CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Khairy Jamaluddin Kesal Jadi Mangsa Fitnah

17-10-2014 11:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5162| Komen: 19

Description: Baru-Baru Ini, Sebuah Artikel Disiarkan Mendakwa Khairy Kononnya Kecewa Dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Yang Dikatakan Terdesak Seperti Menginginkan Sesuatu Untuk Ahli Keluargany ...
Khairy Jamaluddin Kesal Jadi Mangsa Fitnah



        
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal menjadi sasaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang dikatakan cuba menjejaskan nama baiknya dengan menyebar artikel berunsur fitnah terhadap dirinya.

Menerusi laman Facebooknya, beliau bertegas akan membuat laporan polis terhadap artikel palsu tersebut.

“Saya amat kesal dengan mereka yang menyerang saya tentang artikel ini tanpa usul periksa atau sebarang usaha untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya artikel ini. Saya tidak pernah buat kenyataan tersebut terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegasnya.

Baru-baru ini, sebuah artikel disiarkan mendakwa Khairy kononnya kecewa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan terdesak seperti menginginkan sesuatu untuk ahli keluarganya.

Menerusi artikel tersebut juga, Khairy turut didakwa membidas Perdana Menteri keempat itu yang seolah-olah menegur BN dengan menggunakan saluran salah.

Artikel bertajuk ‘Dr Mahathir seperti orang terdesak’ yang disiar pada September itu tidak mempunyai nama penulis, tidak dimiliki oleh mana-mana portal dan tidak mempunyai pautan rujukan.

Menurut Khairy, artikel meniru penulisan laporan seperti tulisan berita portal.

“Dalam politik ada kawan, ada musuh. Kita tidak boleh harap semua suka atau menyokong kita. Tetapi dalam kita memusuhi orang, agak-agak lah sikit cara kita berpolitik.

“Takkan sampai sanggup buat fitnah macam ini. Kalau nak lawan, lawan dengan hujah. Lawan dengan tindakan demi rakyat. Tak payah nak main politik sampah macam ini,” katanya.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berusjamban 17-10-2014 08:06 AM
page saya sayang tun dr mahathir selalu bash KJ ni... meluat lak aku tgk page tu kenkadang sbb admin dia bangang and emo sikit pastu suke upkan mukhriz...
Quote AHMADVW 17-10-2014 08:08 AM
nasib lu menantu paklah haderi
Quote AyamHutanJantan 17-10-2014 08:40 AM
aku tunjuk ang ang tunjuk aku itulah politik
Quote mbhcsf 17-10-2014 08:44 AM
Wow, KJ used my word 'sampah' ke? Interesting.
Quote mat@bronok 17-10-2014 09:35 AM
kj suci & murni, takleh nak kondem anak menantu abah ni...

[fbv]10152730630974887[/fbv]
Quote kecimpret 17-10-2014 11:21 PM
berusjamban posted on 17-10-2014 08:06 AM
page saya sayang tun dr mahathir selalu bash KJ ni... meluat lak aku tgk page tu kenkadang sbb admin ...

page tu mmg fanatik Tun M..kira kalo Tun M kata lipas tu bagus utk dimakan pun dorang caya
Quote sabbath_shalom 17-10-2014 11:25 PM
kecimpret posted on 17-10-2014 11:21 PM
page tu mmg fanatik Tun M..kira kalo Tun M kata lipas tu bagus utk dimakan pun dorang caya

Penyokong Najib percaya kangkung turun harga.

@Anak_Nogori
Quote winterwhite39 17-10-2014 11:35 PM
saman jela
Quote dani-rox 17-10-2014 11:43 PM
bertabahlah abam KJ
Quote AYAKAISHI_AYASY 19-10-2014 03:58 PM
Bagi aku laa..
KJ nie macam menteri generasi baharu yang membawa gaya politik baru..
N ahli politik lain cam x bleh terima gaya baru tu..
Quote rainbowrainz 20-10-2014 01:15 AM
politik sampah
Quote rosasa 20-10-2014 08:15 AM
kesian KJ dipitenah , bakal pm tu








Quote devilito2 20-10-2014 08:20 AM
tanda dunia akhir zaman....
Quote crossfire 20-10-2014 08:22 AM
mana ada fitnah KJ, masa kempen PRU12 Rembau memang dah terbukti, begitu juga masa kempen Ketua Pemuda..... walau baik sekalipun , bakal PM konon, yg buruk tetap akan diungkit....
Quote AHMADVW 20-10-2014 08:24 AM
ni semuo salah maya karin
Quote ElmoRed 20-10-2014 12:16 PM
jangan marah abam kj...hahhahahah
Quote DayangKirana 20-10-2014 12:22 PM
sian abam KJ jadi mangsa pitenah.. tak baik tauuu..
Quote tupaiterbang 20-10-2014 12:41 PM
lek lu abam kj,
mcm tak bisa lak..
Quote R2D2 20-10-2014 12:42 PM
kalau KJ baca Utusan
lagi hebat penangan tu!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.353741 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top