CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikus Di Longgokan Sayur - Aeon Big !

2-10-2014 12:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7185| Komen: 18

Description: Kenyataan Yang Dipetik Daripada Akaun Facebook Pelanggan Itu Mendakwa, Kakitangan Pasar Raya Itu Juga Kelihatan Tidak Terkejut Ketika Diberitahu Mengetahui Penemuan Haiwan Itu Malah Tidak Meminta Maaf ...
Pasar Raya Aeon Big Siasat Dakwaan Tikus Di Longgokan Sayur


SHAH ALAM – Pasar raya Aeon Big sedang menyiasat penyebaran sekeping gambar di Facebook yang menunjukkan terdapat tikus pada longgokan sayur di pasar raya itu.

Menurut sumber Aeon Big, pasar raya itu sedang mengambil langkah perlu untuk menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini adalah perkara yang jarang berlaku dan kami sedang menyiasatnya selain mengambil langkah akan diambil bagi memastikan ia tidak berulang.

“Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan, saya tidak boleh komen panjang dan sebarang tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh pihak pengurusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beberapa hari lalu, laman sosial Facebook dan blog kecoh apabila seorang pelanggan pasar raya Aeon Big di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara merakamkan gambar seekor tikus yang dikatakan ditemui di sebalik timbunan sayur di pasar raya itu.

Kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook pelanggan itu mendakwa, kakitangan pasar raya itu juga kelihatan tidak terkejut ketika diberitahu mengetahui penemuan haiwan itu malah tidak meminta maaf kepadanya.

“Saya telah mendesak seorang pekerja di situ untuk memanggil pengurus. Sebaliknya pekerja berkenaan hanya meminta seorang wanita yang bekerja di kaunter penimbang untuk memeriksanya,” katanya menerusi status Facebook beliau.

Gambar yang dimuat naik pada 29 September lalu itu telah dikongsi sebanyak 8,300 kali.

10

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 2-10-2014 09:59 AM
Mne gambar tikus. .. ?
Quote amyainsamad 2-10-2014 09:59 AM
siasat....pastu senyap
Quote myakayina 2-10-2014 10:05 AM
ada pic nya tak?
Quote lululun 2-10-2014 10:25 AM
gambor kat thread sebelah.
Quote lululun 2-10-2014 10:26 AM


try letak gambor... jadi ke tak? jeng jeng jeng
Quote lululun 2-10-2014 10:26 AM
hahaha jadi!!! tahniah utk diri sendiri. credit gambor thread sebelah ye
Quote Yume 2-10-2014 10:28 AM
Yume pernah nampak tikus remeja kat tesco kajang dibhgian makanan2 tin..waktu tu pergi ngan jiran2...x sempat nak sambar  kamera fon dlm beg time tu... terjerit we all huhuhu
Quote Badut.Sarkas 2-10-2014 10:36 AM
beli sayur dapat tikus percuma! ni la promosi terbaru AEON Big..
Quote mamasaffiya 2-10-2014 10:39 AM
Yume posted on 2-10-2014 10:28 AM
Yume pernah nampak tikus remeja kat tesco kajang dibhgian makanan2 tin..waktu tu pergi ngan jiran2.. ...

samalah .. pernah gak nampak tikus kat Tesco kajang
Quote Yume 2-10-2014 10:47 AM
mamasaffiya posted on 2-10-2014 10:39 AM
samalah .. pernah gak nampak tikus kat Tesco kajang

Kesimpulannya dimana2 mall terkemuka, besar or kecik waima kedai runcit kat rumah kita ni pun depa ni kena ambil langkah pencegahan awal dari dok mintak kat org awam bukti2 ..sbb x sempat pun kan kak nak ambil pic bagai tu sbb bila kita bertembung dgn mak iti ni dia terkejut, kita terkejut menonong je dia trus menghilang...
Quote penari 2-10-2014 11:06 AM
tikus cepat membiak...bukan species terancam mcm rimau
Quote Yume 2-10-2014 11:10 AM
Mohon kementerian kesihatan buat pantauan juga terhadap kedai2  runcit ini selain hanya tertumpu dikedai2 makan ...
Quote iloveyou 2-10-2014 02:21 PM
kt mid valley ni, tikus smpai ke wayang perginya .. siap gigit ibu jari kaki chinese lg
Quote Al-Patih 3-10-2014 05:21 AM
revolusi_30 posted on 2-10-2014 09:59 AM
Mne gambar tikus. .. ?

dah jadi lauk kot....
Quote Al-Patih 3-10-2014 05:23 AM
[Tempatan] GEMPAR: Siti Di Jumpai Bawah Timbunan Broccoli !

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=832250
Quote xyhxxy 4-4-2017 11:38 AM
mostly mmg byk tikus kat pasaraya area KL ni... Eeee geli geleman...
Quote Artemesiaa 4-4-2017 11:49 AM
Kebanyakan pasaraya kat Malaysia ni bergitu le keadaannya bab kebersihan memang nampak agak kurang.  Nampak macam tak ada petugas yang ditugaskan utk nak periksa barang2 tu sama ada dalam keadaan baik atau tak.  Bila rak atau sesuatu section tu dah kosong main tambah letak gitu je.  Tu sebab benda2 cam ni terjadi, belum lagi bab sayur yang dah cair atau rosak pun masih disitu.  Kadang benda dah bercedawan atau tamat tarikh luput pun masih ada diruang display.
Quote surwanis 4-4-2017 01:22 PM
comel tikusnye

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.331921 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top