CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Lelaki Tolak Isteri Patah Balik Gilis Kepala

17-10-2014 04:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13277| Komen: 75

Description: Hanya Kerana Pertengkaran Kecil Di Dalam Kereta, Seorang Wanita Warga Emas Berusia 61 Tahun, Maut Dalam Keadaan Mengerikan Di Tengah Jalan. Bukan Sahaja Ditolak Keluar Dari Kereta, Suaminya Yang Beran ...
Lelaki Tolak Isteri Patah Balik Gilis Kepala

Gambar hiasan

Sarikei : Hanya kerana pertengkaran kecil di dalam kereta, seorang wanita warga emas berusia 61 tahun, maut dalam keadaan mengerikan di tengah jalan. Bukan sahaja ditolak keluar dari kereta, suaminya yang berang berpatah balik dan menggilis kepala mangsa yang sedang dalam kesakitan tanpa belas kasihan.

Kejadian berlaku dalam jam 7.30 malam, apabila mereka pulang dari rumah rakan mereka. Dalam perjalanan pulang mereka bertengkar tanpa diketahui apa puncanya. Suami yang berusia 60 tahun naik berang lalu memberhentikan kereta di jambatan Sungai Mekam. 


Lalu dia menolak isterinya keluar dari kereta dan berlalu pergi. Tidak cukup dengan itu, beberapa minit kemudian, die berpatah balik dan menggilis kepala mangsa yang sedang terbaring kesakitan. Suspek kemudian pergi semula ke rumah rakannya dan apabila ditanya di mana isterinya, dia hanya berdiam diri.

Mayat mangsa kemudiannya dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan mengerikan dan berlumuran darah. Polis dimaklumkan oleh orang awam tiba di tempat kejadian dan mendapati mangsa cedera parah dikepala dan kesan gilis di telinga. 


Mayat di bawa ke hospital Sarikei untuk dibedah siasat.

Suami mangsa di tahan untuk siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

3

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 16-10-2014 05:50 PM
melayu sunni ??
Quote cupu 16-10-2014 05:51 PM
Ni betul ke?

Amboi...da tua2 pun kemain ganas bergaduh..
Innalillah.
Quote sapp73 16-10-2014 05:55 PM
kejamnya...tak pasal pasal nnt habiskan umur tua dipenjara
Quote asyriqa 16-10-2014 05:58 PM
buang tebiat nak mati gamaknya orang tua celaka nih... manusia ke syaitan nih... hishhh...
Quote mak_wa95 16-10-2014 05:59 PM
giler,bangang..

marah sampai macm tu sekali...dah tua kutt..




  xpe,bini yang dok layan ko makan minum dah mati,sekarang warden penjara pula layan..
hmmmm macmnaa pun kooo juga untunggggg..
Quote intriQue 16-10-2014 06:02 PM
Dah tua2 pun baran tak abiss....
Quote poyohabis 16-10-2014 06:05 PM
asyriqa posted on 16-10-2014 05:58 PM
buang tebiat nak mati gamaknya orang tua celaka nih... manusia ke syaitan nih... hishhh...

Ye kot dah buang tabiat.. Arwah atok aku dl pon 3 bulan sebelum meninggal buang tabiat x penah dipukul nenek aku tah knp dia pukul sampai nenek aku lari selamatkan diri dgn bengkak2 semua.. Dah mcm nak bercerai.. X lm lps tu atok aku meninggal.. Pdhal arwah atok aku kumain syg gila ke nenek aku yg berdarah arab idung mancung terpacak putih melepak berbanding gan diri dia hitam,gemuk n pendek...
Quote enchikfitz 16-10-2014 06:11 PM
Mak aih...marah sungguh
Quote batmana 16-10-2014 06:17 PM
Dia sakit jiwa kot
Quote encikWawad 16-10-2014 06:32 PM
entah apa la dibertengkarkan ituuu
kemain marah sampai terasuk seitonnn
Quote lavasirapsusu 16-10-2014 06:37 PM
poyohabis posted on 16-10-2014 06:05 PM
Ye kot dah buang tabiat.. Arwah atok aku dl pon 3 bulan sebelum meninggal buang tabiat x penah dip ...

dah arwah dah...doakanjerla yg baik2..

apa punyer cucu daaaa....



Quote auntieagony 16-10-2014 06:40 PM
Tragisnya berita....

Di usia emas selepas bertahun2 hidup bersama (auntie agaknya), camni pengakhiran kehidupan si isteri & si suami... Soooo sad...

Mungkin... mungkin suami dah hilang kesabaran dan pertimbangan waras. Mungkin di waktu senja, sesudah maghrib dihasut syaitanirrajim. Mungkin suami mmg baran orgnya.... Mungkin arwah isteri sentuh topik yg amat sensitif bagi suami. Wallahualam.

Teringat satu doa yg agak relevan... Ya Allah, akhirilah umur kami dgn kesudahan yg baik dan jgnlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dgn kesudahan yg tidak baik.... Ameen....
Quote PICes_Boy 16-10-2014 06:42 PM
mak aih...ganaznyer...
Quote CrowneGlory 16-10-2014 06:45 PM
Dah lama kot perangai baran macam ni...
Quote lavasirapsusu 16-10-2014 06:46 PM
auntieagony posted on 16-10-2014 06:40 PM
Tragisnya berita....

Di usia emas selepas bertahun2 hidup bersama (auntie agaknya), camni pengakh ...

ya allah....matikanlah auntie ni disaat dia tgh sujud di masjid di saf yg paling depan area muslimah..

ameen.






Quote menjad 16-10-2014 06:48 PM
dah lama pendam kot...
Quote auntieagony 16-10-2014 06:49 PM
lavasirapsusu posted on 16-10-2014 06:46 PM
ya allah....matikanlah auntie ni disaat dia tgh sujud di masjid di saf yg paling depan area muslim ...

Ameen...

Thanks Lava... Mcm tau2 jer isi hati auntie... Tambah sikit jer lagi.... Lokasi : di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.... Cikgu kata doa tu lebih elok jika lebih spesifik.
Quote lavasirapsusu 16-10-2014 06:51 PM
auntieagony posted on 16-10-2014 06:49 PM
Ameen...

Thanks Lava... Mcm tau2 jer isi hati auntie... Tambah sikit jer lagi.... Lokasi : di M ...

nak tambah doa..??....boleh tarak hal

upah dia pizza regular satu...hawaii chicken.








Quote mbhcsf 16-10-2014 07:12 PM
kenapa lelaki bila kahwin suke bunuh isteri ?

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.072942 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top