CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haji Jalil Tompang Hasilkan 1000 Keria Secara Manual

1-10-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7997| Komen: 23

Description: "Terdapat Teknik Khas Untuk Memastikan Gula Melaka Menyaluti Setiap Biji Kuih. Kaedahnya Ialah Menggaul Kuih Mengikut Pusingan Jam Sebanyak 360 Darjah.





SEJAM sebelum warung Keria Haji Jalil dibuka, kelihatan barisan para peminat  tegar kuih tersebut berkumpul di hadapan warung milik Jalil Tompang, 70, di  Limbongan, Melaka.

Suasana itu bukanlah asing bagi Jalil yang hampir separuh dekad mengusahakan  perniagaan kuih keria yang disira dengan gula Melaka.
Penangan keenakan keria yang lebih dikenali dengan jolokan kuih keria  antarabangsa Haji Jalil itu sering menjadi sebutan penduduk setempat dan di luar  Melaka.

Memulakan operasi dari pukul 2 hingga 6 petang setiap hari, Jalil mampu  menghasilkan 1,000 biji kuih keria sehari menggunakan tangan tanpa bantuan  mesin.

Siapa sangka pada usia senja, Jalil juga merupakan individu yang  bertanggungjawab menghasilkan kuih keria tersebut bermula daripada proses  mengupas, merebus, menguli campuran tepung dan ubi keledek, menggoreng dan  menyira.

Sejak perniagaan Jalil bermula daripada sebuah gerai kecil berdekatan  rumahnya yang kemudian berkembang kepada warung rutin hariannya tidak pernah  berubah.

"Setiap hari saya bangun pada pukul 4 pagi memulakan proses mengupas keledek,  merebus dan menguli sehingga kuih siap disira.

"Saya perlu pastikan sebelum pukul 1 petang, kuih sudah sedia untuk dijual  kerana pada waktu itu pelanggan sudah mula menunggu," katanya.

Bermula dari pukul 4 pagi hingga 1 petang, Jalil menghabiskan masa di dapur  sekitar 10 jam. Kemudian proses jualan kuih akan diselia oleh menantunya, Noor  Azura Baba, 29.

Bagi memastikan bekalan ubi keledek mencukupi, Jalil tidak bergantung pada  satu sumber sahaja. Beliau mendapatkan bekalan tersebut daripada pembekal di  Perlis, Perak dan Cameron Highlands di Pahang selain Melaka.

Setiap minggu sebanyak 600 kilogram (kg) sehingga satu tan ubi keledek  dihantar ke stor simpanannya. Dalam tempoh dua hari, Jalil memerlukan kira-kira  300kg yang mampu menghasilkan sehingga 2,000 biji kuih keria.

Oleh kerana keenakan kuih keria Haji Jalil bergantung kepada gabungan 90  peratus ubi keledek dan 10 peratus tepung gandum, cabaran utama Jalil ialah  menyediakan stok kuih keria yang mencukupi.

"Kesemua 600kg hingga satu tan ubi keledek itu akan digunakan dalam tempoh  seminggu sahaja. Saya perlu memastikan kesegaran ubi keledek kerana ia elemen  utama keenakan kuih keria ini.

"Ubi keledek yang kurang segar, akan diasingkan. Malah setiap ubi keledek  hanya akan dikupas pada hari kuih tersebut akan dijual mengikut kapasiti yang  diperlukan," katanya.

Menurut Jalil, beliau tidak pernah terfikir dapat membesarkan anaknya hasil  pendapatan kuih keria semata-mata.

Sering melakukan pelbagai pekerjaan, Jalil sudah terbiasa memulakan kehidupan  seawal pukul 4 pagi.

Sebelum menjual kuih keria, Jalil pernah bergelar nelayan, tukang, memotong  rumput dan melakukan pelbagai kerja kampung untuk menyara enam anaknya.

Akhirnya, dia tekad ke ibu kota, Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan baharu  demi menyara keluarga dengan mengharapkan pendapatan yang lumayan.

Jalil pernah bekerja di sebuah kilang di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur  namun dia hanya bertahan beberapa bulan sebelum pulang semula ke kampung halaman  kerana peristiwa 13 Mei 1969.

Buntu memikirkan tanggungjawab yang terpikul di atas bahunya, selepas solat  Asar beliau termenung di beranda sambil ibunya menghidangkan kuih keria.

"Kuih keria yang dihidangkan ibu itulah yang mencetuskan ilham kepada saya  untuk menjual produk yang serupa. Sejak itu saya sering terperap di dapur  melihat ibu membuat kuih keria. Seminggu selepas itu saya memberanikan diri  menjual kuih keria di hadapan rumah," jelasnya.

