CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami Eksekutif TV9 menangis rindukan anak

16-10-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 53557| Komen: 246

Description: Suasana Mahkamah Tinggi Shah Alam hiba sebaik Norazman Bashah Ahmad Azam, 33, yang didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza Jaafar, 31, dua tahun lalu menangis melepa ...
Kes Bunuh Syaleza



SHAH ALAM - Suasana Mahkamah Tinggi Shah Alam hiba sebaik Norazman Bashah Ahmad Azam, 33, yang didakwa membunuh isterinya, Nur Syaleza Jaafar, 31, dua tahun lalu menangis melepaskan kerinduan terhadap anak tunggalnya yang berusia empat tahun. Selesai prosiding Norazman Bashah yang ketika itu diiringi keluar oleh anggota polis dipeluk ibunya sebelum melulut serta mencium anaknya. Suasana sayu itu disaksikan oleh anggota keluarga kedua-dua pihak  yang turut mengalir air.

Mereka hadir pada hari pertama perbicaraan kes bunuh Nur Syaleza yang juga merupakan Eksekutif Pentadbiran TV9. Semasa prosiding mahkamah dimaklumkan bahawa Norazman Bashah menunjukkan kepada saksi pendakwaan kelima, Sarjan S Manivannan, tempat si mati dibaringkan. Manivanan berkata, dia tiba di rumah tersebut bersama dua lagi anggota Unit Operasi dan Pencegahan Jenayah di Saujana Damansara, dekat sini jam 10 malam pada 28 Julai 2012.

“Mayat Nur Syaleza dibaringkan di atas tilam  di ruang tamu serta diselimutkan. Saya lihat seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sekitar dua tahun menangis di tepi pintu,”katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati terdapat kesan pintu bilik dipecahkan dan keadaan di dalam berselerak selain itu almari solek dalam keadaan terjatuh namun cerminya tidak pecah.

“Saya tanya kepadanya kenapa ada dua helai kain cadar, namun Norazman Bashah memberitahu dia telah memotong kain tersebut semasa menurunkan si mati,” katanya.

Beliau juga turut dimaklumkan oleh tertuduh kain simpul yang diikat di atas kipas sudah dibuka sewaktu menurunkan mayat isterinya.

“Saya bertanya beberapa kali kenapa dia membuka sampul kain di kipas, tapi tertuduh enggan menjawab,” katanya.

Manivanan yang bertugas di bahagian Operasi dan Pencegahan Jenayah Balai Polis Sg Buloh turut membuat pemeriksaan ke atas mayat Nur Syaleza dan mendapati terdapat kesan lebam di leher.

“Setelah selesai tugas sekitar jam 11.30 malam saya dan dua anggota menghantar mayat ke Hospital Sg Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.

Sementara itu, Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sg Buloh, Dr Shahidan Md Noor, 55, memberitahu hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat tersebut adalah disebabkan asfiksia.

“Asfiksia berlaku apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mayat, terdapat beberapa kecederaan luaran antaranya jalur merah putih pada bahagian depan leher mangsa selain buih darah di mulut dan hidung mangsa.

“Terdapat juga kesan lebam di atas dahi, buku lali dan keting.

Bedah siasat yang dijalankan jam 10.30 pagi pada 29 Julai turut mendapati terdapat kesan pendarahan bintik-bintik pada struktur leher.

“Saluran pernafasannya banyak buih halus,” katanya.

Norazman Bashah didakwa membunuh isterinya di kediamannya di Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai 2012. Bekas Eksekutif  Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Shahrizan Abdul Manan dan Muhammad Fadhli Sutris dilantik sebagai peguam bela untuk kes tersebut. Prosiding di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman ditangguhkan dan disambung semula esok.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mie07 16-10-2014 08:11 AM
.........................................
Quote kenarihitam 16-10-2014 08:11 AM
Kesian kt ank kecil tu.huhuhhu
Quote haryatie 16-10-2014 08:20 AM
x rasa nk kesian kat si bapak tu..
masa ko nk mmbunuh x ingat kesian kat ank/mangsa..
kesian kat ank tu jerk..
Quote melzal 16-10-2014 08:23 AM
Terpikir jgk...kalu nmpk org tergantung kita selamatkn org dulu ke...atau buang masa buka simpulan ikatan tu dulu
Quote kenarikelabu 16-10-2014 08:38 AM
Aduiyaiii...sian kt anak kecil tuh sok
Quote mommymonster82 16-10-2014 08:42 AM
Dah panik mcm2 boleh jadi...
Quote Jagendas 16-10-2014 08:44 AM
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org beriman
Quote nazsh 16-10-2014 08:46 AM
Baru nk nyesal kut..masa gila btina tk ingat dunia..
Quote leylapple 16-10-2014 08:47 AM
kenarikelabu posted on 16-10-2014 08:38 AM
Aduiyaiii...sian kt anak kecil tuh sok

kesian...

trauma tgk mak dibunuh oleh bapak depan mata sendiri...
Quote zwaty 16-10-2014 08:49 AM
sbelum ko mnggis...anak ko dh pnat mnggis cari ibunya....
Quote asyriqa 16-10-2014 08:53 AM
sekarang baru ko rasa rindu n nangis meraung bagai...dah tak guna mat ooiii... masa ko  bunuh maknye dulu ada ko ingat ni seme... celaka sangat jantan nih...
Quote ibu_haritz 16-10-2014 08:55 AM
kesian kat anak...menangis tepi pintu...
Quote iman_aly 16-10-2014 09:01 AM
kesian adik kecik tuu..
Quote mekya 16-10-2014 09:04 AM
rasa mcm baru je lagi rupa2nya 2tahun dah.. kejap betul masa berlalu..

sedihnya.. sian kat si anak...
Quote kejoraria 16-10-2014 09:07 AM
masa bunuh wife tak pikir....pastu skrg nk menangis konon tgk anak....eiii klau ko syg anak ko buat apa ko bunuh ibu kepada anak ko tu....klau yer pun ko tak syg....ceraikan ajalah.....ko gi bunuh buat per....tak kesian ker kat anak ko tu kecik2 lg dah jd anak yatim....elok ko tu yg mati...bukan mak budak tu!!!
Quote huJanBaTu 16-10-2014 09:07 AM
berdasarkan bacaan akak yg bimbo -- adekah si suami melaporkan seolah2 isteri bunuh diri?
Quote EJALTI 16-10-2014 09:13 AM
Kesian kat anak

Semoga maknya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman........
Quote poyohabis 16-10-2014 09:17 AM
Tu la org laki ni bila bini ada bukan nak ambik kisah... Di tendang, dipukul, disepak, di bunuh... X ingat bini tu Mak pd anak2 dia... Bila dah kene sumbat dlm penjara baru la teringat itu teringat ini...nasi dah jd bubur... Ko duk je la dlm penjara meliwat n diliwat x pyh nak fkr anak ke apa ke...
Quote pichee 16-10-2014 09:20 AM
huJanBaTu posted on 16-10-2014 09:07 AM
berdasarkan bacaan akak yg bimbo -- adekah si suami melaporkan seolah2 isteri bunuh diri?

aah...die nk reka cite konon bini die ni bunuh diri..pastu report polis..

pas post moterm bru tau kne bunuh..dr kesan jerutan tu..

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.071217 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top