CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Puteri Sarah Nafi Syamsul Adalah Suami Yang Baran

2-10-2014 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21851| Komen: 84

Description: "Bekerja Di Butik Membuka Minda Saya Untuk Menghasilkan Rekaan Sendiri. Impian Ini Juga Turut Disokong Suami.
Puteri Sarah Nafi Syamsul Adalah Suami Yang Baran


USIA perkahwinannya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof baru mencecah usia enam bulan.

Namun, jelas terpancar seri kebahagiaan di wajah bekas pelakon yang juga bekas model sambilan ini ketika bertemunya di majlis pelancaran buku Variasi Stail Hijab di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.

Mengakui usia perkahwinan bukan penentu kebahagiaan rumah tangga, empunya nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini memberitahu, dia bersyukur mempunyai suami seperti Syamsul.

Katanya, meskipun orang melihat Syamsul seorang yang tegas dan baran, namun ia hanya sewaktu dia bekerja sahaja.

"Dia tegas bila perlu, dia bukan jenis yang tiba-tiba nak marah. Tetapi jika berkaitan dengan kerja, dia memang serius," katanya.

Jelas Puteri Sarah, Syamsul juga sangat menitik beratkan penampilan dan tata tertibnya sebagai seorang isteri.

"Dia memang menjaga keperibadian saya, apa sahaja yang saya lakukan perlu mendapat persetujuan dan baik di matanya ," akuinya mereka hanya bercinta selepas nikah.



Berbicara mengenai keguguran yang dialami Ramadan lalu, jelasnya, dia sentiasa positif terhadap perkara itu.

"Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan mengandung lagi. Lagipun perkara ini bukan saya sahaja yang menghadapinya," katanya tidak mengehadkan berapa ramai anak yang dianugerahkan kepadanya dan Syamsul.

Tinggal lakonan demi rumah tangga

Keputusan meninggalkan dunia lakonan bukanlah sesuatu yang berat bagi pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie ini.

Akui Puteri Sarah, ketika mengambil keputusan tersebut, dia sebenarnya berasa sangat lega kerana kehidupannya kini jauh lebih baik.

"Saya bukanlah graduan dalam bidang seni atau mana-mana bidang berkaitan, kerana itu saya tidak berasa rugi meninggalkan dunia lakonan.

"Apabila menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon, suami adalah orang yang paling gembira. Malah dia menyokong sepenuhnya keputusan saya," ujar wanita berusia 28 tahun ini.

Tambahnya, berhenti berlakon juga merupakan peluang untuk dia meluangkan masa yang ada kepada suami dan keluarga.

"Syamsul seorang yang gila kerja, bayangkan jika saya masih berlakon, jadual yang tidak menentu pasti mendatangkan masalah kepada rumah tangga kami.

"Sekurang-kurangnya kini, selepas waktu bekerja, saya akan pulang ke rumah dan menunggu suami sahaja," katanya kini bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah butik di Kuala Lumpur.

Menurut Puteri Sarah, kesibukannya dengan tugas baru juga antara faktor dia dengan mudahnya melupakan bidang lakonan.

"Bekerja di butik membuka minda saya untuk menghasilkan rekaan sendiri. Impian ini juga turut disokong suami.

"Dengan bantuannya, saya sudah mempunyai enam rekaan sendiri di bawah label Shara by Puteri Sarah.

"Walaupun baru sahaja beroperasi secara online minggu lalu namun, sambutan diterima agak memberangsangkan, lagipun suami bertanggungjawab membantu mempromosikan rekaan saya ini," katanya Syamsul adalah tulang belakang kepada perniagaan jubah Muslimah rekaannya itu.

Tambahnya, rekaan yang dihasilkan juga mementingkan ciri-ciri seorang Muslimah.

"Yang penting ia tidak melekap di badan. Saya juga menggunakan material yang sesuai untuk cuaca di Malaysia," katanya jubah tersebut turut direka untuk ibu yang menyusukan anak.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 1-10-2014 10:19 AM
Ok..nexttt
Quote mie07 1-10-2014 10:32 AM
bagus la begitu.............gak
Quote Leeen82 1-10-2014 10:36 AM
Alhamdullilah...
jaga rumahtangga lagi bagus dr terus berlakon...
Quote hanie_z 1-10-2014 10:36 AM
Laki dah kaya, dok umah je la.
Xpayah la nak berlakon sangat, wat tambah dosa je..
Quote faraRosales 1-10-2014 10:41 AM
so baran ke x ? wartawan ni bg tjuk len bole x ? psl bran skit jek pon .. ske bg headline yg negatif
Quote setokinpurple 1-10-2014 10:45 AM
Tajuk mengingatkan DD kena tampo
Quote cantleyi 1-10-2014 10:48 AM
hurm..tengok keadaan luaran shooll2 ni cem baran jek
ke die cover is coberina
Quote makneng 1-10-2014 11:16 AM
ooo nak citer pasal butik je sebenarnya..pasal baran tu mukadimah jek
Quote Ferr_Remy 1-10-2014 11:17 AM
truknyer edit photoshop gambar sarah tu.. pakai paint ker?
Quote smeetasmitten 1-10-2014 11:38 AM
mana tgn sebelah lagi?
Quote Suchi 1-10-2014 11:55 AM
cantleyi posted on 1-10-2014 10:48 AM
hurm..tengok keadaan luaran shooll2 ni cem baran jek
ke die cover is coberina

walo dia nmpk mcm baran
tp dlm hati dia mcm nmpk taman munge indah mewangi selamanyaaa
tak nmpk cerek air mendidih pun..
Quote hemoh2 1-10-2014 12:30 PM
bagus lah sarah...tumpu pd family yeee
Quote caplimau 1-10-2014 01:21 PM
bagus.. buat keje yg xde related ngn hiburan lg..
ni la dikatakan jage btl rumahtangga..
xde la kuar masalah laki marah sbb peluk2,
laki jeles sbb ckp ngn jantan len ape sume..
Quote faraRosales 1-10-2014 01:24 PM
Ferr_Remy posted on 1-10-2014 11:17 AM
truknyer edit photoshop gambar sarah tu.. pakai paint ker?

HAHAHAHA ..

klako klako

Quote doubleA 1-10-2014 02:06 PM
Ferr_Remy posted on 1-10-2014 11:17 AM
truknyer edit photoshop gambar sarah tu.. pakai paint ker?


macam di crop cut and paste pun ada.
pakai power point kot
Quote arira_arora 1-10-2014 02:30 PM
i rase btol kot c syamsul ni baran dlm set.. i tingat waktu fafau buat panggilan hangit kt  c syamsul ni..
polite je die jwb even tk kenal makcik tu konon2 nyer...
nk buat event tk silap time tu yg fafau kenakan..
Quote mijaa 1-10-2014 02:36 PM
ok la tu, semoga menjadi isteri yg solehah
Quote jula7 1-10-2014 02:39 PM
sungguhlaaaaaa...nexttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!
Quote schababe 1-10-2014 02:41 PM
love them

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.101881 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top