Bermula dengan 20 biji, Jalil menambah produksi pada minggu berikutnya 20  biji, sehinggalah setiap hari saya mampu menjual 100 biji kuih pada harga 5 sen  sebiji," tuturnya.

Ramadan
Kuih keria bersaiz sebesar tapak tangan bayi itu merupakan saiz yang sama  dijual sekitar tahun 1960-an. Seiring dengan peredaran zaman, kuih itu kini  dijual pada harga 50 sen sebiji.

Keempukan ubi keledek dan sira gula Melaka merupakan rahsia Jalil  mempertahankan perniagaannya.

Sehinggakan ada pelanggannya yang sanggup datang dari Kuala Lumpur  semata-mata untuk menikmati kuih keria tersebut. Katanya, hidangan kuih keria  itu sedap dinikmati bersama teh O panas.


JALIL memperoleh resipi kuih keria daripada ibunya.

Bulan Ramadan ialah tempoh yang mencabar kerana Jalil perlu menyediakan  sehingga 2,000 biji kuih keria hampir setiap hari.

Ia melibatkan tempahan masjid berdekatan, juadah berbuka puasa dan majlis  tahlil di sekitar daerah itu. Jalil menjelaskan, kira-kira 1,000 biji kuih habis  dijual dalam tempoh kira-kira dua jam.

Bagaimanapun, adat berniaga, dalam hari tertentu dia terpaksa menanggung  kerugian. Bagi Jalil, semua itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya malah  menganggap ia peluang untuknya bersedekah.

"Jika jualan kuih keria tidak habis, saya sedekahkan di masjid, rumah anak  yatim dan tahfiz serta jiran tetangga.

"Kami pernah gagal menjual kira-kira 700 kuih keria. Saya berpesan pada  menantu supaya tidak simpan atau jual semula kuih tersebut. Sebaliknya  sedekahkannya," tutur Jalil.

Bagi meneruskan legasi kuih kerianya, Jalil sering berpesan kepada anak  lelakinya untuk membawa pulang calon menantu yang mampu menguli kuih keria.  Beliau mahu resipi itu mampu menolong anak cucunya suatu hari nanti.

"Selain memastikan resipi ini menjadi turun temurun keluarga, saya yakin kuih  keria ini mampu menjadi punca pendapatan mereka," jelasnya.

Noor Azura, menantu sulung Jalil memberitahu tentang syarat yang ditetapkan  bapa mertuanya sebelum berkahwin dengan suaminya.

Menceritakan pengalaman tersebut, Noor Azura tertawa kecil tatkala mengimbau  kenangan tersebut.

"Sukar untuk membuat kuih keria ini. Bayangkan sehari beratus kilogram ubi  digunakan dengan campuran tepung gandum yang minimum.

"Cabarannya adalah ketika menggentel kuih untuk mendapatkan bentuk yang  betul," katanya.

Bergurau
Noor Azura berkata, kali pertama bertemu dengan bapa mertuanya, soalan  pertama yang diajukan sama ada dia tahu membuat kuih ataupun tidak.

"Pada mulanya saya terfikir bapa sekadar bergurau. Tetapi nadanya sangat  serius. Kuih pertama yang terpacul dari mulutnya ialah kuih keria.

"Lucu bila diingat kembali. Bapa pernah berkata, saya tidak boleh menjadi  sebahagian daripada menantu Haji Jalil jika tidak tahu menguli kuih keria,"  ceritanya sambil sesekali tersipu malu.

Selepas 10 tahun bersama keluarga Jalil, kini Noor Azura antara individu yang  dipercayai untuk menguli kuih keria.

JALIL memulakan tugas seharian seawal pukul 4 pagi.

Walaupun sudah lama bersama Jalil menjual kuih tersebut, proses menyira kuih  tetap diserahkan kepada bapa mertuanya. Hal ini kerana proses menguli amat sukar  kerana ia melibatkan tempoh masa dan teknik khas.

"Satu kuali hanya mampu memuatkan kira-kira 300 biji kuih melibatkan tempoh  masa 45 minit sama ada menggoreng dan menyira gula Melaka.
"Terdapat teknik khas untuk memastikan gula Melaka menyaluti setiap biji  kuih. Kaedahnya ialah menggaul kuih mengikut pusingan jam sebanyak 360  darjah.

"Ia dilakukan selang 10 minit. Jika terlalu lama, gula akan cepat mengeras  dan dikhuatiri menjejaskan keempukan kuih," jelasnya.

