CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Sejadah 1Malaysia, 1Parti diedar ke surau2

25-9-2012 09:11 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4013| Komen: 17

Description: KUALA LUMPUR:Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam mengganggu penduduk ketika solat. D ...
KUALA LUMPUR:Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam mengganggu penduduk ketika solat.

Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma.


Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah.

Kesal dengan kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, pihaknya turut melaporkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.


“Kita kesal apa yang dibuat Nong Chik. Kalau pun mahu dapat sokongan, jangan terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau.

“Kita tidak halang mereka mahu beri sumbangan, tapi jangan sehingga boleh mengganggu jemaah solat,” katanya ketika dihubungi.

Abdullah berkata, dengan melekatkan logo tersebut, tidak semestinya boleh memberikan sokongan kepada Nong Chik kerana rakyat tidak menilainya dari segi itu.

“Kita juga ada sumbang telekung kepada surau-surau sekitar Lembah Pantai, tapi tidaklah cetak logo KEADILAN untuk dilekatkan.

“Daripada apa yang saya tahu, tidak semua surau menggunakannya, tapi ada yang terpaksa guna jika jemaah ramai. Setiap surau difahamkan didermakan 10 hingga 20 sejadah,” ujarnya.

Semalam, Nong Chik menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 25-9-2012 09:06 AM
Quote haruslah 25-9-2012 09:08 AM
pasni sume nak dilekatkan 1mesia/umno/bn/parti lain.....adehhhh la....kalu bleh dlm solat pon nak sebut 1 mesia gamaknye....
Quote dino 25-9-2012 09:19 AM
ntah apa2.... klau sumbangan ikhlas.... org yg derma tu rahsiakan la diri tu..... lawak tul.... nampak sgt tak ikhlas
Quote solstice 25-9-2012 09:19 AM
Patung kuil cap 1Malaysia x de ker?
Quote aku_tetap_aku 25-9-2012 09:21 AM
dah terdesak sgt nampaknya...
Quote kecimpret 25-9-2012 09:22 AM
ohhh puhlezzzzzzz...pung pang pung pang surau masjid tak leh jd tpt berpolitik..last2 dorang yg buat

Quote jfq 25-9-2012 09:23 AM
Kemaruknya
Quote DAYANG07 25-9-2012 09:26 AM
derma ada makna ni
Quote mallcop 25-9-2012 09:27 AM
R2D2 posted on 25-9-2012 09:06 AM

Umngok derma mana ikhlas! Kalau derma mesti nak ambik gambar & bagitau satu dunia! Tengok gaya sah2 derma tak ikhlas!
Quote iza_yuss 25-9-2012 09:32 AM
kehkehkehkeh

x ikhlas giloss....

pelekat tu kat atas ke? semoga jemaah solat mendoakan kesejahteraan ke? isk isk isk

~~stupidity memang hak milik puak2 ni......wakakakaka
Quote susano 25-9-2012 09:33 AM
berat sgt dh smpai buh kat dpn tu..kalu ya pn nk buh letak la belah blkg....adooii...lg nmpk tak matang politik umno BN nih....
Quote R2D2 25-9-2012 09:33 AM
ada lagi sticker yg tertinggal...MASA UTK MEMBALAS BUDI
Quote zamirra 25-9-2012 09:34 AM
dia nak bagitau semua org bahawa sejadah tu hasil sumbangan dia…siap nama penuh siot…
agak2 la kalau nak bersedekah…perlu ke nak heboh sana sini…
aparaaaa!
Quote freebird 25-9-2012 09:35 AM
orang nak solat pun tak khusyuk....asik ternampak wajah lembu.....
Quote hee_young 25-9-2012 09:35 AM
motip: semoga doa jemaah yg beliau bleh menang pru13 nnt akn dimakbulkan..
Quote TUKANGKEBUN 25-9-2012 09:35 AM
mana TV 3 suku & Utosan Meloye

x nak wat liputan 3 hari 100 mlm ke
Quote RedDevils 25-9-2012 09:38 AM
Sorry, sila buka di Bod Local Politik.

Aku sound open ni, karang ada orang sentap kata aku humban thread kutuk PAS/DAP/PKR aja...akai ada ka...
So biar aku buat benda terang terang..bahawa bukan thread kutuk Nik ajiz, kutuk PAS aja aku humban/locked, manakala thread kutuk Najib, kutuk UMNO aku biarkan kat bod CI.

TQ


Last edited by RedDevils on 25-9-2012 09:39 AM

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.086210 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top