CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

70 Peratus Golongan Muflis Adalah Lelaki

20-10-2014 03:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4545| Komen: 33

Description: Belia Berkata, Berdasarkan Data Jabatan Insolvensi Dari 2007 Hingga Jun Lalu, Seramai 36, 104 Individu Diisytiharkan Bankrap Iaitu 26 Peratus Akibat Gagal Membayar Ansuran Kenderaan, 17.9 Peratus (Per ...
70 Peratus Golongan Muflis Adalah Lelaki


Johor Bahru: Gara-gara gagal melangsaikan pinjaman kereta, perumahan dan peribadi dikenalpasti sebagai sebab lebih 70 peratus golongan lelaki di negara ini diisytiharkan muflis berbanding kaum wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, lebih membimbangkan majoritinya terdiri daripada golongan belia dan sehingga Jun lalu, lebih 7,191 belia berusia dari 25 hingga 44 tahun sudah difailkan muflis.

Belia berkata, berdasarkan data Jabatan Insolvensi dari 2007 hingga Jun lalu, seramai 36, 104 individu diisytiharkan bankrap iaitu 26 peratus akibat gagal membayar ansuran kenderaan, 17.9 peratus (perumahan) dan 16 peratus (pinjaman peribadi).

"Golongan lelaki dikenalpasti sebagai kelompok yang paling besar diisytiharkan muflis dan daripada jumlah itu kaum belia mencatatkan peningkatkan membimbangkan apabila sehingga Jun lalu seramai 7,191 individu diisytiharkan bankrap.

"Kaum belia berusia dari 35 hingga 44 tahun adalah paling ramai diisyhtiharkan muflis iaitu 4,121 orang berbanding 2,491 orang (dari 25 hingga 34 tahun) dan 579 orang (bawah 25 tahun).

"Kerajaan memandang berat mengenai isu ini kerana ada kes di mana terdapat golongan mahasiswa yang belum bekerja tetapi mempunyai kad kredit selain ada kes di mana mereka sanggup meminjam dengan along untuk melangsaikan hutang dengan bank, ini tidak betul," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Memperkasa Informasi Generasi Muda di Auditorium Kompleks Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika di sini, hari ini.

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 19-10-2014 05:24 PM
wooowwwww..belum ada pekerjaaan bank luluskan permohonan kad kredit...under table ke?..
Quote cadarblogsot 19-10-2014 05:27 PM
Wow..
Quote jengkoil 19-10-2014 05:30 PM
Adakah 70% lelaki (tulen tak tulen blkg cite).
30% wanita?
Quote vespa_oren 19-10-2014 05:32 PM
Syukur slip gaji masih hersih tanpa potongan mana2 setakat ini
Quote rawahah 19-10-2014 05:40 PM
gaji seribu dua, duduk bandor besor, nak tekel awek punya pasal, beli kereta besor.. maunya tak muflis..

belum kira yg merokok lagi.. abis 5 6 ratus kat rokok je..

yg kaki superbike toksah cakap la..

keje malas.. realiti
Quote Tok_Batin 19-10-2014 05:48 PM
Tajuk confusing

70% daripada lelaki Malaysia muflis ? (RAMAINYA!!! JUTA JUTA BEB)
atau 70% daripada mereka yang muflis adalah golongan lelaki
Quote R2D2 19-10-2014 05:53 PM
Tok_Batin posted on 19-10-2014 05:48 PM
Tajuk confusing

70% daripada lelaki Malaysia muflis ? (RAMAINYA!!! JUTA JUTA BEB)

aku copy paste tajuk asal suratkhabar
nanti aku edit

Quote freebird 19-10-2014 05:56 PM
macam tak betul je....ni dari otosan meloya ke??

dah baca balik...

sepatutnya,

70% daripada yang muflis adalah lelaki....

logik lah...dalam sesuatu keluarga, yang beli rumah, buat personal loan, banyak yang lelaki... Last edited by freebird on 19-10-2014 06:04 PM

Quote aechae 19-10-2014 06:31 PM
dlm 70% tu plak brapa % yg muflis sbb perabis duit kt pmpuan? tolong lah, klu pompuan jenis mengikis, tggalkn je lah....
Quote noor2 19-10-2014 06:33 PM
so..ini kes bior papa asal bergaya la ya....tak mampu tapi kehendak besor...

Quote noor2 19-10-2014 06:34 PM
Anak_Nogori posted on 19-10-2014 05:24 PM
wooowwwww..belum ada pekerjaaan bank luluskan permohonan kad kredit...under table ke?..

i tak dak satu pun kad kredit pakcik....

Quote nikaido 19-10-2014 07:29 PM
lelaki muflis sebab nak pikat/tanggung perempuan
Quote Anak_Nogori 20-10-2014 12:27 AM
noor2 posted on 19-10-2014 06:34 PM
i tak dak satu pun kad kredit pakcik....

Pak cik ada...tapi guna utk melancung je....selain tu guna cash atau debit card.
Quote bambimo 20-10-2014 12:35 AM
Mahu nyer tak muflis...
Nk ikut keinginan perempuan..
"abg nk rumah cm kwn kt opis..hb dia beli semiD..abg...raya ni tukar perabot..abg..keta dh kecik ler..beli alpard lah..abg poh kong ada kuar rantai design baru boleh melaram utk raya"


Quote mbhcsf 20-10-2014 12:42 AM
Macam mane yg ada credit cards ...tapi belum keje? Mak pak dia punya ka ?impossible...sebab itu atas kapasiti mak ayah dia....

Quote mbhcsf 20-10-2014 12:44 AM
Apa punca ye....
Quote crankshaft 20-10-2014 12:49 AM
Muflis didunia masih ada peluang to be FREE again...Tapi kalau dah MUFLIS ketika mengadapNYA...there is no turning back.......



Quote spiderman80 20-10-2014 12:50 AM
Apa nak heran? Dah lelaki ditakdirkan menjadi ketua rumah, mestilah muflis adalah tinggi.
Quote Anak_Nogori 20-10-2014 12:54 AM
mbhcsf posted on 20-10-2014 12:44 AM
Apa punca ye....

Itu yg I tengah binggong fikirkan tu...kalau day kerja kan syarat gaji lebih Dari 2k...no tak kerja.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.180159 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top