CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Rozita Che Wan Bersedia Anak Berlakon Iklan

2-10-2014 04:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 49889| Komen: 292

Description: Rozita Atau Lebih Dikenali Sebagai Che Ta, 41, Berkata, Dia Tidak Mempunyai Masalah Untuk Mendedahkan Anaknya Di Bidang Seni Dari Awal Lagi Kerana Menyifatkan Ia Satu Rezeki Simpanan Masa Depan.
Rozita Che Wan Bersedia Anak Berlakon Iklan



KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang ingin mengambil bayi perempuannya yang dijangka bakal dilahirkan November ini untuk terlibat dalam sebarang aktiviti periklanan.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan anaknya di bidang seni dari awal lagi kerana menyifatkan ia satu rezeki simpanan masa depan.

"Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang berkaitan bidang seni.

"Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera atau tidak," katanya.



Rozita ditemui pada majlis pelancaran program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di restoran Marmalade, Bangsar Village 2, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Rozita berkata,dia teruja menantikan kelahiran anaknya dan sudah pun membuat segala persiapan buat bayi yang bakal lahir itu.


Rozita tampak anggun walaupun sedang sarat mengandung. RAJA FAISAL HISHAN/The Star


"Saya harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum bersalin nanti saya juga akan mengamalkan minum air bunga akar Fatimah. Ia bertujuan bagi memudahkan proses kelahiran nanti," ujarnya.


Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Mengenai program realiti Pureen  Chak Chak Che Ta & Zain, ia bakal bersiaran bermula 1 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104).

Program itu memaparkan perubahan fasa hidupan Rozita dan Zain dalam persediaan menimang cahaya mata.

"Tengoklah nanti gelagat kami dalam membuat persiapan menantikan kelahiran anak.

"Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula," selorohnya.

Pada pelancaran Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, turut hadir Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengurus Besar Summit Company (Malaysia) Sdn Bhd, L.H Ong.



Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 1-10-2014 10:26 AM
rezeki anak
Quote somtam 1-10-2014 10:29 AM
41 tahun tu betul ke? hahaha . Mcm dari dulu 41 tak begerak2
Quote hanie_z 1-10-2014 10:34 AM
retis kan..
kawen dapat taja, beranak pun dapat taja. patut ramai nak jadi retis sekarang...?
ye dokkk..????
Quote JohnDeSouza 1-10-2014 10:38 AM
nampak tembam dah rozita ni
Quote arira_arora 1-10-2014 10:39 AM
comel je... mustilah zain teruja.. first time dpt baby kot..
Quote lizaliza 1-10-2014 11:03 AM
nati la anak lahir dulu kak ta...
jgn seronok lelebih
Quote salmeah 1-10-2014 11:05 AM
Ni lagi satu spesis shawal
Quote mewo 1-10-2014 11:06 AM
Untung cik ta..

Quote pakupayung21 1-10-2014 11:09 AM
ape2 hal kasi anak tuh kluar dulu laa..baru la cite lelebey..
Quote mijaa 1-10-2014 11:16 AM
urat tangan che ta tu
Quote Suchi 1-10-2014 11:19 AM
ank sheols mesti putih selepuk rambut ade perang2 skit

ank mix comel lerr idung sah2 mancung terletak
bibir mungil cam maknya
ade lesung pipit.

tp ade gak kes mak pak dedua segak tp ank biasa2 je
nak2 ank yg jenis tak bambam, jenis kecil kurus pnjg.. mata lak sepet rambut jarang plak atau payah nk tumbuh
kalo baby lelaki tahan lg lah
ni gegirl maka mak pun gigih pkaikn tudung kt ank walo kecik lg..
nk wat cemana rambut jenis lmbt tumbuh nnt tumbuh juga jgn risau..
tp mmg comey baby yg rambut lebat, blm setahun rambut hitam tebal boleh buh sepit bagai.

tp betul lah kbykkn bby yg comel gebus gebas mak pak dorang biasa2 je tp ank geram sgt tgk, bakal kacak/cantik di masa hadapan gituh.
Quote prettymanja 1-10-2014 11:26 AM
mijaa posted on 1-10-2014 11:16 AM
urat tangan che ta tu

tang muke ley botox segala tp tgn & leher xley nak tipu2 , nmpaj jertu nye du situ.. huhu
Quote mijaa 1-10-2014 11:54 AM
prettymanja posted on 1-10-2014 11:26 AM
tang muke ley botox segala tp tgn & leher xley nak tipu2 , nmpaj jertu nye du situ.. huhu

terserlah kertunya di situ
Quote kucing_gebu 1-10-2014 11:54 AM
somtam posted on 1-10-2014 10:29 AM
41 tahun tu betul ke? hahaha . Mcm dari dulu 41 tak begerak2

kira betul je la....terima la hakikat umor kita xblh stop2 mcm dia..
Quote miss_qasehs 1-10-2014 11:56 AM
bg la branak dulu..pastu baru la ckp lebih2....
Quote Jagendas 1-10-2014 11:57 AM
kasi teran dulu
Quote somtam 1-10-2014 11:57 AM
kucing_gebu posted on 1-10-2014 11:54 AM
kira betul je la....terima la hakikat umor kita xblh stop2 mcm dia..

hahahahaha! kaaeeiin
Quote alieyrina 1-10-2014 12:17 PM
Mesti dasat persiapan...dahla brg suma dr paris london milan nyc..nyc ok..bukan prc...
Quote poppybee 1-10-2014 12:55 PM
che ta spesis terancm n rare..rare tang umur tak pernah jadi 42/43/44/45 dan nombor2 seterusnya..

Lihat semua komen(292)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.089740 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top