Tambahnya, sehingga kini hanya Jalil yang arif mengenai keadaan kuih apabila  ia sedia untuk diadun bersama gula Melaka. Pemerhatian itu berdasarkan warna  kuning keemasan kuih, kepekatan gula Melaka dan warna perang gula tersebut.  Sementara itu, Nurul Asyiqin Sobri, 25, berasal dari Kuala Lumpur sanggup  berkunjung ke warung Jalil untuk kali kedua selepas gagal merasai sendiri kuih  keria tersebut kira-kira tiga bulan lalu.
Katanya, dia mendapat maklumat mengenai warung itu melalui kenalan yang  pernah merasai kuih itu ketika bercuti di Melaka.

"Warnanya yang coklat keperangan sudah cukup membuka selera. Ia sedap  dinikmati ketika minum petang bersama secawan teh O panas," kata kakitangan  swasta itu ketika dtemui.

8

Bagus
15

Marah
2

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tepisket.. 30-9-2014 04:27 PM
Sedapnya! Bulan puasa selalu tunggu. Dapat y panas2.. Limbongan memang byk kedai jual kuih keria dan laksa... nyum2!
Quote bellaa 30-9-2014 04:54 PM
mcm kuih telinga keling bile dah salut dgn gula melaka

Quote sueism 30-9-2014 04:57 PM
Ada lagi satu kuih yg bentuk keria tapi macam hitam sikit dark borwn
Tak tau nama memang sedap .
Quote hanamunir 30-9-2014 05:34 PM
sedap nya...
kawan bawa balik dari melaka hari tu,
still terasa lagi sedap nye kuih ni..
Quote ninjago 30-9-2014 06:04 PM
aaahhh..sedapnya kuih keria panas2
Quote AHMADVW 30-9-2014 06:05 PM



masyukk
Quote CrowneGlory 30-9-2014 06:12 PM
Nmpk sedap.. Tp tang hygiene mcm ngeri skit
Quote buragazz 30-9-2014 06:12 PM
alamak... Masuk gak Hj. ni punya keria... memang superb weiii..
Quote ice_sky92 30-9-2014 06:23 PM
Telinga keling
Quote shernazz 30-9-2014 06:44 PM
Sian.plak keling asik kene makan je telinga dia
Quote Modngengade 30-9-2014 06:53 PM
Sedapnyer..biasa mkn yg bersira gula pasir...
Quote Modngengade 30-9-2014 06:55 PM
ice_sky92 posted on 30-9-2014 06:23 PM
Telinga keling

X sama kot...kuih keria guna keledek...telinga keling tepung dgn gula perang
Quote mak_wa95 30-9-2014 07:12 PM
perghhhh atas tapak tangan tu...
tu yang sedap...
Quote drivethru 30-9-2014 07:13 PM
Kuih keria dia ni mmg sedap. Tapi xde lah sampai org beratur sebelum kedai bukak. Mgkn yg tunggu tu org luar sbb x tahu waktu operasi. Aku kalo g melaka mmg singgah beli kat sini. Tapi x pernah pun beratur dan tgk org beratur.
Quote nurul_akmar 30-9-2014 07:53 PM
kuih keria antara yang fav
Quote crankshaft 30-9-2014 09:14 PM
Oh ini yang anak buah aku sebut...Donut Melayu.........nak sebut keria tak reti....

Kahkshkah
Quote magnus 30-9-2014 09:24 PM
Ai panggil kuih tayar...sedap..tp gula sira tu elok dikurangkan...
Quote cemolot 30-9-2014 09:32 PM
hari tu pergi melaka, google2 tempat menarik and kuih keria antarabangsa ni antara yang top 5!

memang sedap!

-Klebang Coconut Shake
-Keropok Lekor sebelah coconut shake
-Kuih Keria Antarabangsa

Trio mantap area Klebang!


and now i am craving for this pakcik's kuih keria
Quote batmana 30-9-2014 09:33 PM
patutnya anak2 dia bantula paknye majukn sket perusahaan ni, ni smpai dulang nk berkarat lak aku tgk..

amik contohla peniaga2 bangse cina, jual roti sndiri, kdai buruk, lepas anaknye abis blja dpt keje, majukn sket kedai tu, smpai jadi besar, bole bli rumah kedai, ada pekerja, anak tahan tk kawin smpai umo 30 lbih nk tlong mak pak dlu, psl tau derangla susah payah nk bagi dia hidup.

ni rata2 kdai melayu, mak pak berniaga smpai reput..apatah anaknye buat..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.073996 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top