CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

JAIS dan PDRM Disaman Kerana Tangkap Khalwat

16-10-2014 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18313| Komen: 127

Description: “Namun Apabila Saya Buka Pintu Saya Ditolak Hingga Muka Tersembam Atas Lantai, Mereka Mengari Dan Memukul Saya, Ia Menyebabkan Bibir Saya Pecah Dan Muka Bercalar Dan Bengkak, Kemudian Saya Dipukul La ...
Jais, PDRM disaman RM1 juta 



Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan.

Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.

Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.

“Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya,” katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat.”Menurut Hashim, walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang.

“Saya langsung tidak diberi peluang menjelaskan keadaan, ketika itu memang saya bersama dengan kawan perempuan saya (kini bekas isteri) dalam rumah tapi kami tidak bersekedudukan, dia dalam bilik dan saya di ruang tamu,” katanya.

Menurut Hashim, kawan perempuannya itu yang merupakan seorang mualaf cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi berjaya ditangkap penguatkuasa Jais.

“Ketika itu saya masih enggan membuka pintu namun saya lihat kawan perempuan saya digari dan dibawa di hadapan pintu rumah, baru saya buka pintu.

“Namun apabila saya buka pintu saya ditolak hingga muka tersembam atas lantai, mereka mengari dan memukul saya, ia menyebabkan bibir saya pecah dan muka bercalar dan bengkak, kemudian saya dipukul lagi dan dipijak malah kepala saya turut dihentak dengan benda keras.

“Dalam keadaan bergari saya ditolak hingga menyebabkan kepala saya terhantuk ke bucu meja kaca.

“Tidak cukup dengan itu ketika menaiki jip, kaki saya dikat dengan getah paip,” katanya.

Menurut Hashim, beliau mempunyai laporan perubatan daripada hospital mengesahkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Dalam laporan perubatan itu, doktor mengesahkan saya dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Plastik, Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan kecederaan.

“Saya juga disahkan mengalami ‘Post Traumatic Disorder’ hingga menyebabkan saya tertekan dan kehilangan kerja,” katanya. 


3

Bagus
6

Marah

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakmanentah 16-10-2014 08:29 AM
hek elennnnn...dah duduk dlm 1 umah dgn bukan muhrim lg nak ngaku xbersalah...xberkhalwat konon


yg kena pukul tu rekaan ke betul ntah
Quote wajaman 16-10-2014 08:32 AM
"walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang"---->bodo




khalwat tak semesti kena berzina....duk berdua2an dalam satu tempat tu pn da dikira khalwat..belajor agama kt mana brader nie?
Quote mommymonster82 16-10-2014 08:34 AM
Bukn bersekedudukan..tp duk sebumbung..

Yg jbtan agama pon 1 hal..ko gi tangkp yg duk dlm rumah.. yg berpeluk comolot tgh khalayak ramai xkena cekup lak?
Quote mrsav 16-10-2014 08:34 AM
dh buat salah nk saman2 org pulak..muka x malu betollll..
Quote Jagendas 16-10-2014 08:37 AM
sudah kantoi mau cover lagi
Quote xtahumenahu 16-10-2014 08:37 AM
da bangang camni harap kalah lerr...
nak sejuta kemainnn
Quote gaara_X 16-10-2014 08:39 AM
siap duit ler.....kang dah kena....
Quote Psychedelia 16-10-2014 08:40 AM
Takkan la penguatkuasa tu nak bertindak ganas kalo brader ni tak mulakan dulu..

mesti dia ada cubaan melarikan diri or mengeluarkan kata2 kesat smpi diorg terpaksa buat macam tu..

Quote leylapple 16-10-2014 08:43 AM
saman la...

and aku nak tgk sapa loyer bangang nak melakukan pendakwaan tu..
Quote khailya 16-10-2014 08:47 AM
ape2 pun.. tindakan die duk berduan dengan kawan perempuan die tu tetap salah..
Quote AyamHutanJantan 16-10-2014 08:52 AM
dalam pemerintahan saidina abu bakar, saidina abu bakar pernah ditegur oleh seorang lelaki yang sedang khalwat jangan mengintai tingkap rumah orang. lalu saidina abu bakar pulang.
Quote Badut.Sarkas 16-10-2014 08:54 AM
saman je.. part berkhalwat tu memang dia salah, tapi part JAIS bertindak macam IS / Taliban tu pun salah gak..
Quote huJanBaTu 16-10-2014 08:55 AM
gigih smpi tendang pintu dan mendatangkan vandalisme dah kenapa?
Quote huJanBaTu 16-10-2014 08:55 AM
setuju saman !
Quote blackred99 16-10-2014 08:59 AM
mentang2 ejen hartanah, nak disamannya pulak. dah mmg berkhalwat, berkhalwat tu bukan berzina bang.
Quote TanSriJess 16-10-2014 09:02 AM
kenapa kalau ada kes berdua duaan jantan betina dlm kereta 8 jam dr JB ke Kangar malam2 buta tidak plak kena charge khalwat?

Quote TuntungReturn 16-10-2014 09:04 AM
TanSriJess posted on 16-10-2014 09:02 AM
kenapa kalau ada kes berdua duaan jantan betina dlm kereta 8 jam dr JB ke Kangar malam2 buta tidak p ...

sama seperi adengan peluk dlm filem.knp x kena??
Quote TanSriJess 16-10-2014 09:05 AM
setuju jer saman

si penagkap pengklawatan jabatan agama nak ugut bebudak rempit/bohsia boleh la

skali gertak diaorg dh diam..sbb takut.

kali nih bertemu buku dgn ruas baru tahu

bkn nk pertahankan "kesalahan khalwat" mereka

tp cara nak tahan pun kena ikut peraturan lah

jgn lagak samseng sesuci murni
Quote lindarafee 16-10-2014 09:05 AM
tapi kenapa insiden 2006, sekarang baru nak saman???? musykil sangat.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067689 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top