CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Peminat Kecam & Tegur Ira Mohd Amin(Dj Erafm) Buka Tudung

20-10-2014 04:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24995| Komen: 107

Description: Pelik Juga Murai Batu Kerana Semua Sedia Maklum Ira Memang Sudah Mula Bertudung Sejak Ramadan Baru-Baru Ini Tetapi Mengapa Dia Tidak Bertudung Pula Ketika Keluar Bersama Nana.
Peminat Kecam & Tegur Ira Mohd Amin(Dj Erafm) Buka Tudung


Peminat Kecam & Tegur Ira Mohd Amin Buka Tudung  

KL, 16 OKT 2014: Terkejut Murai Batu apabila tiba-tiba ternampak Nana Mahzan memuat naik foto kawan baiknya yang merupakan penyampai radio Era iaitu Ira Mohd Amin di Instagram tanpa bertudung.

Murai Batu tertanya-tanya adakah itu foto lama atau throwbackmereka tetapi ternyata tidak dan foto itu diambil sewaktu mereka keluar bersama siang tadi.


Pelik juga Murai Batu kerana semua sedia maklum Ira memang sudah mula bertudung sejak Ramadan baru-baru ini tetapi mengapa dia tidak bertudung pula ketika keluar bersama Nana.

Berikut merupakan foto yang dimuatnaik Nana:


Murai Batu tidak tahu sama ada ianya dimuat naik atas persetujuan Ira atau tidak tapi yang pastinya foto itu telah dikecam dan ditegur oleh ramai peminat dari pengikut di laman Instagram milik Nana Mahzan.

Kebanyakan peminat tidak bersetuju dengan sikap Ira yang sengaja tidak bertudung apabila keluar sedangkan dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sebelum ini.

Malah ada juga peminat yang menasihati Ira supaya kembali ke pangkal jalan dan terus istiqomah dengan imejnya sebelum ini iaitu berhijab.
Berikut merupakan komen-komen peminat berkenaan:







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 18-10-2014 12:34 AM

Insiden Buka Tudung: Ira Mohd Amin Akui Kesilapan
KUALA LUMPUR, 17 OKT 2014: Penyampai radio Era, Ira Mohd Amin akui insiden dia tidak bertudung ketika keluar bersama selebriti Nana Mahzan semalam menerusi sebuah foto yang dimuat naik ke Instagram oleh rakannya itu adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukannya.

Ira berkata dia mengalami tekanan yang hebat semalam selepas ramai peminat yang mengecam akan tindakannya itu di dalam laman sosial tersebut.

“Saya amat kesal dan saya rasa ia memang tak patut berlaku dalam hidup dan saya tak mahu salahkan atau libatkan sesiapa dalam hal ini. Memang silap saya dan saya minta maaf.
“Malah saya tak sangka rama yang perihatian dan mengecam saya semalam, terus-terang saya amat tertekan hingga tidak berhenti menangis. Namun saya terima semua teguran itu.
“Saya tidak sangka perkara ini boleh jadi besar begini tetapi saya belajar dari kesilapan supaya selepas ini berfikir dua kali sebelum hendak melakukan sesuatu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ira diminta mengulas selepas foto dia kelihatan tidak bertudung itu telah mendapat tentangan serta kurang senang oleh peminat serta pengikutnya di Instagram semalam.
Bercakap mengenai status imejnya sekarang, Ira memberitahu dia masih dalam proses pembelajaran dan masih mahu kekal dengan bertudung.
“Saya akui memang sekarang ini saya masih dalam proses menyesuaikan diri untuk bertudung dan menjadi muslimah yang baik. Cuma dalam perjalannan itu saya akui telah melakukan kesilapan.
“Namun saya memang akan terus bertudung dan masih bertudung kini,” luahnya.
Ira yang mengendalikan segmen Hit Live Era di Era FM itu mula berhijab pada awal Ramadan lalu.



Quote eksotik 18-10-2014 12:36 AM
mabuk kot..
Quote sepitsiput 18-10-2014 12:36 AM
minah ni dah banyak kali try nak popularkan nama dia yg sendu tu termasuk menjadi pengkomen tegar kt ig retis2 top cam shila amzah, misha omar.... dan pernah juga rela dirakam sound dia teran nak beranak anak sulung serta jd bahan utk gugu gaga versi radio era... namun nan hadoo jugek

so meols x heran kalau sheols buat publisiti murahan camni
Quote bambimbom 18-10-2014 12:37 AM
Adoooii ko saje nk glamer ke ape ni ira oii.. ke lupe bwk selendang
Quote tanganbercakap 18-10-2014 12:40 AM
tahniah la...dah glamer dah
Quote edoraixora 18-10-2014 12:50 AM
Nk jadik mcam mek salam pantai timur ke?
Quote winterwhite39 18-10-2014 12:51 AM
alahai.....
Quote estrelle 18-10-2014 01:17 AM
ni ke ira md amin tu..ermm..x berapa suka penyampaian dia..sora kasar mcm scha..
Quote mizzmimi 18-10-2014 01:22 AM
dj sendu.. buat je la keje dj tak payah nak cari publisiti sangat..

gugu gaga sangat..
Quote clarizsa 18-10-2014 01:29 AM
x kenal...

x kisah...
Quote BeyondSight 18-10-2014 02:37 AM
Any kind of publicity is still publicity. Specially yang macam ni… Lagilah cepat glamer.

Aku rasa dia pun tahu consequences Nana upload gambar tu and memang dia sudi gambar tu diupload melalui Insta orang lain so takde la nampak yang dia nak sangat…

Takkan la Nana sengaja nak upload gambar tu knowing kawan dia ni bertudung kan. Of course orang sebijak Nana akan pikir dulu or minta permission dulu.

Also, kalau bebetul la 'tak sengaja', gambar tu akan terus di delete within few minutes. Tapi tengok sampai sempat ada 1,763 likes dan diupload '6 hours ago'… (bukan main aku punya CSI)

Apa apa pon, tahniah lah sebab berjaya laris dan juga berjaya mencapai tahap celebriti, up satu darjat!
Quote CrowneGlory 18-10-2014 03:34 AM
X kenal ..sorry...berkurun x dgr radio
Quote soraya 18-10-2014 05:00 AM
pakai tudung lagi cantek.....kehkehkehkeh
Quote BeyondSight 18-10-2014 05:10 AM
soraya posted on 18-10-2014 05:00 AM
pakai tudung lagi cantek.....kehkehkehkeh

Setuju.

Nampak ayu sangat. And berseri.
Quote putehkundor 18-10-2014 06:49 AM
Berjaya jugak taktik dia...
Skrg mak teh baru kenal
Quote putehkundor 18-10-2014 06:50 AM
Wait....yg pakai topi tu Nana ke?
Quote bambimo 18-10-2014 07:34 AM
#akuyangtakpakaikorangygpanas

Btw konfiden pulak nana upload gambar tak makeup serius dah muka hb dia si raqeem tu hehehe
Quote aechae 18-10-2014 08:19 AM
nasib baik x jd artis...

klu x mesti aku pn kna hencap jugok huhuuu
Quote cruz2 18-10-2014 08:24 AM
Sgt menyampah dgn ira mohd amin ni..nmpk trying too hard sgt
Dulu dgr suara jh.la ni keluat tv pulak yg segmen apa tu psl AF

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052799 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top