CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sue (saman)lah. Bukan saya jual dadah. Saya meniaga. - DBKL

30-9-2014 06:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7035| Komen: 8

Description: “Dbkl Sering Menerima Aduan Daripada Pengunjung Taman Ini Dan Daripada Penjaja Berlesen Sedia Ada Berkaitan Penjaja-Penjaja Tanpa Lesen Yang Telah Menyebabkan Halangan Di Laluan Pejalan Kaki, Kekotor ...
Pegawai yang bergaduh dengan peniaga hanya pertahankan diri - DBKL



KUALA LUMPUR: Pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang dipaparkan di dalam sebuah video viral bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen, hanya berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya.

Menurut Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa, pihak DBKL sering mendapat tentangan semasa mengambil tindakan penguatkuasaan, tetapi pegawai dan anggota penguatkuasa diarah untuk mematuhi prosedur penguatkuasaan (SOP) yang telah ditetapkan.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh anggota Penguatkuasa DBKL ialah mereka tidak boleh menyentuh tubuh badan orang yang diambil tindakan, kecuali mempertahankan diri.

“Satu lagi SOP ialah sekiranya tindakan itu melibatkan wanita, hanya pegawai wanita dibenar melaksanakannya.

“Pegawai penguatkuasa yang terlibat di dalam insiden pergaduhan ini hanya mempertahankan dirinya.

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian tersebut.


“Kami telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya,” kata Dr Ismail kepada Astro AWANI.

Dr Ismail menambah bahawa penjaja tersebut tidak mempunyai lessen bergerak yang merupakan syarat untuk berniaga di kawasan taman riadah.

“Taman Tasik Permaisuri merupakan salah satu taman rekreasi yang menjadi tumpuan warga kota beriadah dan bersiar-siar terutamanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am. Terdapat sejumlah enam penjaja berlesen beroperasi di lokasi berkenaan.

“Atas permintaan daripada pengunjung yang ramai di taman tersebut, penjaja tanpa lesen mula bertapak sehingga mencecah kepada 19 orang.

“DBKL sering menerima aduan daripada pengunjung taman ini dan daripada penjaja berlesen sedia ada berkaitan penjaja-penjaja tanpa lesen yang telah menyebabkan halangan di laluan pejalan kaki, kekotoran, gangguan ketenteraman serta menggunakan kemudahan tempat letak kereta untuk beroperasi.

“DBKL telah kerap kali mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja tanpa lesen ini. Sepanjang Januari hingga Ogos 2014 sahaja, sebanyak 38 notis untuk menjaja tanpa lesen telah dikeluarkan dan telah menyita 36 penjaja tidak berlesen,” katanya.

Video pergaduhan di Taman Tasik Permaisuri itu menjadi viral baru-baru ini dan menjadi topik perbualan di laman media sosial.

Video itu pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL mendekati gerai penjaja yang menjual minuman itu, dan menyatakan hasrat untuk menyita gerai tersebut.

Seorang pegawai penguatkuasa dilihat cuba memegang tangan peniaga tersebut namun ditepis beberapa kali.

Peniaga tersebut mulai berang dan meninggikan suara apabila rayuannya tidak diendahkan pegawai penguatkuasa terbabit.

“Saya pun cakap elok-elok. Jangan angkat. Sue (saman)lah. Bukan saja jual dadah. Saya meniaga.

“Ini barang niaga lah. Kau nak buat apa benda-benda ni semua.”

Pergelutan kemudiannya berlaku apabila peniaga itu bertindak menolak pegawai berkenaan yang cuba menghalangnya daripada meneruskan perniagaannya.

Beberapa pegawai DBKL dan peniaga lain cuba meleraikan kedua-dua wanita itu, namun, pergelutan berterusan sehingga kedua-dua tudung wanita yang bergelut itu terlucut.

Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=830766&extra=&page=7

10

Bagus
21

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote raxief 5-10-2014 09:33 AM
siapa suruh ko jual milo (minuman company penyokong israel yg mana sesiapa yg beli, jual, minum dilaknat oleh para pemboikot meleis & jihad wannabe meleis semasa kempen boikot)..

makcik tau x milo yg makcik jual tu menyumbang kepada pembangunan senjata canggih tentera isroil zionis untuk membunuh umat islam palestin? takbirrrrrrrr
Quote garyura 4-10-2014 10:01 AM
kenapa indon yg dok berniaga bersepah tanpa lesen tak g serbu pun?walaupun dlm kes ni mnemang peniaga tu yg salah dan terlebih emosional
Quote ntah_sape 2-10-2014 02:55 PM
org berniaga pon x boleh.. byk karenah itu ini... klu dia jd pencuri ka apa cmna..
Quote babypureen 2-10-2014 11:40 AM
siape yg tak pernah apply lesen nie mmglah sedap korang bercakap.........cer korang apply, baru korang tahu betapa susahnya nak dapatkan lesen meniaga kat dalam KL ni.....
Quote tempur 2-10-2014 07:01 AM
Agak agak kalau minta dapatkan lesen..cakap boleh la..mcm la mudah nak dpt lesen tu... cuba apply nak tau..
Quote Lagubestbest 1-10-2014 09:14 PM
Tak sampai seratus pun lesen..
Quote ana_w_houb 1-10-2014 03:03 PM
sesuai la dgn peniaga tu.x reti hormat orang.peniaga lain elok je bayar lesen kau nak culas la? aku tgk kat tempat aku ni makcik meniaga nasik lemak tepi jalan pun tau pakai lesen
Quote helmeita 1-10-2014 08:38 AM
perh dahsyat nya...... ikut saluran lah berniaga.... memang payah nak ambik lesen niaga .. kena g kursus,,... ambik suntikan... hem... mungkin penyebab ramai yg ambik jalan pintas

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034118 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top