cekik Darah'

Kuala Lumpur: 'Cekik darah'. Itu gambaran diberikan apabila kadar bayaran parkir milik syarikat Metro Parking di Hospital Perubatan Universiti Malaya (PPUM) didakwa mengenakan caj mahal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang awam.

Rata-rata pengujung turut menganggap kadar bayaran dikenakan pihak pengurusan hospital berkenaan tidak munasabah selain membebankan mereka.

Perkara itu didedahkan seorang pengunjung yang meluahkan kekesalan dan kemarahannya menerusi laman Facebook (FB) dengan menggunakan nama Rusydi Akmal.

Malah status berserta gambar tiket caj parkir yang dimuat naik di FB pada 26 September lalu kini menjadi viral apabila sehingga kini digemari lebih 22,500, mendapat komen lebih 2,200 serta dikongsi lebih 2,300 pengguna laman sosial itu.

Menerusi kenyataan Rusydi, kadar bayaran yang dikenakan tidak masuk akal apabila dia dikenakan caj sebanyak RM23 bagi tempoh 11 jam ketika melawat ayahnya yang dimasukkan ke hospital PPUM.


"Bapa aku sudah 26 hari kat wad…Kalaulah hari itu tinggal kereta 'direct' 26 hari sudah RM1,248. Korang (Hospital PPUM) dah gila ke apa buat duit mcm ni? Ni hospital tahu tak bukannya Pavilion..Sedangkan parking (parkir) kat Hospital Sime Darby, Subang pun kalau tidak silap maksimum charge daily (caj sehari) RM12 je,” katanya menerusi kenyataan itu yang turut dipaut ke laman Facebook, Metro Parking.

Seorang pengguna FB bernama Rosmalina Ramli bersetuju dengan kenyataan Rusydi turut mendakwa bahawa kadar bayaran parkir yang dikenakan sangat mahal terutama bagi golongan tidak berkemampuan yang ingin mendapatkan perkhidmatan hospital berkenaan.

Dalam pada itu, menurut sumber Metro Parking Malaysia Sdn Bhd pihaknya sudah membuat strategi baru bagi menurunkan caj parkir kenderaan di tempat awam di hospital itu.

"Parkir sedia ada kini dikenakan mengikut jam iaitu sejam anggaran kira-kira RM2.00. Pihak kami juga komited untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pengunjung.

"Kami sudah mengemukakan cadangan itu dan masih dalam perbincangan dengan pihak PPUM. Pihak kami akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin bagi mengurangkan beban orang awam," katanya kepada Harian Metro, di sini.

Sementara itu, Pengarah PPUM, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail berkata, pihaknya bersama Metro parking Malaysia Sdn Bhd komited untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi menangani isu berbangkit ini.

"Perbincangan berkaitan masih berjalan dan pertimbangan khususnya bagi menyelesaikan masalah ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira semua faktor yang ada," katanya.


LUAHAN Rusydi di laman FB Metro Parking. FOTO ihsan pembaca



12

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 30-9-2014 02:30 PM


RESIT milik Rusydi didakwa terlalu mahal. FOTO ihsan pembaca
Quote zahralisa 30-9-2014 02:34 PM
tak agak2 betul parking camni.sape pny arahan la yg pandai sgt tu
Quote sekel 30-9-2014 02:36 PM
Metro Parking mmg mcm tu
Quote lavatahubakar 30-9-2014 02:40 PM
tak caj mahal2 camner hamlau2 ni nak kaya..






Quote clarizsa 30-9-2014 02:46 PM
seb baik parking lot kt hospital kulim ni lum kna caj, setalat ni laa... huhu
Quote tentera_laut 30-9-2014 02:48 PM
lavatahubakar posted on 30-9-2014 02:40 PM
tak caj mahal2 camner hamlau2 ni nak kaya..

yaaa..

muka2 management yang tak memikirkan susah senang orang yg sakit..

yang penting kaut untung..

klcc pun x mahal cam ni.
Quote tentera_laut 30-9-2014 02:50 PM
baru aku tu napa org suka parking kat luar ppum tu.. and lepas tu polis traffic saman..

parking dalam kena mahal.. parkin glua rkena saman

sian .. dah la kaum keluarga sakit.. kena peras mcm ni..

hmmmmmmmmmmm
Quote harimau76 30-9-2014 02:50 PM
mahal giler.. tgh mlm pun nak kira.. selalunya ada private parking yg masuk lepas kul 6 flat rate.. nampak sgt mencekik darah nak kaya cpat...
Quote lil_honey 30-9-2014 02:53 PM
patut la ramai parking kat luar tu..buat jem je parking kat luar tu.
cekik darah betul.
Quote lavatahubakar 30-9-2014 02:54 PM
tentera_laut posted on 30-9-2014 02:48 PM
yaaa..

muka2 management yang tak memikirkan susah senang orang yg sakit..

muka chairman cam nak kena seligi je...



Quote eco_internet 30-9-2014 02:57 PM
sepatutnya pukul 6 ptg - 6 pg mesti free la....bukan ada bnyk kete pun...
Quote matchstick 30-9-2014 02:59 PM
yg parking sehari x kan kira jam gak, x patot la..kesian yg parking nk menjaga org sakit tu..org dh dlm kesusahan disusahkn lagi

Quote mjla 30-9-2014 03:00 PM
Bisnes parking pun leh jd kayooo...
Quote TuntungReturn 30-9-2014 03:04 PM
hospital ipoh staf berebut ngn customer bab parking.dr pun xde parkinglol..
Quote tentera_laut 30-9-2014 03:05 PM
lavatahubakar posted on 30-9-2014 02:54 PM
muka chairman cam nak kena seligi je...

aku suka muka director yg 1st tu.. muka happy



for the god sake.. u as director takkan tak boleh do something.. pesakit dah bayar mahal .. parking pun nak caj mahal2?


Quote Jagendas 30-9-2014 03:06 PM
cekik nanah betul
Quote tentera_laut 30-9-2014 03:08 PM
ni aku amek dari blog orang.. masuk hospotal glenglas jalan ampang..


"5. Car parking
Ada banyak dan luas. Nak yang berbumbung, yang dekat, yang jauh semua ada. Senang je dapat parking cuma kena berjalan jauh sket kalau korang lambat sampai. Macam aku masuk lepas pukul 7pm cuma RM3.50 je sempai 7am. Murah sesangat kan.
"

rm 3.50 aje ---- dari 7pm-7am..

PPUM lagi mahal dari gleneglas..

http://www.ciklilyputih.com/2013 ... -di-gleneagles.html
Quote TuntungReturn 30-9-2014 03:16 PM
mne bleh bndingkn ppum ngn glenagles.lol..
Quote fcl29 30-9-2014 03:22 PM
emmmmm... bukan ke... kalo kita melawat pon, kita akn dpt parking rate dr hospital... rm5 je... kene mintak kat kaunter, kat nurse tu...
mula2 aku pon tatau, beberapa jam je dah kene 20hengget... pastu abg kaunter tiket bayar tu pesan next time pi amek resit parking rate kat kaunter nurse...
2-3 hospital aku pegi pon apply jugak... sama la jugak dgn hotel...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.069994 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top