CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kes sosilawati: Adakah mereka akan digantung ?

23-5-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2219| Komen: 0

Description: Bebas atau gantung sampai mati? Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa m . ...


Bebas atau gantung sampai mati?

Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan pada  akhir kes pembelaan itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan selama tiga hari pada 14, 15 dan 21 Mac lalu.

Perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari.

Seramai 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang meliputi tempoh dua tahun. Selain itu, 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 22, Matan, 23, dan Kathavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam  Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042692 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top