CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Mahathir Tegur Kerajaan Naikkan Harga Petrol, Diesel

2-10-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4865| Komen: 10

Description: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (Kpdnkk) Hari Ini Mengumumkan Subsidi Petrol Ron95 Dan Diesel Dikurangkan Sebanyak 20 Sen Seliter, Berkuat Kuasa 12.01 Pagi, 2 Oktober 2 ...
MAHATHIR TEGUR KERAJAAN NAIKKAN HARGA PETROL, DIESEL


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.

"Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.

Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.

"Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.


Berikutan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=832448

21

Bagus
15

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote boyagombak 6-10-2014 07:23 AM
Che Det tegur alJibby naikkan harga minyak so dh sampai masanya alJibby diturunkan
Quote makciksapeah 4-10-2014 04:35 PM
Dr M mana ade twitter. @suaragenerasi tu bukan under DrM..
Quote garyura 4-10-2014 09:41 AM
Br1m kebaikan hanya untuk segelintir masyarakat, tp subsidi minyak semua rakyat merasa....lepas ni golongan sederhana hanya guna br1m hanya untuk menampung kenaikan harga barang je la...kalau betul nak bantu rakyat miskin nape tak guna jabatan kebajikan dan bantuan zakat....gaji minima rm350 dah tak sesuai jd syarat penerima bantuan zaman skg....
Quote onnabila 4-10-2014 07:17 AM
alasan kenaikan minyak yg diberi langsung tak boleh diterima akal. Takkan la hanya kerana subsidi minyak turut diguna oleh orang yang berada, subsidi diturunkan.
Quote bunuhdiri 3-10-2014 09:23 PM
putput: tak pa...BN sedang dalam proses bunuh diri
betul tu. najib ni pemikiran dia kolot. otak dia memang bodoh.

teringin nak login lepas ko sebut bunuh diri.
Quote putput 3-10-2014 04:12 PM
tak pa, BN dalam proses Bunuh diri..
Quote putput 3-10-2014 04:12 PM
tak pa...BN sedang dalam proses bunuh diri
Quote ElmoRed 3-10-2014 02:31 PM
minyak naik, semua naik minyak
Quote rainbowrainz 3-10-2014 08:24 AM
Saya setuju ngan dr m...
Quote helmeita 2-10-2014 12:05 PM
betoi betoi.. tok det jg yg bijak

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.041015 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top